Seminggu blog ni kosong. Sebenarnya ada je benda nak cerita, tapi entahlah..Takde mood plak. Plus, seminggu ni saya asyi pulang lewat. Apa lagi klu bukan kerja. Jam 11 malam baru muncul di muka pintu rumah.. :(
Kesian Nabila, patutnya saya memang dah plan nak buat macam-macam sepanjang minggu ni. Namun, bila hal-hal lain datang menjengah, terpaksa hasrat saya untuk buat pelbagai perkara dengan Nabila dibiar sepi. Hati saya ralat..
Dan 2 hari ini, Nabila tidak ke sekolah. Demam menjengah lagi. Baru saja kebah dari demam dan kamok-kamok minggu lepas, sudah datang penyakit itu lagi. Aduhai anak..kesiannya.. Semalam pun habis saya bermandikan muntah Nabila. Tekaknya gatal dan langsung muntah di hadapan saya. Badannya cukup lemah. Sampaikan tak lalu untuk membuka mata. Tidur saja...
Saya dah naik risau. Susu pun tak nak minum. Macamana ni? Malam tadi saya beri Nabila susu menggunakan syringe. Adalah dalam 15ml. Dan selepas itu, Nabila pejam mata lagi. Tak mahu....Saya dan Abang hanya mendiamkan diri. Buntu....
Ya Allah, moga segala penyakitnya hilang jauh darinya. Tak sanggup melihat dirinya kesakitan. Nabila, ibu rindu dengan senyumanmu....
Featured Post
Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..
Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...
30 September 2011
SALE!!
SALE..!! UNTUK PENGHABISAN STOK..
SEHINGGA 30 SEPTEMBER 2011
GRAB IT NOW!!
GIRL....
O'fin Rose Dress (pink light)
Size :
2y -sold out-
3y -AVAILABLE
NOW RM44.00
O'fin Rose Dress (dark pink)
Size :
2y AVAILABLE
3y -AVAILABLE
NOW RM44.00
O'fin Polka Dot Dress (no ribbon)
Size :
12m AVAILABLE
18m AVAILABLE
24m AVAILABLE
NOW RM 39.00
O'fin Polka Dot Dress (ribbon)
Size :
2y AVAILABLE
3y -sold out-
NOW RM 40.00
Carter's Polka Dot Dress (baldu)
Size :
3m AVAILABLE
6m -sold out-
9m -sold out-
18m -sold out-
NOW RM 35.00
Carter's Polka Dot Dress (Cotton)
Size :
18m AVAILABLE
24m -sold out-
NOW RM 32.00
Zara Dress
Size:
3-4y AVAILABLE
5-6y AVAILABLE
NOW RM 42.00
Ralph Lauren Dress
Size :
9m -sold out-
18m AVAILABLE
24m AVAILABLE
NOW RM 29.00
DKNY girl set (small cutting)
Size :
9m -sold out-
12m AVAILABLE
24m AVAILABLE
NOW RM 35.00
Rockferry Dress (pink flower)
Size:
S -sold out-
M AVAILABLE
L AVAILABLE
NOW RM 35.00
Rockferry Dress (colourful)
Size:
12m AVAILABLE
4y AVAILABLE
NOW RM 39.00
Rockferry Dress (cocoa)
Size:
12m AVAILABLE
18m AVAILABLE
NOW RM 39.00
Girl Dress Xiao Xi Sha (pink)
Size :
12m - sold out-
18m AVAILABLE
24m AVAILABLE
NOW RM 31.00
Girl Dress Xiao Xi Sha (pink)
Size :
12m - sold out-
18m AVAILABLE
24m -sold out-
NOW RM 31.00
Carters's baby set
Size :
3-6m AVAILABLE
RM 45.00
NOW RM 39.00
Size :
3-6m AVAILABLE
NOW RM 39.00
BOY..
