Sejak kebelakangan ini, saya sibuk dengan hal perihal saya bersama sepit-sepit kesayangan saya. Saya masih hutang dengan anak-anak Ayu Aisya, Kak Nanie, Anim dan Kak Pnut. Huhu..nanti ye anak-anak ku sayang. Ibu dah siapkan sepit-sepit tu. Tiba-tiba ada pula kawan yang beli..Walhal ibu tak niat nak menjual lagi...Nanti ibu buatkan yang lain yek..
Dan tadi saya buat satu perkara lagi. Sudah lama saya mengidam mahu ke kelas menjahit pakaian. Dan akhirnya terlaksana juga. Baru sebentar tadi saya mendaftar kelas tersebut. Dan kelas akan bermula hari Sabtu ini. Cepat bukan?
Kebetulan saya datang dengan langkah kanan. Kelas ada kosong untuk seorang lagi peserta dan terus saja saya mendaftarkan diri. Kalau diikutkan kelas bermula bulan 8. Mujur ada kosong lagi. Bolehlah saya mulakan secepat mungkin.. :)
Tujuan saya hanya satu. Menjahit untuk diri sendiri dan keluarga. Nak mengambil tempahan tu tak terfikir lagi. Tapi kalau dah mahir apa salahnya kan..Buat pendapatan sampingan.. :)
Saya bukannya ada basic menjahit sangat. Ya, dulu saya pernah menjahit baju kurung. Memang menjadi baju kurung saya, namun tak berapa kemas. Saya mahu belajar betul-betul. Baru best!!
Harapnya saya dapat manfaat dari kelas ini. InsyaAllah. Sudah lama inginkan dan saya rasa tibalah masanya untuk saya belajar itu dan ini. Yelah, kalau nak tempah semuanya mahal belaka. Sampai bila nak tempah. Lagipun bukannya susah nak jahit sehelai baju kurung. Dan kalau kelas ok nanti, mungkin saya akan sambung untuk jahit jenis-jenis pakaian lain pula.. :) Doakan saya yek..!!
3 comments:
nabila...lps nie mama boleh la tempah baju kurung dng ibu nabila kan cyunk xyah la mama kena himpun kain byk tempah kt kg...hihihi...all the best ibu...:)
Wahh..bukan sahaja nabila.ibu nabila pun dah banyak peningkatan dan ilmu baru nih.Syabas ye ina.
Teringin nak blajar menjahit tapi komitmen banyak sangat.hihihi..
Seronoknyer dengar Ina dah amik kelas menjahit..pasni boleh ler kongsi2 idea ngan akak kan..dpt jahit baju sendiri & anak pn dah kira baik kan...save bajet:-)
Post a Comment