Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

01 April 2011

Bila berada dalam keadaan terpaksa..

Saya baru selesai pulang dari hospital. Membawa Nabila ke fisioterapi. Lama benar kami tidak ke situ.Kali terakhir adalah pada bulan 1 lepas. Dan sepatutnya temujanji berlangsung pada bulan 2. Namun ada perkara yang menghalang jadi terpaksa reschedule semula tarikh temujanji..

Sebenar-benar Nabila masih belum sihat sepenuhnya dari demam. Begitu juga dengan saya. Selsema dan batuk menyerang kami berdua selama seminggu masih belum pulih lagi. Dan semalam acara kemuncaknya. Iaitu demam bersama-sama. Kedua-dua kami tidur bagai tak sedar diri malam tadi.

Sebetulnya pagi ini memang malas sekali untuk ke fisio. Tambahan pula jam 5 pagi tadi , badan Nabila panas sangat. Saya membuka semua helaian bajunya dan hanya memakaikan pampers. Dan saya lap tubuhnya yang panas sesudah saya berinya ubat. Nabila pada awalnya merengek namun sesudah itu matanya layu. Mengantuk dek penangan ubat demam. Dan akhirnya dia terlena.

Lantas saya mengambil keputusan untuk ke hospital juga. Kerana tiada siapa yang ada di rumah mak pagi tadi. Saya tidak mahu menghantarnya ke sekolah. Kesian pula bila dah demam tapi kena pergi sekolah pulak. Saya sendiri batuk,selsema dan demam. Namun saya gagahkan juga untuk ke hospital dan tempat kerja. Kerana sepanjang minggu ini saya banyak bercuti dan bekerja separuh hari. Rasa kurang enak pula bila hari ini mengambil cuti sakit. Bos saya juga bukanlah seorang yang suka pabila stafnya kerap cuti sakit. Ala kalau tanya mana-mana bos pun, semuanya tak suka orang bawahan kerap cuti sakit..

Rasa bersalah juga tadi bila membawa Nabila ke HSB. Hanya sempat melakukan 1-2 aktiviti. Selebihnya Nabila nenangis meraung. Tak selesa barangkali. Maafkan ibu sayang. Ibu terpaksa. Kalau ada orang kat rumah pasti ibu akan suruh adik berehat saja dirumah...

Kalau selalu berkeadaan ini,pastinya sukar buat saya untuk mengurus semuanya dalam masa serentak.Hati berbelah bagi rasanya..

4 comments:

Mama Q said...

nak wat camner kan Ina...dah tugas kiter sbg ibu, isteri dan pekerja. mmg betul mana2 bos x suka staff dia cuti sakit tp nak wat camner?..Kdg2 bos2 ni x kene btg idung sendiri jd dia susah nak paham. klu keje swasta lg la...dah la cuti thn sikit...kene unpaid leave jek...sabar je la...apa pun kehidupan perlu diteruskan jugak....mohon Allah beri perlindungan pada kiter

Bicara hati ibu aisya said...

Keje ke ina?kalau betul2 xlarat.MC jelah.nak buat camner..dah memang sakit kan?Semoga kedua2nya cepat sembuh.Makan ubat tau.

Anonymous said...

Salam,

Cuma nak bertanya. Masih bawa Nabila ke Gedangsa ke?

Unknown said...

Aduh...risau kan bila anak-anak demam ni...moga Ina dan Nabila cepat sembuh...