Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

03 November 2011

Selesai sudah....

3 tahun saya menggunakan implanon. Hanya kerana Nabila. Kerana mahu curahkan segala kudrat saya demi kerana Nabila, biarpun diri saya yang terseksa menanggung kesan akibat penggunaannya.

Sakit tu takdelah..cuma kesannya, penambahan berat badan yang mendadak (last sebelum diet..berat saya 82kg) dan period saya  yang tidak berkunjung tiba selama 2 tahun 6 bulan. Sewaktu saya memilih untuk menggunakan kaedah perancang ini, saya telah meneliti sehalus-halusnya kesan-kesan ini. Jika dibandingkan dengan kaedah lain, saya lebih senang dengan kaedah implanon ini.

Alhamdulillah, hari ini alat itu sudah dibuang dari bawah lengan saya. Tadi sewaktu proses berlangsung, dalam hati saya berdegup kencang. Saya tahu akan proses nya nanti. Perasaan takut menghantui saya, namun kerana hati ini ingin menambah ahli keluarga, saya kuatkan semangat. Alah..sakit tu kejap je.. :)

2 kali juga saya diberi ubat bius. Doktor pertama yang lakukan proses, nampak agak kaku sedikit. Maybe baru pertama kali cuba untuk mengeluarkan alat itu dari lengan saya. Proses untuk menoreh, membuka dan mencungkil keluar dari lengan bukan mudah. Saya pada awalnya mahu melihat sendiri, alih-alih doktor melarang saya untuk melihatnya. Takut saya pitam dan sebagainya.

Nampak juga isi daging saya di korek sedikit. Tapi serius, rasa macam gigit semut je kut. hehe..Doktor kedua cuba untuk keluarkan alat akhirnya berjaya setelah doktor pertama tadi tidak dapat mengeluarkan dari bawah lengan saya. Alih-alih saya tengok dah selesai. Proses memakan masa dalam 15 minit juga. :) Kakitangan LPPKN yang sangat ramah serta doktor yang cuba menarik perhatian saya berjaya membuatkan hati saya hilang gundah gulananya. :)

Moga selepas ini perjalanan kami sekeluarga dipermudahkan. Saya tak kisah bila tarikh dan masanya akan tiba untuk menanti kehadiran cahayamata kami yang kedua. Andai diizinkan Allah, pastinya Nabila ada adik lagi selepas ini. Doakan kami yek...

Pada mereka yang ingin mencuba, rasanya tak salah. Sebab ini keadah yang terbaik sebab kalau kaedah lain, keberangkalian untuk mengandung tetap ada. Keadah ini sesuai pada mereka yang mahu merancang dalam tempoh yang lama seperti saya...

p/s : huhu..luka  ditoreh agak besar, so nurse tak galakkan saya untuk basahkan lengan saya 2-3 hari ini. Next week, mereka akan check lagi luka dan kalau 'cik peod' tak datang lagi, bolehlah buat pap smear..huhu...

9 comments:

zul said...

xsakit ka nnt nak dukung nabila...moga dapat bby yg comei cam nabila nnt...n mta2 nabila cepat2 dapat jalan..nnt boleh main kejar2 ng adik dia...

shaliza said...

Semoga Nabila dapat adik cepat.

...mommy jue... said...

aduhai, seram plak dengar.. sya tak pernah guna perancang, takut.. badan dah bam2 nie kalau pakai tak tau la camne.. Nabila sure nak adik, boleh buat teman dia, buat kawan..

Cho Zila said...

oooo selamat mencuba moga berjaya... akakni takut nak mencuba benda2 gini...

mama akid said...

bila ada khabar gembira nnt jgn lupa share yer...

iDa WiTh aLoNG said...

semoga segalanya dipermudahkan buat ina sekeluarga..tak sabar nak tunggu kelahiran adik nabila nanti..

Anonymous said...

sedang mempertimbangkan kaedah implanon..tp sy sgt takut gemuk... hmm

boleh tanyer bape kg akak naik? adakag doc dah pesan akan sume side effect ni before pakai ari tu??

_ Puan Anon_

Darwani Dinix said...

2 thn lebih x mai peod??? wahh...sure sakit gila bila 1st time mai nanti

AJ Kraf said...

semoga nabila cepat dapat adik.. saya hanya makan jamu MAB n alhamdulillah dah hampir 2 thn n badan pun maintain sampai skrg..