Tapi kan...Ada sesuatu yang telah menyejukkan hati saya.. Dalam hati saya berbunga riang. Tak sabar nak tunjuk kat semua orang. Selalu dapat tengok je anak orang lain buat semua ni. Tapi kali ini saya lihat sendiri hasil tangan Nabila.. Alhamdulillah..bergenang air mata ini menatapnya...
Cover depan fail progress Nabila
Mrs. Sunny said " She is physically and mentally delayed as well as her speech. Her legs are nit in right formation yet, but she can stand with support now. her legs is slowly developed and can support her body when she stand. She is able to look up when called her name. Her understanding is slowly developed. She smiles and give eye contact when we communicate with her. She is well behaved girl and cooperates during exercise. She cries only when she is hungry or something uncomfortable. She needs more exercise for legs and hand coordination". - ibu suka... :)
Hasil tangan Nabila..Siapa cakap Nabila tak boleh buat.. Biarpun teacher pegang tangan Nabila sambil melukis, tapi aktiviti ni kalau dibuat selalu, pasti Nabila boleh buat kan.. :) Lepas ni, ibu pun nak belikan colour pencil la untuk Nabila. Dulu ibu ingat mustahil kalau nak beli, tapi bila tengok semua ni, ibu dah mula yakin dnegan kamu dik. Nanti kita buat banyak-banyak aktiviti macam ni yek sayang.. :)
Aktiviti sepanjang tahun 2011. Semuanya best-best belaka.. :)
Serius, saya sangat gembira bila Nabila bersekolah di IMC. Bila melihatkan aktiviti yang dia lakukan, saya yakin saya berada pilihan yang betul. Biarlah susah untuk saya dan Nabila berulang pagi dan petang dari Rawang ke USJ setiap hari, namun bila memikirkan semua ini, saya gembira.
Moga Nabila dan anak-anak lain mendapat segalanya yang terbaik di IMC. Amin.. :)
8 comments:
Tahniah Nabila!!! mama pun bangga dgn nabila. Tumpang gembira yang terlonjak lonjak ni la ibu. Insyallah, pasti ada lagi yang best lepas ni. Ibu jgn putus asa..Kiss and hug utk nabila kuat kuat hehehe
sungguh mama gembira dan berkaca mata mama nie tgk hasil2 nabila buat....pasti nabila akan buat sendiri nanti....teruskan usaha2 ibu buat nabila...syukur yallah...amin
Yey ..nabila pun dah pandai color!!! mcm abg lademm..muah cayang nabila!!
alhamdulilah.. sgt excellent progress nabila.. happy nya hati.. semoga nabila will learn extra and better dari hari ke hari.. go nabila go..
tahniah nabila... betul kata ina, kalau support hari-hari tangan dia, tak mustahil satu hari nanti dia akan gerakkan sendiri
ok sesangat kepada akak rasanya... semoga akan terus berjaya hendaknya... nabila mesti boleh...
hasil yg dpt di bbanggakan...keep it up dear
bangga dgn nabila..nmpk ksgguhan mllui hasil aktiviti tu..gud luck nabila!!semoga segala urusan nabila dipermudahkan oleh Allah
Post a Comment