Tadi, aku membawa Nabila ke PDK. Dan seperti dijangkakan, cikgunya telah bertukar. Jika dulu Cik yah, kali ini Cikgu Ayu pula. Nabila? Tersenyum sengih bila kakinya dipegang oleh Cikgu Ayu. Dan bila mandi di tub jakuzzi, matanya tak lepas memandangku sambil senyum. Dan bila berhenti, menangis mahu mandi lagi. Sudahnya aku memujuknya di bilik Snoozelen. Dan akhirnya tertidur dek leka memandang lampu-lampu dan bunyi lagu di dalam bilik itu.
Aku sempat berbual dengan Kak Ina, Mama Karina. Berkenaan sekolah Nabila. Rupanya banyak cerita yang aku tak tahu. Sedikit kesal dalam hati ini. Semahunya ingin menjerit mahu menyatakan apa yang dilakukan itu salah. Satu persatu Kak Ina cerita padaku. Dan dalam hati, ingin membawa Nabila jauh dari sekolahnya!
Kemungkinan yurannya akan dinaikkan lagi. Aku tidak pasti sama ada yuran Nabila dinaikkan lagi atau tidak, dan aku akan menunggu surat dari pihak pengurusan nanti. Andai benar, kemungkinan aku terpaksa mencari alternatif lain. Berhenti ? Kemungkinan besar YA!
Entahlah..kalaulah duit sekoyan, sudah lama Nabila tidak berada di situ. Mungkin di tempat yang lebih selesa. Atau aku sendiri berhenti kerja dan menjaganya di rumah saja.
Itupun kalau duit sekoyan la... Tapi sekarang berpijaklah di bumi yang nyata! Berangan saja tiada gunanya!
Rasa dalam hati mahu jerit. Mahu menangis kerna tidak dapat menjaga Nabila dengan baik. Hati yang mula gerimis tadi, kini sudah basah dan hampir banjir! Ya Allah, permudahkan jalan kami...!!
9 comments:
Sabar ina.. Mohon pada Allah dipermudahkan segalanya utk nabila.. Insya'allah DIA maha mendengar..
salam..ina
apa yang tak kena kt PDK tu yer?share la dgn akak...akak br jer plan nk hantar Humaira ke PDK nie...huhuhu
Menangislah ina...sungguh tangisan itu penawar dan melegakan segalanya...Kita menangis bukan bererti kita kalah...kita menangis untuk kembali membina kekuatan...Moga Allah lorongkan kemudahan buat Nabila...Aminn....
Salam ina..xmaulah sedey2(sambil airmata ni bergenang, sebaknya rasa dada nih)2011-awal tahun yang memeritkan!Moga bulan-bulan yang mendatang membawa kesenangan dan ketenangan.
Insyaallah, pasti akan ada rezeki untuk nabila.Ina xmau risau2 k.
p/s:kalau ayu jutawan,ayu nak bina sebuah sekolah khas yang lengkap segala kemudahan utk anak2 anugerah istimewa kita tanpa apa2 bayaran pun.Aminnn...
Ina: thanks ina.. Moga Allah perluaskan jalan untuk kami melangkah..
Kak Yana: bukan PDK lah kak..ni sekolah Nabila yang lagi satu tuh...PDK ok jer..takde masalah ngan orag kat sana..senang hati bila gi PDK..
Kak nani : Amin.. betul kak..kdg2 mmg perlu nangis untuk lepaskan segala tekanan yang ada..
Aisya: betul..baru masuk awal tahun dah macam2 hal..huhu....entahlah ayu..moga segalanya dipermudahkan untuk kita berdua.. Amin..
salam..betul..hati ibu mana yg nak tinggalkan anak, apetah lg ibu yg mempunyai anak istimewa..
Moga Ina sentiasa sabar..
Post a Comment