M&Co Boy Set (blue)
Size :
9-12m AVAILABLE
18-24m AVAILABLE
NOW RM 35.00
M&Co Boy Set (COCOA)
Size :
12-18m AVAILABLE
18-24m AVAILABLE
NOW RM 35.00
Mothercare shirt Mummy little hero
Size:
12-18m AVAILABLE
Mothercare shirt Look Out WorldSize:
12-18m AVAILABLE
DKNY boy set (blue)
Size:
12m AVAILABLE
18m AVAILABLE
NOW RM 32.00
Size:
9m AVAILABLE
18m -sold out-
NOW RM 32.00
VK boys set A (2 sets)
Size :
12m AVAILABLE
18m AVAILABLE
24m AVAILABLE
NOW RM 48.00
VK boys set B (2 sets)
Size :
12m AVAILABLE
18m AVAILABLE
NOW RM 48.00
Romper set (red)
pants : soft jeans
Size:
12m AVAILABLE
18m AVAILABLE
NOW RM 35.00
Romper set (grey)
pants : cotton
Size:
12m AVAILABLE
18m AVAILABLE
NOW RM 32.00
Carters boy set (daddy)
Size :
12m AVAILABLE
Carters boy set (monkey)
Size :
12m AVAILABLE
3 pcs set boy (stripe)
Size:
12m AVAILABLE
18m AVAILABLE
NOW RM 40.00
Stripped Collar T-Shirt (Grey)
Size:
4 (6m) AVAILABLE
6 (12m) -sold out-
8 (18m) AVAILABLE
NOW RM 33.00
Stripped Collar T-Shirt (Black)
Size:
6 (12m) -sold out-
8 (18m) AVAILABLE
10 (24m) -sold out-
NOW RM 33.00
HOW TO ORDER :
1. KOMEN KAT BAWAH ENTRY INI ATAU EMAIL KE
bellaclosetcraft@gmail.com
2. MASUKKAN DETAILS SEPERTI:
a) Nama :
b)Nama Item / Jenis :
c) Alamat penghantaran:
d) No. telefon :
3. Tunggu sehingga saya reply dan jumlah pembayaran akan dinyatakan.
4. Lakukan pembayaran di:
-Maybank /CIMB
5. Penghantaran akan dilakukan 1 hari selepas pembayaran di buat.
*HARGA YANG DIPAPARKAN TIDAK TERMASUK KOS PENGHANTARAN*
*BOLEH JUGA LINK KE FACEBOOK INI..
http://www.facebook.com/pages/Bellas-Closet-Crafts/219586378084200
CEPAT!! Jualan Penghabisan Stok ini Sehingga
30 SEPTEMBER 2011 SAHAJA!!
24 September 2011
Nabila & Mak Raw again?
Ya, akhirnya dengan izin Allah, kami ke Gedangsa lagi. Saya pun dah tak ingat sudah berapa kali Nabila ke situ, namun memang cukup lama kami tidak ke sana. Dalam setahun mungkin...
Kami menjangkakan nama Nabila sudah dilupai oleh Kak Raw. Rupanya tidak. Bila saya dan Abang masuk ke rumah Kak Raw, kami dengan perasaan tersipu malu kerana lama benar 'merehatkan' Nabila dari sebarang rawatan bersama Kak Raw. Sungguh rasa bersalah kerana membiarkan masa itu berlalu, namun saya punya alasan kuat untuk itu. Tak mengapalah. Kali ini Nabila sudah kembali. Dan harapnya boleh melakukan rutin ini seperti dulu.
Menurut Kak Raw, Nabila perlu mula sekali lagi. Step tolak tulang perlu dibuat semula memandangkan banyak 'perubahan' pada tubuh Nabila. Dan paling tak disangka, kisah Nabila 'di kurung' di sekolah lamanya tersebar sehingga ke pengetahuan Kak Raw. Walhal bukan saya yang pergi menelefon Kak Raw untuk menceritakan segalanya tentang sekolah Nabila. Agak-agak siapa la yek? Hehe..saya tak marah pun cuma bagus juga bercerita. At least Kak Raw masih mengingati Nabila dan Tasputranya..
Rawatan? Pada awalnya, nampak cool je minah ni.. Bila kena balut kepala, mulalah merengek. Hurm..'KEPANTANGAN' betul kalau di usik kepala tu. Hurm..dan rawatan perlu dibuat selama 4 jam.. Tapi macam biasa juga lah..Ibu tak dapat 4 jam tu..Mesti Ibu kalah dengan Nabila. Tapi takut gak..pasal badan tu dah lama tak kena balut..Takut terkejut. Jadi masa dipendekkan kepada 3 jam sahaja. Dan paling pandai sekali..bila dibuka semua balutan, barulah diam dan tersenyum..Adoiii Adik.. pandai betul yek berdrama dengan ibu...

~Isi minyak..penat..buat muka marah la tuh..!!~
~Apa pandang-pandang..aku tgh panas berbungkus nih..kang tombok kang!!~hehe
Nasib baik la tak ramai. Kak Raw kata sekarang orang dah tak ramai dah hari Sabtu. tadi pun no. giliran Nabila nombor 11. Sikit bukan? Kalau dulu berpuluh-puluh. Alhamdulillah..Allah permudahkan lagi urusan kami.. :)
Tadi pun nampak takde dah orang-orang lama. Semua orang-orang baru. Kata Kak Raw, orang lama semua dah gi weekdays. Hurm..tak keje bolehlah..!!
Ok..off dulu..nak layan si kecil ni. Lepas tu nak sambung jahit baju kurung.. :)
Jeles bila orang lain banyak masa bersama anak..
