Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

02 December 2011

Bercerita tentang Nabila bukan kerana mahu minta simpati....

3 hari 2 malam saya di Cherating. Kerana menghadiri kursus Team Building di sana. Sangat menyeronokkan dan aktivitinya best. Dapat pulak rakan-rakan yang sangat bekerjasama walaupun kami berlainan jabatan.

Ada yang menyangka saya belum berkahwin lagi. Hehe...Entah. Agaknya fikir saya ni ligat melompat sana sini..Asyik ketawa dan nampak serupa orang tak kahwin lagi lagaknya. Ramai juga yang bertanya tentang Nabila bila mengetahui saya sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak istimewa.

Bila bercerita, tiada lagi air mata meleleh. Malah, bergenang jauh sekali. Hati saya keringkah?

TAK...

Kerana saya sudah biasa bercerita tentang Nabila pada mereka yang bertanya. Ada yang mengatakan depan saya, saya kuat semangat.

Ada seorang kakak ini bertanya, adakah saya tidak merasa sedih atau menangis lagi kini? Kerana dia memerhatikan gelagat saya bercerita tentang Nabila tanpa setitik air mata keluar dari mata ini. Kata saya, saya sudah puas menangis. Cuma kadangkala bila saya tidak dapat menahan rasa hati, pasti saya akan menangis juga. Cuma ianya tidak seperti mula-mula saya menerima khabar tentang keadaan Nabila yang sangat menyakitkan hati nurani saya.

Ya, saya terima semua ini seadaanya. Saya tahu perancangan-Nya. Allah tahu apa yang terbaik buat saya. Mungkin dengan hadirnya Nabila buat saya lebih dekat padaNya..

Pada mereka yang sama seperti saya, tak perlu takut dan malu untuk bercerita. Anak ini adalah anugerah terindah dalam hidup kita. Hidup kita juga bukanlah sempurna walaupun diberi anggota badan yang lengkap dan otak yang cerdas. Hadirnya Nabila dalam diri saya memberikan saya lebih kekuatan jiwa. Moga saya terus melangkah demi si kecil ini...InsyaAllah...

kamu tetap di hati ibu sayang....

7 comments:

senyumm said...

dh lme x on9 n baca cite ttg nabila..moga sihat2 aje si comel tu

ieda said...

ibu dah slim...huhuhu....jeles tengok.

Noina said...

senyum : alahamdulillah Nabila sihat2 aje.:) sejak makan TF kesihatan dia bertambah baik... :)

Kak ieda : hehe..takdelah kurus sgt kak..ni kursus berat naik balik neh..risau la plak..huhu...

ak yuyunz said...

ina.. dah slim :) meh la share rahsia.. :D

ujie said...

insallah akak, nabilah nanti sihat seperti kanak2 normal lain..itulah yg selalu saya tanamkan dlm hati sya untuk Darwisyh jugak...sya sentasa fikir yg positive sja dan selalu memberi kata2 semangat utk Darwisyh...setiap x sya tngok nabilah mkin syg dgn dia munkin krna sya belum anak perempuan kot hehee...sya sentasa doakan yg trbaik utk nabilah dan darwisyh...

Noina said...

ak yuyunz : hehe...ala..tak turun sgt la..hurm..still lagi obes tuh..Hurm..bersenam dengan control makan jer.. :) pastu tak bleh susah2 hati sgt..nanti mkan banyak..hehe..

Ujie : Amin..Moga Nabila dan Darwisyh terus membesar dengan sihat.. Amin.. Moga kita berdua terus diberi kekuatan..Amin.. :)

Darwani Dinix said...

btoi tu ina...akak pun rasa proud sangat bila bercerita pasai qalesya especially bagi org yg 1st time jumpa...mcm excited ja ckp yg dia sooo special!