Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

11 November 2011

Lemas? Sampai bila kesudahannya... :( ~Al-Fatihah buat Rayn Fashran Tan ~

 
 Status pada facebook saya pagi tadi....:( Syahdu di pagi Jumaat tatkala jari jemari menaip status itu...

Sungguh..hati saya pilu bila menerima mesej dari Sue, Mama Rayn pagi tadi. Terkejut kerana tidak menyangka secepat itu Rayn pergi meninggalkan Papa dan Mamanya. Baru kelmarin kami bersua, dan rupanya Allah lebih menyayanginya....

Rupanya tak sampai hajat saya untuk menatap wajah si kecil ini. Sudah berjanji pada Nabila mahu melihat Rayn nanti bila dia keluar hospital. Namun, janji tinggal janji..Mungkin janji ini dapat ditunaikan bila Nabila dan Rayn di syurga nanti...

Ya Allah, hati saya sayu..Saya tak dapat membayangkan perasaan Sue waktu ini. Saat kehilangan memang suatu yang pedih. 

Serasa saya sepertinya saya mahu marah kini pada pihak hospital! Ya..kerana mereka, Rayn tidak dapat bersama Papa dan Mamanya mengecap kebahagiaan. Kerana mereka juga, Nabila tidak akan kembali menjadi anak normal. Ya, saya seperti hilang kewarasan bila memikirkan hal ini....!

Sampai bila...?Sampai bila akan terus jadi begini...!! Berapa ramai lagi yang nasib nya sama seperti Rayn dan Nabila..? Atau menjadi seperti arwah baby Aqil juga? Menjadi Alisya, Aiman, Irfan? Saya takut sekali bila ada lagi anak-anak yang jadi mangsa seperti Nabila... Sungguh...!!

Setiap kali sesiapa saja yang mengandung, pasti saya akan ucapkan perkara yang sama.. "Kalau rasa baby tak boleh keluar, operate je..jangan tunggu..."

Kerana apa? 

Saya takut nasib mereka sama seperti saya. Saya TAKUTTT!!!!!!

Saya bukanlah orang yang tidak boleh menerima keadaan Nabila kini. Semua ini sudah tertulis. Saya redha apa yang telah ditentukan oleh-Nya. Saya tahu Nabila adalah anugerah terbaik untuk saya.

Ya Allah, kuatkan semangat kami. Berikan ketabahan buat kami dalam menjaga amanah-Mu. Sesungguhnya Kau Maha Mengetahui......

3 comments:

Salina@IbuAqil said...

Innalillah!! Al-Fatihah & Salam takziah buat keluarga beliau.. Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah swt..

SARIPAH BAKAR said...

Al fatihah untuk Ryan...

Sememangnya bila dikenang nasib anak syurga kita, hati menjadi amat geram. Kerana mereka anak kita menjadi mangsa, kita juga menjadi mangsa. Harapan seorang ibu yang begitu ingin melihat zuriat yang dilahirkan, lahir dlm keadaan sempurna, membesar menjadi anak yang soleh, berjaya dunia dan akhirat. Tetapi kerana kelalaian mereka, harapan tinggal harapan

Namun, semua itu ada hikmahnya. Mengajar kita menjadi insan yang lebih cekal, kuat menghadapi apa saja dan yang palong utama menghargai apa yang Allah swt telah kurniakan kepada kita selama ini

Siddiq Tan said...

thx for all support...
Al-fatihah...