Ya..saya agak happy sejak dua menjak ni. Saya perasan Nabila semakin kuat makan dan minum susu... :)
Dulu saya memang susah hati. Makannya hanya sedikit. Ya, setiap hari saya beri Nabila makan sebanyak 3 kali. Di waktu pagi saya berikan biskut yang di patah-patah kecil sebanyak 4 keping. Selalunya biskut Tiger lah (kunun-kunun nak kuat cam tiger...hehe). Biskut dicicah bersama air minum pagi. Dan selalunya mesti habis 4 keping tu kalau makan dengan saya. Kalau kat sekolah tak pasti pulak....
Tengahari dalam jam 1-2 petang saya akan berikan Nabila makan lagi. Kadang-kadang terlewat sampai jam 3 petang. Tapi waktu petang macam ni Nabila memang tak makan banyak. Selalu semangkuk tu payah sangat nak habis. Kadang-kadang hanya 2-3 suap je. Kenyang lagi kut. Yelah..lepas breakfast, Nabila mesti ambil susu at least 2 kali.Manalah tak kenyang dik....
Jam 5-6 petang, saya akan suapkan nasi sekali lagi. Sebelum itu saya selang selikan dengan susu juga. Kadang-kadang saya sengaja lajakkan sehingga jam 7 malam. Nak bagi Nabila betul-betul lapar. Barulah dia makan banyak. Dan kemudian selepas itu, bermain dan bermain sampai letih. Mintak susu dan terus tidur.. :)
Bila setiap hari begini, saya nampak Nabila sudah tahu rutinnya. Anak Brain-Injured ni kalau di ajar perkara yang sama setiap hari, sure dah di setkan dalam mind dia. Contoh macam Nabila. Setiap pagi sebelum mandi, saya akan gosok giginya dahulu. Secara automatik dia akan buka mulutnya untuk digosokkan. Comel bukan? hehe... Dulu bukan main susah nak suruh buka mulut. Sekarang dah tahu gosok gigi tu dah jadi rutin harian sebelum mandi pagi.. :)
Macam makan jugak, Nabila memang susah nak makan nasi tanpa blend. Bila dah diajar sejak umur 2 tahun, Nabila boleh terima, walaupun pada waktu itu, setiap kali makan, mesti dia akan menangis. Betul kata mak, nak tak nak mesti kena ajar Nabila makan nasi. Kalau tak, sampai bila-bila pun Nabila takkan boleh makan nasi sendiri.
Semua yang saya lakukan bukanlah terus menerus saya dapat. Bertahun lamanya saya mengajar Nabila itu dan ini. Ya..BERTAHUN..!! Bukan mudah. Lebih-lebih lagi anak HIE Stage 3. Dengan masalah matanya lagi..Saya terus berusaha selagi daya saya. Semua untuk si kecil ini. Terima kasih pada semua yang tak putus-putus mendoakan puteri hati saya dan bertanya khabar mengenai perkembangan Nabila.. :)
No comments:
Post a Comment