2 hari sayang, ibu diuji. Diuji kerana dirimu yang sedang sakit. Hanya Allah saja yang tahu perasaan ibu. Semalam ibu separuh gila. Melihat dirimu yang menangis tanpa henti..
Kenapa sayang..Kenapa? Ibu tak mengerti. Adakala ibu naik malu dengan jiran sebelah menyebelah . Kerana ibu takut mereka mengatakan ibu tidak pandai menjagamu. Kerana ibu membiarkan dirimu menangis sepanjang hari. Ibu bagai di rasuk syaitan. 2-3 kali juga tangan ibu hinggap ke punggung mu.. Maafkan ibu sayang..Ibu tak tahan..
Akhirnya ibu kalah. Ibu menangis disisimu. Air mata ibu jatuh menitis kena di pipimu. Andai dirimu tahu perasaan ibu, alangkah baiknya. Ibu tahu kamu tidak mengerti..Mengapa ibu menangis..Mengapa?
Sayang, andai ibu tahu apa yang terbuku dihatimu, akan ibu hajati. Andai ianya susah sekalipun, ibu akan usaha dapatkannya asalkan air matamu tidak lagi mengalir. Bila mendengar dirimu menangis, hati ibu sayu..kerana ibu tak mengerti apa mahumu sayang....
Ya Allah, kuatkanlah semangat ku..Hilangkan kesakitan anakku....Kembalikan senyum tawanya..Aku rindu...
4 comments:
na pon slalu gak tensen..ni jage anak normal da xbape nak sabar..kalo dapat mcm nabila,na tatau na leh kuat cam ina tak...sabar la..InsyaAllah ade hikmah nnt...
dah lama kan rasanya nabila tka jadi macam tu...maybe ada sesuatu yg dia takut? a nabila,alaaa cianya nabila ibu pupuk bontot dia..
muahhhh nabila baik kan,budak pandaikan, tak mau buat ibu macma tu yer..ibu susah hati nanti..
ina, mama rasa klu nabila macam tu lagi,dengarkan ayat2 alquran, if kita tak baca, dari CD pun dah ok, biarkan aje sehari suntuk kedengaran hinggalah dia ok
nana: huhu..adakala sabar kita ada batasnya..tapi bila dah buat mcm2 kat budak ni..rasa nak nangis juga bila dah tak tahu camner cara nak pujuk dia..last2 aku nangis dia pun nangis gak..huwaaaa!!!
Mama: huhu..tulah mama..pas pukul mesti nangis..dah mcm org gila dah ina nih..huhu..ayat2 quran mmg terpasang sentiasa mama..dah psang kat komputer, psang gak kat mp3 bagi dia dengar..huhu.maybe nak besar..sebab tu buat perangai..huhu...
menitis air mata baca entry noina ni.. kesian pada noina & juga nabila.. semoga tabah ye
Post a Comment