Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

30 August 2009

Berbuka puasa bersama Sarra




Semalam kami sekeluarga ke Shah Alam. Berjanji temu dengan keluarga Ita dan Farid dan tidak lupa bersama anak aku yang sorang lagi..iaitu Sarra Deboks..Rancangan hanya satu..berbuka puasa bersama-sama. Kami telah merancang untuk berbuka puasa bersama seminggu yang lalu. Dan Ita telah mencadangkan beberapa tempat. Aku sememangnya menyerahkan segalanya pada Ita, sebab tak pandai memilih tempat untuk berbuka puasa. Almaklumlah..berbuka hanya di rumah sahaja :)

Dan 3 tempat yang telah di cadangkan Ita, kami memilih satu tempat yang agak istimewa. Ita pernah makan bersama keluarga di situ. Orkid Thai namanya. Dekat dengan Hotel Concorde dan Plaza Masalam. Mulanya kami terlajak jalan sehingga ke Pejabat Risda. Dan akhirnya kami menelefon Ita dan bertanya, rupanya Ita juga baru sampai. Dan Ita menunggu kami berdekatan dengan Mc Donald. Dan akhirnya kami bersua juga..

Comelnya Sarra berbaju kemeja..Sangat baik Sarra semalam..walaupun Umminya kata dia agak merengek sepanjang hari di rumah. Dan Nabila pula..seakan tahu berjumpa kembarnya..mulalah buat perangai. Mulanya baik..tidur..Dan sewaktu berbuka..Nabila menangis. mahu berdukung.Aduhai anakku..serba tak kena rasanya. Sarra pula tidur di pangku Ummi sepanjang berbuka. Dan aku pula..memberi laluan pada abg dulu untuk berbuka.

Lauknya..mak ai..mcm makan 10 orang..sedap..dan rasa kalau ada masa boleh pergi lagi ke situ :) Pandai Ita dan Farid mencari tempat. Tempatnya yang selesa untuk kami dan juga anak- anak kami yang sememangnya agak cerewet jika berada di tempat panas. Namun ada perkara yang tak dapat aku lupakan. Berkali-kali kakitangan di situ mahu berikan kami 'high chair' untuk Nabila dan Sarra. Namun mulutku pantas berkata tak perlu.Takpelah..mereka tidak tahu situasi Nabila dan Sarra. Memang sedih..aku mahukan kedua-dua anakku duduk di 'high chair' sambil mulut becok bising meminta makanan dari Ibu dan Ummi. namun apakan daya..mungkin masa akan tiba juga nanti.. Yang penting bersabar...!

Dan disitu, Nabila di sapa oleh seorang anak kecil. Duduk makan di sebelah meja kami. Comel wajahnya. Dia kata "eee baby..!" Aku hanya tersenyum memandang anak itu. Dan aku berkata pada semua, "Tah-tah sebaya..panggil Nabila baby.." Kalaulah Nabila sihat..Mungkin juga Nabila seperti anak itu. Berlari-lari dan mulutnya bising meminta makanan dari ayahnya. Takpelah Nabila..Pelan-pelan yek.. :)

Apapun seronok dapat makan ramai-ramai..dan Ita ada mencadangkan makan bersama-sama lagi..Insyaallah.. :)



p/s : Ita, kek tu free je..bak kata abg semalam..konon-konon mcm tester la..hehe..jangan marah tau pasal duit tu..kitaorg mmg ikhlas..alah..anggap je untuk Sarra k. Ibu tah bila nak cari baju raya untuk Sarra..takde yang cantik la sayang!

29 August 2009

Nabila lambat tidur..

2 hari ini..Nabila agak lewat masuk tidur.Aku pun tak faham kenapa. Mungkin sebab Nabila dah puas tidur siang. Kata mak, Nabila semalam asyik tidur je. Dan akibatnya waktu malam tadi Nabila bulat mata dan berjaga..

Aku pula..sememangnya agak mengantuk malam tadi. Lepas berbuka semalam..aku terus bergerak menuju ke Rawang. Dan sampai sahaja di rumah..mata aku mula mengantuk. Sudahnya aku terlelap di ruang tamu. Abg berborak dengan aku ketika itu.Sudahnya apa yang abg cakap pada aku semalam..aku langsung tak dengar. Tak larat menahan mata ini.Nabila pula..main di atas tilamnya.

Dah 2 malam dah macam ni. Abg pula katanya, dia 'angkat bendera putih' awal-awal. Tak sanggup melayan Nabila dalam keadaan mengantuk yang amat. Dan nak tak nak..aku terus cuba memujuk Nabila untuk tidur. Diletakkan di atas katil..dalam posisi menyarap (kaedah ni paling selesa untuk Nabila tidur)..tak berkesan. Letakkan di dalam rocker kegemaran dia juga tak berkesan untuk matanya. Malah lebih segar lagi. Siap ketawa-ketawa lagi..Adui anakku. Nasib baik la hari ini cuti. Kalau tak..entahlah..

