Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

20 January 2011

Membayangkan dirinya yang semakin besar!

Minggu lepas semasa di PDK, aku bersua dengan beberapa ibu yang senasib denganku. Punya anak Cerebral Palsy. Cuma bezanya,anak-anak mereka sudah hampir meningkat remaja..dan aku begitu kagum melihat mereka.

Serius aku katakan..mereka punya semangat kental. Anak yang sudah berubah corak fizikal tubuh,namun mereka masih gagah mendukung anak mereka. Dan contoh terdekat adalah Kak Ina,Mama Karina.

Siapa sangka seorang pramugari Garuda Indonesia..terpaksa meninggalkan pekerjaan glamour semata-mata mahu menjaga puteri tersayang.Kemana saja dikendong Karina. Kak Ina sendiri pernah memberitahu aku bahawa dia tak sanggup membiarkan Karina di bawah jagaan orang lain hatta dari staff Tasputra sendiri.Bagiku,menjaga sendiri adalah satu keputusan yang tepat!

Aku mendengar butiran perbualan mereka. Maklum saja kami semua mempunyai anak perempuan maka banyak perkara yang kudengari dari mulut mereka. Berkenaan perubahan fizikal,emosi,dan juga cara penjagaan.

Sedikit sebanyak aku dapat rasakan kesulitan menjaga anak istimewa perempuan berbanding lelaki. Kalau perempuan, kita akan melakukan "extra job" berbanding anak lelaki yang penjagaan dan cara mengurusnya lebih mudah. Aku rasa kalian mengerti maksud ayatku diatas mengenai "extra job" itu.

Namun,segala kesulitan yang mereka lalui akan bakal aku lalui jua 4-5 tahun lagi.Dan aku yakin Allah itu Maha Pengasih. Dia tahu setakat mana kemampuanku.Dan moga aku terus diberi kekuatan demi Nabila tersayang.

4 comments:

Nonie said...

salam ina...apa khabar nabila?hrp ceria selalu...memang betul menjaga anak perempuan yg istimewa ni memerlukan "extra care" berbanding anak lelaki atas sebab "extra job" tu lebih-lebih lg bg anak2 yg langsung tidak boleh menguruskan diri sendiri.Apa yang mampu akak katakan moga Ina,akak dan ibu-ibu yg hebat di luar sana sentiasa diberi kesihatan yang baik & kesabaran yang tinggi demi anak-anak kita...moga Allah s.w.t sentiasa melindungi kita semua...aaaaamin:-)

Jue-Isteri_Ibu said...

Insya allah Ina. Semoga kita diberikan kekuatan untuk lalui semua itu.

yunz_02 said...

semoga ina trus tabah dn kuat menghadapi segalanya..

Bicara hati ibu aisya said...

Insyaallah ina,segalanya pasti dipermudahkan.DIA tahu kemampuan hambanya. moga terus kuat dan kuat!