Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

26 April 2011

~28 tahun sebagai anak, isteri dan ibu~

Alhamdulillah, Allah masih lagi memberikan peluang untuk saya bernafas di ruang muka bumi ini. Masih lagi menikmati hidup sebagai seorang anak kepada Encik Ali dan Puan Sa'adiah. Masih lagi menikmati hidup sebagai seorang isteri kepada Encik Zulhilmi. Dan masih lagi menikmati hidup sebagai seorang ibu kepada Yasmin Nabilah.

28 tahun? Jika dulu saya fikir jika sampai umur saya di tahap ini, sepertinya sudah besar panjang. Sudah matang dan tahu menilai baik dan buruk sesuatu perkara. Bila mencapai angka 28, saya sudah pastinya mengecapi apa yang saya mahukan dalam hidup saya.

Namun, segala yang dirancang bukanlah semuanya akan menjadi kenyataan. Lainlah kalau saya ada bidadari. Boleh tunaikan segala permintaan saya.. :P

Sepanjang hidup ini, serasa saya hidup ini adakalanya turun. Adakalanya naik. Adakalanya saya gembira. Adakalanya saya sedih. Namun, apapun terjadi, hidup harus diteruskan bukan?

Menjadi anak lebih-lebih lagi anak sulung memang memerlukan pengorbanan yang tinggi. Saya sendiri ada kalanya banyak beralah dengan adik-adik. Malah kadangkala agak garang dengan adik-adik. Kerana saya mahu mereka tahu hidup ini bukanlah mudah seperti yang disangkakan. Saya pernah menangis kerana merasa ayah dan mak saya tidak adil pada saya jika dibandingkan dengan adik-adik saya yang lain. Kerana saya kakak. Dan saya harus lebih mengutamakan adik-adik berbanding diri sendiri.

Menjadi isteri lebih-lebih lagi kepada insan yang paling saya sayangi, memang tak terjangka dek akal fikiran yang saya akan bersama abang. Namun, masih banyak kekurangan diri dalam ilmu rumah tangga. Mujur abang sangat memahami. Dan doa saya mahu hubungan ini kekal hingga hujung nyawa ini.

Menjadi ibu kepada Yasmin Nabilah lebih banyak mengajar saya erti hidup sebenar. Mengajar saya lebih banyak bersabar dalam hidup ini. Dan mengajar saya lebih untuk mengingati Tuhan.Anak ini telah memberikan sesuatu impak yang besar dalam hidup saya. Benar, jika dulu hidup saya mendatar. Tiada turun naiknya. Segalanya seperti biasa saja. Bersama Nabila mengajar saya erti sayang. Erti kasih demi anak. Erti berkorban.

Banding 28 tahun lepas, andai semua ini tidak terjadi pada saya, sudah tentu saya menjadi insan yang lain. Sudah tentu saya tidak mengenali kalian semua. Sudah tentu hidup saya dalam kebosanan. Kerna tiada turun dan naiknya.

Moga hidup nan indah ini terus di berikan buat saya. Alhamdulillah..


8 comments:

Salina@IbuAqil said...

Semoga ina lebih tabah kuat & kental hadapi setiap dugaan.. Insya'allah!! Selamat hari lahir Ina.. :D

Bicara hati ibu aisya said...

Amin...moga segalanya yang diimpi kan jadi nyata.

Happy Birthday sis!

ak yuyunz said...

insyaAllah!

happy 28th ena! :)

MaMa ArIaNa.. said...

selamat hari lahir ina....semoga dirahmati dan diberkati serta di murahkan rezeki......(",)

mama akid said...

insyaallah..

Nonie said...

Selamat Ulangtahun ke-28 ..Ina..moga Ina akan menjadi seorang anak,isteri & ibu yang semakin tabah mengharungi kehidupan yang lebih mencabar...& success selalu...:-)

Azma said...

selamat ulang tahun kelahiran buat ina. Smg segala hasrat dapt dicapai..

Mamanurin said...

Happy Birthday Ina

Moga terus kuat dan tabah demi suami dan anak