Serius woo..Saya cemburu tau. Sekarang ni banyak aktiviti Nabila tidak dapat dilakukan. Sibuk dengan menjahit (walaupun tgh jahit 2 pasang..) tapi saya menjahit agak lambat juga. Sebab masih dalam proses pembelajaran tu dah satu hal. Kemudian masa nak membuatnya. Huh..terpaksa buat sewaktu Nabila sudah tidur. Kalau tak ada saja keranah dia yang memaksa untuk saya mengadapnya. Tapi kesian pula Nabila. Kalau tak saya yang main dengannya, siapa lagi...?
Begitu juga dengan hal nak kurus. Pun terkejar-kejar bila balik rumah. Hurm..kadang-kadang tak sempat nak senam pun. Takut gak badan naik balik. Sia-sia jelah usaha saya sebelum ini, kalau badan ni naik semula. Tapi tanda-tanda nak naik balik tu mmg dah ada. Mana taknya, Hari Raya, semuanya saya sental..huhu...
Ni belum tambah lagi hal bisnes..hehe..Tak sempat nak design barang-barang kraf saya lagi..huhu....
Tadi, saya curi guna masa untuk Nabila, walaupun dalam otak ni dah bermacam-macam yang saya rancang untuk saya lakukan sebaik saja sampai di rumah. Kerana, saya tidak mahu menjadi ibu yang mementingkan diri sendiri. Oleh itu, harus saya cemburu kepada ibu-ibu di luar sana yang tidak bekerja. Kerana, pastinya di rumah banyak perkara boleh dilakukan. Untuk saya, cuma mengharapkan sekolah untuk melakukan aktiviti sepanjang Nabila berada di sana. Sejak sekolah baru ni, saya yakin sikit. Saya tahu banyak aktiviti kat sekolah. Tak macam sekolah lama dulu... :(

~saya ambil minyak zaitun yang telah dibaca surah-surah tertentu untuk disapu di seluruh badan Nabila. Saya urut dan saya nampak Nabila lega. Badan Nabila masih penuh dengan tanda lebam-lebam...Bukan kena dera ok!! hehe..Dari lahir dah ada..~
Jika dulu, saya akan buat jadual..namun rasa tak sempat untuk kejar semua aktiviti yang saya rancang sebelum ini. Lagipun saya perasan, Nabila sejak sekolah baru, dia memang cepat tidur. Dan Tak bangun-banguns sehinggalah ke subuh. Itupun bangun nak susu. kalau tak dikejut mandi, sure tido lagi. Maka bila melihatkan keadaannya yang letih lesu kepenatan, maka hajat untuk membuat aktiviti lain terbantut.
~duduk dengan meletakkan tangan sebagai support (almaklumlah, nabila belum kuat lagi pinggangnya..)
Aktiviti seperti flash card, toys dan bola juga sudah lama ditinggalkan. Rasanya semua ni tak boleh jadi. Kalau dibiarkan tentu Nabila ketinggalan. Kalaulah badan saya ni boleh dibelah dua kan senang..Satu buat kerja-kerja yang meilbatkan hobi saya sendiri. Satu lagi melayan Nabila.
Apapun memang saya cemburu. Harapnya mereka di luar sana yang menjadi surirumah sepenuh masa, rebutlah masa yang ada ini untuk membangunkan anak. Sebab bukan semua orang berpeluang seperti kalian. Saya andai diberi peluang, saya mahu berhenti. Dari sakit hati asyik dimarahi, baik saya berhenti. Hati pun tak sakit, saya boleh tumpu 100% untuk anak.
23 September 2011
Happy betul Cik Bella nih..
Bila dengar dia ketawa tadi, kelam kabut saya cari handphone. Nak rekod semua yang Nabila buat tadi. Nak tergelak pun ada. Riuh betul suaranya. Sampai batuk-batuk muntah sebab ketawa mengekek..Tengoklah baju Nabila, basah..penuh dengan air liur. Tapi saya gembira. Alhamdulillah, senyuman dan tawanya sudah kembali. Dan dalam video ni, saya pun tak pasti apa yang menggelihati pun saya tak tahu. Cuma ketika ini, saya sedang memasang channel Astro Oasis. Kedengaran zikir-zikir beralun di televisyen.
Hurm..rasa-rasa ada yang faham tak apa yang Nabila sedang katakan?
21 September 2011
Alhamdulillah, dia kembali tersenyum...
Syukur Alhamdulillah. Saya sangat gembira. Pulang dari kerja tadi, tak sabar rasanya menatap si kecil. Sepanjang hari menanti panggilan dari mak atau adik tentang Nabila. Bila pintu rumah dibuka, saya lihat si kecil ini sedang makan nasi bersama neneknya. Dan kata mak, Nabila sangat baik hari ini.
