Pertama kali aku menjejakkan diri ke sini. Teruja namun sedih bila terkenangkan Nabila dan ayahnya di Semenanjung. Nak buat macamana..tuntutan kerja yang memaksa aku ke sini.
Nak je tadi aku sumbat si Nabila masuk dalam beg..Eiii..kejamnyer! Aku nak angkut dia datang sini. Malam-malam ni kalau peluk si budak kecik tu best gak. Huhu..alamatnya malam ni ibu bertemankan gambar dan video adik jelah..
Sayu je hati ini meninggalkan Nabila tadi.Tapi Nabila terseyum sengih tengok aku masa nak keluar tadi. Pasti Nabila sibuk mencari aku malam ini.Eh yeke? Tah-tah adik tengah seronok ngan nenek..huhu..Adik, ibu rindu!!!!!!!!!
Selasa aku akan bertolak ke Kuching pula dan pulang ke KL semula pada hari khamis nanti. Doakan aku selamat pergi dan balik.
p/s: insiden tertinggal flight tadi akan dikenang sampai bila2.hehe..bila ingat kelakar la plak..hehe..
11 comments:
mesti nabila tingat ibu dia malam ni... semoga nabila ok2 ja... selamat pulang ke sisi nabila ye...
insyallah, nabila tahuibu cari rezeki untuk dia..wahh camner leh tertinggal flight ni??
kalo tertinggal bas pun dah cukup buat ita gabra, ini kan pulak tertinggal flight!!! mak aiiii.... kao ita, dah duduk keras kat airport tu na... tak tahu ape nak buat!!!
nabila ok je tu dgn nenek. lagi ramai, lagi lah die suke... ramai pakcik2 die dok kendong je.... mau tak suke?
Thanks for sharing...take care ya :)
selamat pergi dan selamat pulang ina..insya allah, nabila ok2 jer...
kat kch... kat mana stay? saya kan org kch... mana tau boleh jumpa..
kak min: huhu..tah tah dia tgh seronok ngan nenek dia..ibu dia jelah yang rindu bagai nak giler nih..huhu..
mamanurin: orang bijak pandai nak naik flight..tu lah terlalu pandai sampai tertinggal..hehe...lewat beberapa minit je kak..tgk kaunter dah closed..huhu..
ita: huhu..tadi pun dah menggeletar lutut dah ita..merayu gak ler nak gi..nasib baik suih bayar denda je..hehe..
car loan : TQ :)
Jue: insyaAllah..terima kasih Jue.. :)
Post a Comment