Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

16 December 2011

Cik bongsu sudah selamat dibuang...

Hari ini merupakan hari kedua selepas gigi bongsu dibuang. Rasanya mungkin ada yang ingat lagi entry ini... Buang si bongsu . Sekian harinya saya menunggu masa ini. Sebenarnya sudah bertahun saya mahu cabut gigi bongsu, tapi temujanji bersama HKL..? Faham-faham sajalah. Takde makna nya nak dapat cepat. Bukan seorang dua yang sama seperti saya..Ramai...!!! Huhu...

Memang agak berdebar. Semalaman saya tak tidur mengenangkan pembedahan ini. Alah, minor operation je..Bukan teruk pun. Tapi sebab tak pernah sakit gigi atau tampal gigi..begitulah jadiknya. Berdebar tak hengat...

Temujanji di setkan pada jam 8.30 pagi. Tapi menunggu giliran punyalah lama. Dalam pukul 12 tengahari baru nama dipanggil. Rasa macam nak lari jer..tapi bila fikir balik..apa punya penakut ibu Nabila nih..Sakit sikit jer..Nabila kena lagi teruk kan...huhu...

Last-last, saya redha je..Serah diri kat doktor. Nasib baik la Dr. Jolene memang baik orangnya. Sabar melayan kerenah saya yang beberapa kali hampir nak muntah gara-gara tak tahan dengan bau ubat dan saat dia memecahkan gigi saya. Rahang saya ni dah naik senget di tolak-tolak bagi mengeluarkan cik gigi yang agak degil.

Sebelum prosedur pun, Dr. Jolene dah terangkan macam-macam. Cuma jika agak susah, dia akan memanggil doktor pakar iaitu Dr. Satish untuk membantu. Saya request pada Dr. Jolene untuk memejam mata. Katanya lebih baik saya buka mata. Tapi rasa macam tak sanggup je nak tengok peralatan dia tu.

Walaupun di suntik ubat bius, masih terasa ngilunya. huhu..Tapi pada saya takdelah teruk sangat kut. Hurm..Dalam fikiran saya sepanjang pembedahan, saya cuba ingat perkara-perkara yang menggembirakan. Contohnya minggu depan saya akan bercuti bersama family mertua..atau teringatkan wajah Nabila yang comel. Hehe...Orang kata psikologi minda..Tak nak bagi takut dan fikir bukan-bukan punya pasal... :)

Lepas pembedahan, saya pulang bersama ayah saya. Kebetulan, sewaktu saya menunggu ayah saya di stesen bas depan HKL, ada seorang wanita bertanya pada saya. Dia mahu menaiki bas ke Bandar Baru Sentul, tapi tak tahu bas nombor berapa. Last dia memilih saya untuk jadi kaunter pertanyaannya. Tapi sayang, saya memang tak boleh nak bantu. Saya tunjuk isyarat mulut bahawa saya tak boleh bercakap. Dia ingat saya ni bisu. Terus dah tak pandang saya. Hurm..nak tergelak pun ada. Rasa kesian pun ada.huhu.

Last saya nampak dia tahan teksi.hehe...kan senang naik teksi je. Bukan jauh dah dari HKL ke BBS tuh...

Now, saya di rumah mak. Semalam memang nak meraung rasa bila ubat bius dah habis. Huhu..Cik Bella pula dijaga sepenuhnya oleh mak saya. Tapi yang tak bestnya, perut ni asyik lapar je. Serius!! Bukan boleh makan sembarangan. At least 2 minggu baru boleh makan benda keras balik. Mulut pun tak boleh nak buka besar-besar. Tapi rasa pelik kalau sehari tak bercakap. Sudahnya, saya bercakap juga, tapi mulut tu kecik je nak bukak..hehehe...

Hurm..alamatnya, turun la kut berat badan saya nih..Waktu entry ni di taip, perut saya berkeroncong lapar. Tapi nak buat camner..makan bubur jelah. Tapi naik jelak pulak asyik makan bubur. Adoi...darah masih mengalir lagi di tempat pembedahan. Dah makan aiskrin pun still bleeding lagi. Harapnya cepatlah recover. Bila dah sakit gigi, tengok banyak pulak makan sedap..huhu...

No comments: