Seminggu blog ni kosong. Sebenarnya ada je benda nak cerita, tapi entahlah..Takde mood plak. Plus, seminggu ni saya asyi pulang lewat. Apa lagi klu bukan kerja. Jam 11 malam baru muncul di muka pintu rumah.. :(
Kesian Nabila, patutnya saya memang dah plan nak buat macam-macam sepanjang minggu ni. Namun, bila hal-hal lain datang menjengah, terpaksa hasrat saya untuk buat pelbagai perkara dengan Nabila dibiar sepi. Hati saya ralat..
Dan 2 hari ini, Nabila tidak ke sekolah. Demam menjengah lagi. Baru saja kebah dari demam dan kamok-kamok minggu lepas, sudah datang penyakit itu lagi. Aduhai anak..kesiannya.. Semalam pun habis saya bermandikan muntah Nabila. Tekaknya gatal dan langsung muntah di hadapan saya. Badannya cukup lemah. Sampaikan tak lalu untuk membuka mata. Tidur saja...
Saya dah naik risau. Susu pun tak nak minum. Macamana ni? Malam tadi saya beri Nabila susu menggunakan syringe. Adalah dalam 15ml. Dan selepas itu, Nabila pejam mata lagi. Tak mahu....Saya dan Abang hanya mendiamkan diri. Buntu....
Ya Allah, moga segala penyakitnya hilang jauh darinya. Tak sanggup melihat dirinya kesakitan. Nabila, ibu rindu dengan senyumanmu....
7 comments:
patutlah senyap je seminggu ni...moga cepat sembuh bella..
sabar ye ina..sedih atul baca..makcik atul doakan nabila cepat baik dr demam..
sALAM
Anak bila tak sihat, ibu memang mengelabah+risau.
Si adik minggu lepas demam, si kakak amik turn minggu ni.
Memang cuti saya habis sebab anak, takpelah janji hati lega anak2 depan mata.
Sabarlah, ganjaran Allah itu lebih mahal sedang menanti kita...Anak-anak kan amanah Allah.
moga nabila cepat sembuh...
get well soon yasmin nabilah...
sabar ina. gejala cam tu la yg aini alami sebelum admitted kat spital tempoh hari. tapi dia diikuti dgn batuk. bag dia minum byk air masak ina. semoga nabila ceat sembuh.
salam perkenalan...
sye doakn nabila cpt smbuh..amin..
Post a Comment