Begitu juga dengan hal nak kurus. Pun terkejar-kejar bila balik rumah. Hurm..kadang-kadang tak sempat nak senam pun. Takut gak badan naik balik. Sia-sia jelah usaha saya sebelum ini, kalau badan ni naik semula. Tapi tanda-tanda nak naik balik tu mmg dah ada. Mana taknya, Hari Raya, semuanya saya sental..huhu...
Ni belum tambah lagi hal bisnes..hehe..Tak sempat nak design barang-barang kraf saya lagi..huhu....
Tadi, saya curi guna masa untuk Nabila, walaupun dalam otak ni dah bermacam-macam yang saya rancang untuk saya lakukan sebaik saja sampai di rumah. Kerana, saya tidak mahu menjadi ibu yang mementingkan diri sendiri. Oleh itu, harus saya cemburu kepada ibu-ibu di luar sana yang tidak bekerja. Kerana, pastinya di rumah banyak perkara boleh dilakukan. Untuk saya, cuma mengharapkan sekolah untuk melakukan aktiviti sepanjang Nabila berada di sana. Sejak sekolah baru ni, saya yakin sikit. Saya tahu banyak aktiviti kat sekolah. Tak macam sekolah lama dulu... :(
~saya ambil minyak zaitun yang telah dibaca surah-surah tertentu untuk disapu di seluruh badan Nabila. Saya urut dan saya nampak Nabila lega. Badan Nabila masih penuh dengan tanda lebam-lebam...Bukan kena dera ok!! hehe..Dari lahir dah ada..~
Jika dulu, saya akan buat jadual..namun rasa tak sempat untuk kejar semua aktiviti yang saya rancang sebelum ini. Lagipun saya perasan, Nabila sejak sekolah baru, dia memang cepat tidur. Dan Tak bangun-banguns sehinggalah ke subuh. Itupun bangun nak susu. kalau tak dikejut mandi, sure tido lagi. Maka bila melihatkan keadaannya yang letih lesu kepenatan, maka hajat untuk membuat aktiviti lain terbantut.
~duduk dengan meletakkan tangan sebagai support (almaklumlah, nabila belum kuat lagi pinggangnya..)
Aktiviti seperti flash card, toys dan bola juga sudah lama ditinggalkan. Rasanya semua ni tak boleh jadi. Kalau dibiarkan tentu Nabila ketinggalan. Kalaulah badan saya ni boleh dibelah dua kan senang..Satu buat kerja-kerja yang meilbatkan hobi saya sendiri. Satu lagi melayan Nabila.
Apapun memang saya cemburu. Harapnya mereka di luar sana yang menjadi surirumah sepenuh masa, rebutlah masa yang ada ini untuk membangunkan anak. Sebab bukan semua orang berpeluang seperti kalian. Saya andai diberi peluang, saya mahu berhenti. Dari sakit hati asyik dimarahi, baik saya berhenti. Hati pun tak sakit, saya boleh tumpu 100% untuk anak.
4 comments:
perjalanan kehidupan...sering mempertemukan persimpangan...yang memerlukan pilihan dibuat....untuk meneruskan...biar pun ada di antara nya....hanya pilihan dalam menerima....
namun demikian...yang saling membezakan...dalam membuat pilihan...adalah pada matlamat...kekangan...kaedah...
biar pun ada ketika nya....'rasa' sering 'mendahului' fikiran....namun ianya akan kembali 'terpandu'...pabila terus percaya dan yakin pada-Nya...yang Maha Esa....Maha Mengetahui...Maha Mengasihani....
Dia yang tidak akan sesekali memungkiri janji...dan Dia juga tidak akan sesekali menzalimi...
ketentuan Allah adalah rahsia Allah....
wallahu'alam....
ina, tak kira berapa banyak masa yg ada untuk nabila tapi yang penting kualiti.
btoi tu ina...klau la berkemampuan, wani pun dah lama resign bila fikirkan isya...moga kita terus kuat dan terus mnjadi super mum!
huhuhu..betul gak kot kata ina, kita dah bosan dgn life sendiri.. tp ina, berbeza dgn saya, w/pun duk rumah tp asyik tension yer sbb sy bkn duk rmh sdri dgn anak. ada rg kedua n ketiga yg kadg2 kata2 mrka mbuatkan sy tension n semua benda perlu dibuat dgn sgra, dah mcm org gaji yg x bergaji je. bkn merungut tp sy rasa terbeban dgn anak, keje rumah yg perlu siap ontime. alangkah seronoknya sy dpt duk rmh sdri, mesti best cam yg ina kata kan. Insya allah, impian akan menjdi kenyataan..
eh td ainie pun g gedangsa, tp lewat sampai kul 1.45 ptg, p g kul 12 tghr lepas dia makan. hehehe
Post a Comment