Alhamdulillah..Bila saya dukungnya, terasa tubuhnya berat. Hehe..3-4 hari menangis, namun bab makan memang laju. Mana taknya, bila menangis pun saya suapkan makan juga. Takut perutnya kosong. Rupanya ada hikmah di sebalik semua ini.Berat badannya naik.. :)
Saya fikir semua yang berlaku ini pasti ada sebabnya. Bila saya fikir kembali, ada bagusnya Nabila menangis. Bila menangis jantung akan mengepam laju darah yang membawa oksigen terus ke otak. Sebab itu Kak Raw pernah berkata pada saya, "Biarkan dia menangis. Menangis tu bagus untuk otaknya. Semua itu oksigen.."
Ya, fikir positif saja. Cuma sepanjang kejadian ini, saya banyak berfikir tentang Nabila. Tentang dirinya. Rasa insaf menyelubungi diri bila melihat anak ini. Melihat kembali segala apa yang saya buat sepanjang tempoh dugaan ini. Segalanya untuk Nabila. Segala yang saya dan Abang korbankan untuk benih kasih kami ini.
Terima kasih pada semua yang tak putus-putus mendoakan Nabila. Amat terharu kerana ramai di luar sana yang mendoakan kesejahteraan dan kesihatan anak ini. Tak kira melalui blog, facebook atau pun bertanya khabar melalui telefon. Serasa saya, andai Nabila tahu, pastinya dia juga turut mengucapkan terima kasih pada semua yang mendoakannya. Moga segalanya kembali seperti sediakala..InsyaAllah..Amin... :)

~Nabila & neneknya..mengulit bersama..seronok la tu dok celah ketiak nenek..hehe~
20 September 2011
Kata orang...
Kata orang..
"Berenti keja jelah..susah nak jaga anak istimewa ni. Kesian kat dia..tak dapat tumpu pada anak sepenuhnya..."
Hurm..bila mengenangkan kata orang..bukan mudah. Saya memang setuju dengan kata-kata di atas, namun bukan semua kata-kata itu boleh di ambil.
"..tak dapat tumpu pada anak sepenuhnya..." - SAYA SOKONG.
"..susah nak jaga anak istimewa ni. " - SAYA TAK SOKONG.
Adik, andai adik dapat baca coretan ibu ini, ibu nak adik tahu, adik tak pernah susahkan ibu. Malah ibu bersyukur kerana kehadiran adik membuka banyak mata dan telinga orang di sekeliling kita....
Kata mak, rezeki anak ini sangat murah. Dan Allah permudahkan jalan kita walaupun kita nampak jalan itu agak berliku. Namun, jika kita sabar dan tawakal, pasti Allah tunjukkan jalan yang lurus buat kita.
Andai ada yang nampak saya sukar, ada lagi orang yang lebih sukar hidupnya dibandingkan dengan saya. Andai mereka rasa saya dan Nabila terseksa, ada ramai lagi yang terseksa jiwa dan raga hidupnya dibandingkan dengan saya. Jika saya menurut kata orang dan tidak melalui kata hati sendiri, adakah saya akan bahagia? Mungkin ya..dan mungkin TIDAK.
Kata orang juga boleh buat hati ini rasa sedih, pilu, sayu. Dan kata orang juga boleh buat kita suka, gembira, tersenyum. Kata-kata yang bisa merubah persepsi kita terhadap orang yang berkata-kata itu. Dan melalui kata-kata juga kita tahu hatinya IKHLAS atau tidak.
Untuk saya, tak perlulah berkata macam-macam. Cukup hanya mendoakan kesejahteraan dan kesihatan Nabila. CUKUP. Adakala kata-kata itu bisa menusuk ke hati nurani saya. Walaupun saya mendiamkan diri, namun hati saya pedih..perit.
Ya, bukan semuanya faham. Saya akui dan maafkan saja kesilapan orang yang mengeluarkan kata-kata. Mungkin dirinya tak pernah melalui pengalaman sama seperti saya. Tak mengapa..Saya cuba pujuk diri sendiri untuk cuba menelan kata-kata itu. Dan andai apa yang saya telan itu pahit, saya cuba lupakan rasa pahit itu. Boleh..pasti boleh...
p/s: Saya teramat rindukan senyuman dan tawa Nabila. Teramat rindu...!!

19 September 2011
Bila diri ini diuji...
Sungguh hari demi hari saya rasakan tekanan. Melihatkan pipi si kecil yang sering dihujani air mata, buat saya sayu. Apa salah saya agaknya. Puas berfikir, namun saya buntu. Tiada jawapan....
