Hari ini, saya MC. Untuk pertama kalinya sepanjang tahun 2011 saya mengambil cuti sakit. Sungguh hari ini sangat tak selesa. Semalam saja, dengan keadaan sejuk di pejabat membuatkan saya rasa sangat tidak selesa!!
Sewaktu menghantar Nabila ke sekolah pagi tadi, saya rasa badan Nabila hangat. Ingin berpatah balik, namun akal menghalang. Kerana ketika itu saya sudahpun sampai ke Plaza Tol Subang. Nak balik pun rasa tak berbaloi. Sudahnya, saya titipkan pesanan kepada Yusma agar memberitahu pada Teacher Sheyla kalau-kalau Nabila demam supaya terus menelefon saya.
Tak puas dengan itu, saya mesej pula Mrs. Sunny dan Teacher Sheyla sekali lagi, kalau-kalau Yusma terlupa dengan pesanan saya. Ibu Nabila panik!!! hehe..Padahal Nabila takde apa-apa pun.
Sebenarnya apa yang saya ingin cerita pada entry kali ini, berkisar dengan kenangan lalu. Semalam, saya menerima satu private mesej di facebook saya. Dan mesej tersebut membuatkan hati saya meronta-ronta ingin berjumpa insan ini.
Berkenalan dengan Suraiya membuatkan hati saya dipagut sayu. Lantas dalam fikiran saya, terkenang diri saya. Keadaan Sue sama dengan keadaan saya saat anak kami sama-sama berada di hospital. Bezanya, Nabila dulu, dan kini Rayn pula... :(
Sudah 2 bulan Rayn berjuang di NICU. Semuanya gara-gara lemas ketika di lahirkan. Cara kelahirannya persis keadaan saya melahirkan Nabila dulu. Normal - vakum failed - emergency c-sear. Di hospital yang sama.. :(
Tadi hati saya meronta mahu berjumpa dengan kedua insan yang hebat ini. Walau di duga, namun wajah mereka tetap tenang. Walhal, 2-3 hari ini keadaan Rayn dikatakan kembali tidak stabil dan perlu berpuasa bagi mengelakkan keadaan dirinya menjadi lebih teruk lagi. Bila Papa Rayn memberikan gambar Rayn kepada saya, sungguh hati saya luluh. Rayn sangat comel di mata saya. Sungguh..!! Jauh di sudut hati saya terus berdoa agar Rayn terus diberi kekuatan untuk meneruskan kehidupan bersama mama dan papanya...
Saya pernah dalam situasi itu. Ya, semuanya sangat kusut. Hati saya terlalu bimbangkan keadaan Nabila. Namun ianya hanya sebentar. Bagaimana pula keadaan Sue yang sudah 2 bulan dilanda debaran yang amat. Setiap hari penuh dengan debaran...
Untuk mereka yang membaca entry ini, saya mohon agar kalian doakan agar anak ini terus berjuang. Moga Rayn dapat menjalani kehidupan sama seperti anak-anak yang lain. Dan buat Sue dan suami, akak doakan moga kalian terus kuat demi Rayn. Rayn adalah anugerah terindah yang hadir dalam kehidupan kalian. Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.
3 comments:
Insyallah..moga perjuangan Rayn serta kedua ibu bapanya sentiasa dlm rahmat Allah, begitu juga dgn Nabila serta Ina
aminnn..semoga kalian terus menjadi parents yg hebat.. anak2 istimewa ini diberikan kepada mereka@ibubapa yg istimewa di mata Allah - sekadar meminjam kata2 pemcermah, Dr Hj Yusop Rabu....
sama2 kita doakan yang terbaik buat bby rayn...
Post a Comment