Hurm..seperti biasalah, anak seperti Nabila akan sentiasa penuh dengan temujanji. Walaupun kini Nabila tidak lagi ke Fisioterapi atau Occupational Therapy..atau juga ke Speech Therapy nya di Hospital Sungai Buloh.
Temujanji kali ini bersama doktor peadiatriknya. Bersama Dr. Tengku Putri Zainab, nampak lebih mesra. Kami banyak berbincang mengenai kes serangan sawan yang telah saya cerita pada temujanji lepas.
Pada saya serangan beberapa bulan ini (sehingga hari ini) tidak dapat diramal. Seperti yang berlaku sehari selepas temujanji bersama doktor peads, Nabila telah diserang sawan. Walaupun serangan itu tidaklah menakutkan, tapi hati saya agak kecut bila Nabila membulatkan matanya dan cuba untuk menelan air liur. Badannya agak keras. Air liurnya berkumpul di area bibir dan sedikit meleleh.
Bila saya memberikan supplement Transfer Factor, saya nampak kesihatan Nabila agak baik. Cuma saya tak ingat berapa kali Nabila diserang perkara yang sama. Ianya berlaku terlalu cepat, tidak sampai seminit pun. Itupun puas saya mengejutkan si kecil ini bia ianya berlaku. Kalau di sekolah, saya tak pasti pula. Saya takut juga kalau-kalau cikgunya tak perasan bila terjadinya keadaan itu. Kerana bila ianya terjadi, Nabila akan senyap membatu dan akhirnya dia keletihan dan matanya layu mahu tidur.
Oleh kerana itu, doktor telah prescribe ubat Sodium Valproate atau oarang panggil Epilim sebanyak 1.38ml 2 kali sehari. Kalau nak diikutkan , jika dibandingkan dengan kawan-kawan Nabila lain, nampak kuantiti yang diberikan agak banyak walaupun kata doc hanya sedikit dos diberikan Saya bab-bab ubat ni menang 'fail'. Bila dengar macam-macam cerita tentang ubat sawan ni, buat saya takut pula untuk berikan pada Nabila.
Dan sehingga entry ini di taip, saya masih buntu mencari jalan untuk mengatasi masalah kekeliruan saya ini....:(
Next appointment juga, Nabila akan bertemujanji di sebelah petang dengan doktor peadiatriknya. Temujanji itu akan digabungkan bersama doktor Rehab nya nanti. Itupun setelah doktor tadi memeriksa dan mendapati Nabila agak stiff katanya. Kalau nak diikutkan sebenarnya sudah lama Nabila dirujuk oleh doktor Rehab. Tapi setelah 3 tahun? Hurm..memang cukup tak faham dengan Hospital Sungai Buloh ini...
Entahlah, saya agak buntu hari ini. Pelbagai perkara yang bermain dalam fikiran saya...Dan besok ada satu lagi perkara penting yang berlaku juga..Moga segala urusan saya dipermudahkan..Amin....
1 comment:
salam noina..
lebih baik bagi ubat sawan tu sebab setiap kali berlaku sawan sedikit sebanyak akan terdapat kerosakan pada sel otak.bila banyak kali berlaku ia akan mengganggu pembesaran/perkembangan anak itu.setiap ubat mmg ada kesan sampingan tapi kita kena pertimbangkan mana yg lebih baik utk dilakukan pada sesuatu masa.harapnya suatu masa nanti serangan sawan tu berhenti terus & ubat dapat dihentikan secara perlahan2.
pray for the best for both of you..insyaAllah.
Post a Comment