~menangis dan menangis sehingga tiada punca~
Tangisannya bukan sedikit. Serasa saya depan, belakang, kiri dan kanan rumah sudah pasti mendengar suara tangisan Nabila. Pernah dulu kata mereka, sayu mendengar Nabila menangis. Apa yang boleh saya buat? Pujuk dan terus pujuk si bunga hati...
~air mata yang bukan sedikit mengalir..2 hari ya..2 hari menangis tanpa henti. Diam hanya untuk tidur. Tak sampai 10 minit menangis lagi....~
Cuti 3 hari saya habiskan melayan si kecil ini. Sungguh hati saya tak keruan melihatnya. Hati saya terlalu memikirkan Nabila. Adakah dia tidak mahu saya ke Melaka? Wallahulam..Hanya Nabila saja yang tahu isi hatinya...
Sudah pelbagai cara saya guna. Ubat demam, antibiotik, selsema semuanya sudah habis. Buat kembung perut juga sudah di cuba. Membuang juga sudah. Membawa Nabila ke hotspring bagi menenangkan hatinya yang gundah pun sudah. Malah siap menelefon kak Yusnita agar datang ke rumah untuk berurut dan membacakan ayat-ayat suci Al-Quran buat Nabila juga dilakukan. Namun, masih lagi belum menunjukkan tanda-tanda untuk berhenti.
Semalam, kami ke hospital. Sudah 2 kali kaki melangkah ke emergency Sg. Buloh untuk satu minggu ini, dan waktu itu tangisan Nabila bergema di seluruh emergency. Ada mata yang memandang dan menegur. Siap uncle cina tu suruh saya terus masuk jumpa doktor. Hurm..antara satu kelemahan Sg. Buloh, di biarkan anak kecil menangis. Sepatutnya di dahulukan pesakit yang benar-benar memerlukan. Nak marah pun tak guna. Sudahnya, selambak muntah Nabila keluarkan ke lantai hospital. Dan selepas itu saya nampak Nabila lega.
Tiba giliran, Nabila masih menangis. Doktor sendiri terkejut melihatnya. Dan pada awalnya doktor mahu menahan Nabila namun bila melihatkan reaksi saya yang kurang selesa, dia meletakkan Nabila di wad pemerhatian dulu. Darah Nabila diambil dan segala butiran yang diperlukan. Doa saya, janganlah di suruh kami menetap di wad. Alhamdulillah setelah diperiksa, tiada yang membimbangkan dan kami dibenarkan pulang.
Sepanjang hari ini pun kami hanya berada di rumah. Saya terpaksa E.L kerana tak sanggup membiarkan Nabila di sekolah. Emosinya yang tidak stabil membuatkan hati saya berat untuk membenarkan dia ke sekolah.
Petang tadi, kami bertiga menunggang motorsikal. Tujuannya hanya untuk mendiamkan Nabila. Diamnya hanya sebentar, masuk rumah menangis. Sepertinya dia tahu dia di dalam rumah atau di luar.
Ayat-ayat Al-Quran dipasang dan bergema di segenap sudut ruang. Begitu juga dengan air penawar yang diberi oleh Kak Yusnita. Memang tak putus bekalannya. Pada saya hari ini ada hikmahnya. Nabila akan mendapat air penawar baru. Kata Kak Yusnita tadi, air yang dibaca untuk menyembuhkan penyakit-penyakit yang 'nampak' dan 'tak nampak' . Lebih 'powerful' berbanding dengan air sebelum ini. Dan saya sisipkan sekali doa untuk kak Yusnita baca ketika solat hajat malam ini.
Dan sewaktu entry ini di taip, saya sudahpun berada di rumah mak. Saya meminta izin pada Abang untuk bermalam di rumah mak. Mujur tadi ada kawan memberitahu, bahawa hal kerja di Melaka tidak perlu kakitangan ibu pejabat untuk turut serta. Nasib baik....
Harapnya esok Nabila tidak lagi menangis. Harapnya moodnya makin baik. InsyaAllah...Amin..

17 September 2011
Andai ibu tahu...
2 hari sayang, ibu diuji. Diuji kerana dirimu yang sedang sakit. Hanya Allah saja yang tahu perasaan ibu. Semalam ibu separuh gila. Melihat dirimu yang menangis tanpa henti..
Kenapa sayang..Kenapa? Ibu tak mengerti. Adakala ibu naik malu dengan jiran sebelah menyebelah . Kerana ibu takut mereka mengatakan ibu tidak pandai menjagamu. Kerana ibu membiarkan dirimu menangis sepanjang hari. Ibu bagai di rasuk syaitan. 2-3 kali juga tangan ibu hinggap ke punggung mu.. Maafkan ibu sayang..Ibu tak tahan..
