Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

14 April 2011

Nabila hampir tiada di dalam rahim ini..

Hati saya sedang risau mengenangkan rakan saya, sedang mengandung 39 minggu dan mengalami pendarahan ketika ini. Di tahan di wad pada Jumaat lepas dan doktor pakar menyarankannya supaya balik ke rumah. Bukaan sudah 3 cm. Semalam, menurutnya bayi tidak bergerak, dan hari ini khabarnya bayi bergerak semula. Namun pabila saya tanya sudah cukup kiraan 10 atau belum, katanya dia tidak pasti. Kini sakit kontraksi tiada, namun hatinya gusar untuk ke hospital semula. Saya doakan rakan saya selamat melahirkan bayinya. Saya pula yang panas punggung bila tahu keadaannya nih..hehe...

Bila cerita tentang mengandung dan bersalin, saya teringat kisah saya yang saya hampir kehilangan Nabila ketika dia berusia 8 minggu di dalam rahim saya.

Saya ingat lagi, saya sedang bekerja. Dan tiba-tiba mahu ke tandas. Dan sewaktu saya membuang air kecil, saya ternampak tompokan darah pada seluar saya, dan saya nampak titisan darah mengalir di celah kelangkang saya. Saya benar-benar panik. Dan semahunya saya berlari menuju ke arah rakan saya, Lisa. Saya berbisik dan pada masa yang sama, saya hampir menangis. Kerana menyangkakan Nabila sudah pergi meninggalkan saya.

Lisa cuba memujuk saya, dan beberapa rakan saya, Lily,Huda dan Aisyah juga menemani saya ke hospital. Sungguh hati saya tak keruan ketika itu. Dan pertama kali itu juga saya diperiksa oleh doktor lelaki. Malu, tersangat malu apatah lagi ramai doktor pelatih turut mengerumuni saya. Dan saya terdengar perkataan polip. Dan kemudiannya saya di suruh berehat di rumah.

Kejadian tersebut tidak mendatang apa-apa yang membahayakan nyawa Nabila ketika itu.
Kejadian kedua terjadi lagi. Dan kali ini sangat menggerunkan saya. Ianya seperti ketulan daging terjuntai di saluran faraj saya. Ya Allah..memang menakutkan ketika itu. Lantas, saya bergegas ke Hospital Kuala Kubu. Dan saya di tahan di sana untuk sehari.

Selepas di periksa oleh doktor di situ, mereka terpaksa memindahkan saya ke Hospital Sungai Buloh kerana di sana peralatannya lebih lengkap. Dan setelah di periksa, ianya adalah 'Threatened Misscarriage' atau dalam bahasa melayunya kehamilan yang hampir gugur. Dan setelah di tahan di wad, dan keadaan saya stabil, saya dibenarkan pulang dan kembali untuk pemeriksaan semula pada kehamilan saya berusia 20 minggu.

Alhamdulillah, Nabila saya masih bernyawa dan keadaannya sangat baik sekali. Namun, bila mengenangkan saat kelahirannya, saya diuji lagi. Dan ujian kali ini benar-benar membuatkan kehidupan kami bertiga berubah sama sekali. Namun saya tahu Allah telah berikan yang terbaik buat saya dan saya redha dengan ketentuan-Nya.

Oleh kerana itu, untuk kelahiran seterusnya, saya harus menjaga sebaik mungkin kesihatan saya. Diebetis yang saya alami ketika hamilkan Nabila membuatkan saya risau andai ianya hadir sekali lagi untuk anak yang kedua. :(

Nabila berusia 7 bulan di dalam rahim saya..:)

p/s: terima kasih pada rakan-rakan yang memberi pendapat tentang keadaan kawan saya di facebook hari ini. Saya sendiri sedang menunggu berita darinya. Doakan segalanya baik untuk kawan saya dan bayinya yek.. Terima kasih..:)

6 comments:

Kakmim said...

semoga rakan awk dan babynya selamat.. sy faham perasaan die.. sy pun br kehilangan 'baby' sy sbb ectopic pregnancy... sedih tp dh xde rezeki...

ieda said...

eh..apasal doktor suruh balik plk?kalau still ada pendarahan baik pergi semula ke hospital.kalau baby kurang gerak pun kena admit juga.

mama akid said...

semoga kawan akk n baby selamat

Yasmin Nabilah.. said...

Ibu Iman: Aduhai..Tak mengapalah ibu iman..usaha lagi.. Ada hikmah disebalik apa yang berlaku..Kuatkan semangat k..

Yasmin Nabilah.. said...

Kak ieda: entahlah..smlm dia gi hospital balik. Katanya di suruh balik semula. Naik fed up kawan saya..Harapnya anak dia selamat..Amin..

Yasmin Nabilah.. said...

mam akid: Amin.. Terima kasih.. :)