Dan akhirnya Nabila melabuhkan juga 'tirai'nya sekitar jam 2.30 pagi. kaedahnya..aku buaikan juga di dalam rocker dan tak lama dia terlelap sendiri..sebab mungkin letih barangkali..Ibu dah Ayah pun tak layan dia..makluman..memasing dah tak larat nak bukak mata.. :)

Dan yang aku pasti Nabila akan bangun lewat hari ini. Seperti hari-hari sebelumnya..Nabila akan bangun sekitar jam 10-11 pagi. Anak dara aku nih..bangun matahari dah tegak atas kepala..huhu...sapa nanti nak buat menantu nih..!


p/s : Insyaallah..kami akan berbuka puasa dengan UmmiSarra hari ini di Shah Alam.. :) seronok dapat jumpa kembar Nabila hari ini.. :)

26 August 2009

Terapi dan Gigi..

Semalam dan tadi, Nabila ada appointment dengan Rehab..Semalam dengan Puan Sally dan tadi sepatutnya dangan Puan Suhana. Tadi kami di khabarkan Puan Suhana selamat melahirkan baby lelaki. Kata nurse yang ada di situ, dia datang kerja pagi tadi..dan mungkin tengahari tadi dah sakit nak bersalin..terus masuk wad barangkali.. :) Nampaknya Nabila dapat jumpa Puan Suhana nanti lagi 2 bulan lah..sementara itu mungkin tugasnya akan diambil alih oleh therapist yang lain..

Walaupun aku sedia maklum yang H1n1 tengah menular sekarang ni,entah kenapa aku tidak menghentikan dahulu sesi terapi Nabila buat masa sekarang ni? Lagi-lagi Sg. Buloh memang pusat nyer untuk H1N1 nih..semalam aku bertanya juga pada Puan Sally, ramaikah yang menghentikan sesi terapi mereka? Dan jawab Puan Sally, ramai yang tak nak datang bulan puasa ni adalah..yang H1N1 ni takde pulak. hurm..susah nak kata..Dan rasanya tak perlu lah tanya pendapat aku kenapa aku tak hentikan sesi terapi Nabila. Aku sendiri pun takde jawapan nak diberi :P

Semalam Nabila kelihatan baik sekali bersama Puan Sally. Dia sememangnya jarang menangis bila bersama Puan Sally. Dan semalam aku hanya keseorangan tanpa ditemani abg.Abg kata sekarang susah nak kuar kilang klu nak gi memana. Aduhai..kesian abg..

Tapi tadi abg cakap dia boleh keluar. Katanya nak temankan aku dan Nabila ke sesi fisioterapi. Terkejut gak..sebab pada mulanya abg kata tak boleh. Dan bila bersua di parking kereta tadi..katanya takde kerja dikilang.. Aku apa lagi..seronoklah..hilang rindu tengok abg .. :)

Dan tadi Nabila bersama Dr. Foo..ketua Jabatan Unit Fisioterapi. Nasib Nabila agak baik..sebab aku seronok melihat Dr. Foo melakukan terapi dengan bersungguh-sungguh. Dan juga pandai mengambil hati Nabila :) Nabila memang betul-betul baik hari ini..dan buat apa sahaja yang disuruh oleh Dr. Foo..

Balik sahaja dari hospital tadi..aku beri Nabila susu..Dan asyik betul aku melihat Nabila yang tersenyum tersengih memandang aku..terlihat aku pada gigi Nabila yang semakin banyak. Baru-baru ini (dalam 2-3 minggu lepas)Nabila demam agak kuat. Dan kurang menyusu. Aku fikirkan Nabila memang sakit tekak..rupanya tumbuh gigi lagi..sebelum ini gigi Nabila sudah 8 batang..dan kelihatan gigi taring dan geraham mula menunjukkan diri..Mak aii..sekali banyak pulak tu. Patutlah Nabila tak nak minum susu..Rupanya cik gigi dah nak keluar.. :)

Dan pastinya..gigi geraham atas kedua-kedua belah..kiri dan kanan akan keluar tidak lama lagi. Dan Nabila kenalah bersiap sedia untuk cuba makanan yang agak pejal sedikit. Sebelum ini aku berikan dia bubur nasi tanpa di kisar..Bagi membantu Nabila merasa testur makanan itu. Walaupun agak lambat, aku tetap cuba juga. Kata emak.. Nabila perlu belajar makan.. Nanti esok-esok dia tak pandai nak makan nasi..Takkan nak makan nestum je.

Teringat masa dulu-dulu sewaktu mula-mula aku beri Nabila makan. Agak susah..dan mulutnya agak kaku..Nabila tidak mengunyah..Dia terus menelan makanan yang ada dalam mulutnya.

