Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

08 September 2011

Kalaulah mudah untuk membuat keputusan...

Tadi, saya dan Nabila ke PDK. Dan seperti biasalah aktiviti di sana.
 
Saya dikhabarkan bermula tahun hadapan, pihak JKM mensyaratkan ibu bapa untuk menghantar anak ke PDK sekurang-kurangnya 2 kali seminggu. Ini bermakna saya akan keluar pejabat juga 2 kali seminggu jika dibandingkan sekarang ini hanya sekali seminggu.
 
Sungguh saya tak selesa dengan berita ini. Kerana seminggu sekali pun agak berat untuk saya keluar pejabat, inikan pula 2 kali. Nanti apa kata rakan pejabat dan bos pula.
 
Sungguh saya rasa susah hati. Tadi saya suarakan hal ini kepada pegawai saya. Cuba mendapatkan pendapatnya. Katanya, jika dia berada di tempat saya pun, pastinya dia buntu.
 
Kalau ikutkan hati, saya pejamkan mata saya dengan elaun RM 150 itu. Tak dapat pun tak mengapa. Janji Nabila ke PDK mengikut masa ketika ini. Tidak perlu sampai 2 kali. Dulu pun saya masukkan Nabila ke PDK bukan atas dasar duit elaun itu. Semua kerana mahu Nabila mudah mendapat tempat jika dimasukkan ke sekolah khas kelak. Namun, bila sudah begini..sukar juga untuk saya menguruskan semuanya.
 
Bagaimana pula dengan sekolah? Takkan nak pergi 3 kali seminggu je. Rugi rasa membayar RM350 dengan hanya ke sekolah sebanyak 12 kali saja? Lagipun aktiviti sekolah banyak dibuat jika dibandingkan dengan PDK. Tapi bagi saya dua-dua penting!
 
Kenapalah mereka yang membuat keputusan ini tidak berfikir panjang. Jika tak bekerja mungkinlah mudah, tapi bagi mereka yang bekerja? Bagaimana pula...?
 
Aduhai....

2 comments:

Tika said...

Ina.. hmm memang susah. Saya kalau sekali seminggu pun payah. Dah kena cuti gi appoinment hospital lagi, kelas² terapi di hospital lagi, nak kena laks cuti ke PDK tetiap minggu... huhu memang bising laa bosses.. huhu.

Tp cadangan saya, saya setuju hantar jer seperti biasa seminggu sekali sprt skrng.

ieda said...

ooo....tak dengar lg berita ni.nabila pun tak g sekolah ari ni..demam.
tapi kat PDK nabila ada budak2 yg datang sekali sekala ja sb keluarga tak mampu nak hantar (masalah pengangkutan & keja + jarak rumah yg jauh)..kalau ada rules macam ni nanti cemana agaknya dgn keluarga2 ni..sian depa.