Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

20 November 2011

Sepanjang hari dengan Nabila.....

Untuk ibu yang bekerja seperti saya, hanya waktu di hujung minggu saya peruntukkan masa untuk bermain dan terapi untuk Nabila. Sedari pagi tadi, saya lakukan pelbagai perkara bagi memenuhi masa dihujung minggu dengan penuh manfaat...

Terdetik hati saya, memikirkan keadaan Nabila. Bila melihatnya dirinya yang kini suka bermain, saya dapat rasakan perubahan itu dari sekolah Nabila. Ya, mungkin setiap hari penuh dengan aktiviti membuatkan dirinya terbiasa untuk bermain sepanjang hari.

Dan tadi pun, bila saya berdirikan Nabila, sikit suara pun tak 'berdecit'. Saya cuba memegang sebelah tangannya, dan saya nampak Nabila cuba imbangkan dirinya. Saya menari bersamanya dan Nabila menjerit kesukaan. Mengekek-ngekek bila saya geleteh perutnya.

Tadi sempat jugaklah saya mengambil pensel dan buku warna. Dah lama saya belikan buku ini, namun baru hari ini ada kesempatan untuk melakukannya bersama Nabila. Saya cuba merasai apa tindakbalas Nabila tatkala saya dan dia memegang pensel warna bersama. Dalam hati saya sayu.. Andai Nabila sihat, pastinya berebut dengan saya untuk mewarna bersama.. :) Takpe..masa itu akan tiba kan dik...:)

for the first time saya dan Nabila memegang pensel bersama..Dulu saya fikir Nabila tak boleh, tapi bila saya tengok aktiviti Nabila kat sekolah, why not saya cuba.. :)

 Senyum sengih je sepanjang hari...:)

Tadi pun saya cuba gak beri Nabila makan menggunakan bumbo chair nya. Teacher Sheyla ada beritahu saya yang Nabila diajar makan secara duduk. Sebelum ni, saya hanya memangku Nabila kerana lebih mudah untuk di suapkan. Entah kenapa saya ingin melakukannya. Apa yang saya tahu, saya cuma ingin lihat reaksi Nabila sewaktu makan...

budak comot makan..hehe..

Reaksi Nabila? Bila disuap, dia dongakkan kepala dia..Naik risau pulak saya. Puas saya menahan kepalanya agar berhenti menggeleng, last-last masuk gak nasi dalam mulutnya. Hurmm..agak banyak jugak dia makan..Ke ko lapar dik..hehe.. Memang comot sikit, habis bersepah berterabur nasi sampai ke hidung-hidung kena..tapi kalau tak ajar begini sia-sia lah sekolah Nabila ajar makan sambil duduk. Hurm..harus di praktiskan lagi..

Yeah...go Nabila go.. :)



5 comments:

ibu nabil syahmi said...

bagus tu ina, ina kene practice ape yg diajar kt sklh.. contoh bile dlm keadaan duduk ina kene cube bykkn aktiviti die.. mule2 mmg susah , bersepah.. lame2 nnt ok laa tuu.. cube ajar die berdikari atau buat sendiri ape yg die blh buat.. ingat mule2 susah, lame2 nnt akan nmpk hasilnyee.. jgn putus ase key.. nabilah ade improvement.. mesti boleh..

Bicara hati ibu aisya said...

Good job nabila!tomei jer dia main.
psstt..samalah meja tu ngan aisya punya.

AIN NAZRI said...

waaa tahniah nabila.. go nabila go.. i know u can do better

Unknown said...

hehe ina...comel nabila...gerammm...nak tanya yg ina letak kat tgn nabila tu apa function dia ek...utk buka tgn ke...akak pun tgh ajar Iman makan duduk...tapi sama gak macam nabila....iman dongakkan kepala...takut makanan tercekik...sama-sama kita praktis lagi ek...moga nabila dan iman terus maju ....

Zach's Momma said...

Salam kenal..:)

Saya pun x berapa selesa kalau kasi Z makan guna bumbo seat. Kepala dan badan bergoyang2 sebab x cukup sokongan. Selalunya saya letsk kusyen kat belakang supaya dia boleh menyandar. But still mcm kurang stabil. Tapi lama2 bertambah ok lah.