Akhirnya ibu kalah. Ibu menangis disisimu. Air mata ibu jatuh menitis kena di pipimu. Andai dirimu tahu perasaan ibu, alangkah baiknya. Ibu tahu kamu tidak mengerti..Mengapa ibu menangis..Mengapa?
Sayang, andai ibu tahu apa yang terbuku dihatimu, akan ibu hajati. Andai ianya susah sekalipun, ibu akan usaha dapatkannya asalkan air matamu tidak lagi mengalir. Bila mendengar dirimu menangis, hati ibu sayu..kerana ibu tak mengerti apa mahumu sayang....
Ya Allah, kuatkanlah semangat ku..Hilangkan kesakitan anakku....Kembalikan senyum tawanya..Aku rindu...

13 September 2011
Alahai anak...
~aksi terkejut ke hapa nih..tetiba je letak tgn kat dada..hehe..~
Nabila demam lagi. Beberapa hari lepas kembar Nabila, Alisya demam juga. Huhu..kalau kembar tu kembar juga..sian Nabila & Alisya..
Ni pun tengah tido.. Tadi asyik merengek. Tak taulah gaya kat sekolah tadi macamana. Ambil je tadi kat sekolah, dah rasa badan Nabila dedau.. Huh..sure demam nih.. Amik suhu tadi tgk dah 37.8 darjah.. Terus bagi ubat demam dan selsema..
Tentang saya..
Tentang saya..
Alhamdulillah..kelas menjahit saya pun dah selesai. Cukuplah belajar 4 patern..lepas ni nak applykan semua apa yang telah dipelajari.. :) tapi tak ambil tempahan lagi tau.. Tak berani lagi.. kasi terror dulu wokey!!
Tentang plan untuk Nabila...
Tentang plan untuk Nabila...
Plan selepas ini, nak bawa Nabila ke Kak Raw semula. Lama benar tinggalkan rawatan kak Raw ni. Mau kena sekeh ibu dan ayah Nabila nih..hehehe.. Ayah Nabila dah sibuk tanya bila kelas menjahit ibu selesai..Okey!! dah selesai pun..Boleh dah bawak anak ibu jumpe Acik Raw nyer..!!
Tentang esok...
Tentang esok...
Ni tengah pikir-pikir jni. Esok nak bagi Nabila ke sekolah ke idak esok?Kalau ikutkan dalam jadual sekolah Nabila, dia ada craft competition kat sekolah sekarang ni..Tapi tak taulah Nabila terlibat ke tidak. Hurm..nampaknya esok macam kena pontengkan Nabila dari sekolah kut. Saya pula ada kursus..dan ayah Nabila dah offer diri nak jaga Nabila dan bawa ke klinik esok.
Moga Nabila lekas-lekas sembuh...Amin...
08 September 2011
Kalaulah mudah untuk membuat keputusan...
Tadi, saya dan Nabila ke PDK. Dan seperti biasalah aktiviti di sana.
Saya dikhabarkan bermula tahun hadapan, pihak JKM mensyaratkan ibu bapa untuk menghantar anak ke PDK sekurang-kurangnya 2 kali seminggu. Ini bermakna saya akan keluar pejabat juga 2 kali seminggu jika dibandingkan sekarang ini hanya sekali seminggu.
Sungguh saya tak selesa dengan berita ini. Kerana seminggu sekali pun agak berat untuk saya keluar pejabat, inikan pula 2 kali. Nanti apa kata rakan pejabat dan bos pula.
Sungguh saya rasa susah hati. Tadi saya suarakan hal ini kepada pegawai saya. Cuba mendapatkan pendapatnya. Katanya, jika dia berada di tempat saya pun, pastinya dia buntu.
Kalau ikutkan hati, saya pejamkan mata saya dengan elaun RM 150 itu. Tak dapat pun tak mengapa. Janji Nabila ke PDK mengikut masa ketika ini. Tidak perlu sampai 2 kali. Dulu pun saya masukkan Nabila ke PDK bukan atas dasar duit elaun itu. Semua kerana mahu Nabila mudah mendapat tempat jika dimasukkan ke sekolah khas kelak. Namun, bila sudah begini..sukar juga untuk saya menguruskan semuanya.
Bagaimana pula dengan sekolah? Takkan nak pergi 3 kali seminggu je. Rugi rasa membayar RM350 dengan hanya ke sekolah sebanyak 12 kali saja? Lagipun aktiviti sekolah banyak dibuat jika dibandingkan dengan PDK. Tapi bagi saya dua-dua penting!
Kenapalah mereka yang membuat keputusan ini tidak berfikir panjang. Jika tak bekerja mungkinlah mudah, tapi bagi mereka yang bekerja? Bagaimana pula...?
Aduhai....
05 September 2011
Bila cuba merencanakan sesuatu..
Semalam, saya bertanyakan soalan cepumas kepada Abang... Sudah lama saya terfikir tentang perkara ini, cuma kali ini saya baru suarakan. Hanya kerana mahu tahu apa jawapannya...
-Abang, katakanlah kita ada anak lagi.. Agak-agak sapa yang akan jaga adik Nabila nanti?Nabila dah sibuk ulang alik ke sekolah. Adik dia macamana?
-Entah..Abang tak tahu plak. Kenapa pulak tanya?
-Saje je nak tahu jawapan abang. Atau cuba abang bayangkan kalau kita ambil bibik. Bibik ibu angkut sekali gi umah mak. Tak nak tinggalkan dia kat rumah kita. Biar mak yang tengokkan bibik. Atau tak payah pikir pasal bibik la. Kalau mak jaga adik Nabila macamana? Takkan ibu nak ulang alik ke sana kemari...?
-Ishhhh..Takkan la kot.. Ibu dok la kat umah mak..
-Nak buat cam dulu..?Nak dok berapa lama pulak..1 tahun..2 tahun..?
-Entahlah...hishh..tak taulah abang....
Hurm..nak buat anak memang senang abang oiii..tapi kepada siapa tanggungjawab menjaga adik Nabila sepanjang saya bekerja ?
.....?
Bukan mudah membuat perancangan. Memang kita mahukan semuanya terbaik namun ada kalanya segala yang kita rancang tak semestinya menjadi. Saya cuba membayangkan keadaan di mana saya bakal menimang cahaya mata kedua. Pastinya semua akan kembali seperti dulu. Akan berada di rumah mak sehingga menantikan adik Nabila membesar. Andai Nabila sudah berjalan ketika itu, syukur. Mungkin perjalanan kami lebih mudah. Andai belum? Bagaimana lagaknya? Terpaksa saya dan Abang berjauhan lagi... :(
Rata-rata kawan yang seusia saya sudahpun mempunyai 2 cahayamata. Saya luahkan kepada rakan saya Sabtu lepas. Hampir kesemua rakan sewaktu saya belajar di Shah Alam dulu sudah beranak-pinak. Bukan tidak bersyukur dengan apa yang saya peroleh sekarang, namun dek kerana beberapa perkara, ianya menjadi perkara yang kurang penting buat saya. Apa yang penting, semuanya tentang Nabila. Tidak mahu anak itu terasa diabaikan.
Sabar, itulah yang perlu. Kelam kabut tentang semua perkara itu merupakan satu langkah yang kurang bijak. Saya harus selesaikan satu persatu. InsyaAllah, andai ada rezeki dan di izin Allah, pasti Nabila punya adik lagi.. :)
Saya doakan segala apa yang direncanakan oleh rakan-rakan senasib saya dalam kehidupan mereka di permudahkan. InsyaAllah.. :)

~rindu dengan tendangan kecil Nabila di dalam perut ini..Ketika Nabila berusia 31 minggu.. :)~
04 September 2011
Saya perasan sesuatu...
*Entry 2 kali dalam masa satu hari..wah..banyak sangat ke idea tuh..!*
Tadi, Nabila masih lagi dengan pe'el nya. Tidak mahu berenggang langsung dengan saya. Letak di buai ikannya juga tidak mahu. Menangis entah apa yang dia mahukan, saya tak pasti. Bila saya dekat, tahu pulak senyap. Aik..main-main la Nabila ni...
Apa yang ingin saya cerita bukanlah perangai Nabila sepanjang hari ini. Cuma saya catatkan kisah ini di dalam blog saya ini. Hanya untuk simpanan kenangan saya terhadap perkembangan Nabila.
Bila Nabila menangis, saya cuba mendukungnya. Dan kalau di pujuk di dalam rumah pun seperti tiada gunanya. Kaki saya melangkah keluar rumah. Bermain buai seperti selalu. Kerana mahu memujuk agar Nabila tenang. Faham sajalah kalau anak dara ni mengamuk... :(
Bila duduk di luar, Nabila akan diam. Saya terlupa untuk mengambil saputangannya, lantas kaki saya melangkah masuk ke dalam rumah semula walaupun punggung ini sudah duduk berbuai di luar.
Tau apa Nabila buat...?
Menangis....... :(
Saya pernah cerita yang Nabila memang punya masalah dari segi penglihatannya dan masih lagi di pantau oleh pakar mata. Namun, bila melihatkan kejadian tadi, saya membuat kesimpulan mudah. Serasa saya Nabila bukanlah tidak nampak langsung seperti yang dikatakan oleh doktor. Malah saya rasa penglihatannya jauh lebih baik berbanding dulu.
Ya, NABILA TAHU DIA ADA DI DALAM RUMAH ATAU DI LUAR RUMAH!DIA TAHU CAHAYA TERANG DAN CAHAYA GELAP KETIKA DI DALAM ATAU DI LUAR RUMAH
Sekarang sudah pandai bosan. Sudah pandai untuk minta saya membawanya keluar bermain. Dan tahu orang ada atau tidak di sekelilingnya. Dulu, Nabila langsung tak peduli. Orang ada atau tidak disebelahnya, dia hanya berada di dalam dunianya saja. Suara tak berdecit pun. Menangis kerana mahu minum susu atau mahu tidur. Itu saja yang dirinya tahu.
Bila melihatkan semua ini, saya rasa syukur. Saya tahu saya perlu bersabar lagi untuk semua ini. Saya perlu yakinkan diri bahawa Nabila boleh lakukan semua itu. Cuma saya perlu berinya masa. Dan peduli kata orang andai ada yang kata Nabila lambat atau lewat melakukan apa jua perkara mengikut usianya. Yang penting saya perlu usaha lagi. InsyaAllah....

~mata yang semakin elok. Jarang sekali untuk juling. Cuma saya perasan matanya nampak juling kedalam. Kata Abang, mungkin Nabila sedang fokus untuk memandang dalam jarak yang dekat. Ketika gambar ini diambil, saya tahu Nabila sedang memandang aksi saya yang sedang mengambil gambarnya.. :)~
Kakak Baby yang suke memerap..
Adoii...satu keje pun tak boleh nak buat..2 hari berada di rumah asyik mengadap kakak baby nih...
Nama baru Nabila... Kakak Baby.. Yolah, nama dah pangkat kakak, tapi still cam baby..boleh la panggil gabungan dua nama tuh..hehehe...
Nasib baik kain baju masa balik kampung aritu dah selesai kemas dan masuk dalam almari. Rumah pun memang dah sedia kemas sebelum balik kampung hari tu. Cuma nak memasak je susah. Kakak Baby ni bukan nak dok main sorang-sorang. Pantang la ibu dia takde depan mata. Asyik nak memerap je.
Semalam entah kenapa teringin sangat nak buat kuew tiew ladna, last-last suruh ayah kakak baby beli barang semua bagai, berdentam dentum kat dapur memasak. Lepas tu panggil kawan lama kami dan kawan kerja Abang datang bertandang beraya di rumah. :) Best! Nasib baik menjadi resipi nya..hehehe...

~kakak baby yang mengado-ngado~
02 September 2011
Raya!!!
Alhamdulillah, kami telah pun selamat sampai ke rumah. Hampir seminggu beraya di kampung dan rasa sekejap benar masa berlalu. Tahun ini giliran kami beraya di Ipoh. Hurm..biasalah, setiap tahun pasti ada gilirannya. :)
Raya tahun ini, penuh dengan sesi kunjung mengunjung. Seronok rasa. Saya sebenarnya jarang merasai nikmat kunjung mengunjung ni. Bila berkahwin, barulah dapat merasa. Jika dulu masa kecik, tak best langsung. Lepas sembahyang raya, duduk terperuk kat rumah wan. Tak tahu nak pergi mana. Tambah pula beraya di KL je. Lagilah bosan...!!
Nabila paling seronok. Berjalan sakan. Naik kereta pergi satu rumah ke satu rumah. Semua rumah saudara mara.. :) Ramai juga yang mahu melihat si kecil ini. Mujur tak meragam. Cuma raya kedua, Nabila meragam sakan. Kerana marahkan saya kejutkannya tidur. Habis satu rumah di haruknya. Naik malu saya pada mak mertua dan sanak saudara. Hampir 1 jam dia meragam. Cadang mahu lama di rumah saudara, sudahnya terpaksa pulang awal dek nak memujuk dari mengamuknya... :(
Gambar raya pun tak banyak saya ambil. Entah hapa-hapa cik Abang ambil gambar tah..Habis senget benget.. Tak cantik langsung. Tapi untuk kenangan, saya tepekkan juga di sini.. :) Untuk tatapan semua. Sila abaikan je si ibu yang over..muahahahaha!!!
Jemput datang rumah yek semua... :) Selamat Hari Raya.. !!!

~ready nak beraya..Buat muka tercengang..hehehe..~
~posing-posing dulu...~
~huh..puas nak bagi budak kecik ni gelak..sudahnya kena geletek..hehehe~
~opah & atuk Nabila..~
~sekeluarga.. :)~
~Nabila gelak lagi..~
~rumah pertama di hari raya..~
~Adah, Ejah & Madiha.. :)~
~ibu yang kemaruk nak baby lagi..~
Jemput datang rumah yek semua... :) Selamat Hari Raya.. !!!
Subscribe to:
Posts (Atom)