Tapi kini..Nabila sudah pandai mengunyah..Walaupun aku masih ada masalah untuk memasukkan makanan dalam mulut..namun aku cuba juga. Orang melayu dah tentu kena makan nasi. Itu sahaja makanan yang akan buat dia bertenaga untuk melakukan aktiviti harian dia seperti bermain dan senam.

Harapnya..Nabila akan berubah lagi menjadi semakin baik dan bertambah baik.. :) Walaupun perubahan yang dia lakukan tidak besar buat orang lain..tapi ia amat bermakna dan sangat besar bagi aku..kerna hanya aku sahaja yang mengerti apa yang dia lakukan setiap hari dan setiap hari jugalah aku melihat perubahan-perubahan yang telah dia lakukan.. :)

23 August 2009

Adik Nabila..

Adik Nabila? Ramai sudah yang bertanya pada aku..bilakah aku akan menambah ahli keluarga kami? Aku hanya tersenyum bila diajukan soalan ini kepada aku..

Sedia maklum..aku bersalin secara c-sear dan rasanya perlulah aku menunggu sehingga 3 tahun untuk berikan Nabila adik lagi. Namun aku masih lagi berfikir panjang..Trauma yang aku alami ketika aku melahirkan Nabila..sudah cukup buat aku gerun untuk melahirkan anak lagi..

Bukan kerana menolak rezeki yang akan diberikan Allah..Rasa kasihan pada Nabila menebal..dan aku rasa dia amat memerlukan aku tika ini. Tidak mudah bagi aku jika Nabila ada adik..

Aku tidak mengatakan TIDAK pada anak yang seterusnya. Aku juga ingin melahirkan zuriat yang sihat buat Abg. Aku juga ingin Nabila merasa perasaan punya adik beradik.

Namun..Bukan sekarang ini..Mungkin akan memakan masa sedikit..Mungkin sesudah aku pulih dari perasaan trauma aku barangkali..Atau mungkin ketika itu perasaan membuak-buak mahukan anak lagi..Dan juga mungkin Nabila sendiri sudah pandai untuk berdikari.. :)

Dan rasanya aku sudahpun merancang untukTIDAK dalam 3 tahun ini. Sesudah implanon ini dikeluarkan (aku sudah memakainya hampir setahun) , akan aku fikirkan kembali niat aku itu.. :)

Gedangsa


Semalam aku ke Gedangsa lagi..Pada mulanya agak keberatan untuk pergi..kerana berpuasa..tetapi bila difikirkan jika tak pergi minggu ini..kemungkinan aku dapat pergi lagi 2 minggu..Maka keputusan telah di buat dan aku bertolak dari rumah mak jam 5.30 pagi.Menuju ke rumah Rawang dulu..sebab mengambil abg yang baru balik kerja..

Jam 7.30 kami bergerak..dan setibanya di situ..aku tak sangka pula ramai..Aku dan abg ingatkan ramai yang tak pergi time bulan puasa ni. Tengok-tengok lagi ramai..huhu..

Dan aku berjumpa Put dan Jiey di situ. Kami berbual-bual sebentar dan tidak lama selepas itu giliran mereka berdua..Dan Aku pula melihatkan Nabila yang baru bangun..terus ke kereta..beri Nabila makan..takut-takut dia lapar nanti..

Dan Nabila pula..anginnya tak berapa baik..mahu berdukung sahaja..Dan apabila Kak Raw mulakan sesi..dia menangis dan matanya mengantuk..Mungkin menunggu agak lama..

Sampai di rumah..merengek..dan sudahnya..aku terus membuka balutan yang hanya tidak sampai 3 jam..huhu..terasa letih yang amat kerana hari pertama berpuasa..dan Nabila menangis tak henti-henti..dan aku takutkan yang aku akan hilang sabar..baiklah aku bukakan sahaja balutan itu..Dan kemudiannya aku terus ke dapur dan memasak untuk di bawa pulang ke rumah mak..dan abg tugasnya memandikan Nabila.Dan tepat jam 5.30 kami terus bergerak menuju ke Gombak untuk berbuka puasa bersama keluarga aku..Alhamdulillah..Nabila berkelakuan baik tatkala aku sedang berbuka..bermain sorang diri.. :)

21 August 2009

Kenangan Puasa Tahun Lepas

Tadi..aku ke Sogo.Membeli belah untuk Nabila..Baju raya la..apa lagi..huhu..rambang mata..cuma..tak banyak yang berkenan (tapi sebat 6-7 helai gak baju..hehe)

Dan bila teringatkan tentang puasa yang akan menjelang esok..teringat ketika aku dan abg berpuasa bersama Nabila tahun lepas. Tragisnya..kerana ketika itu, Nabila masih belum mengerti apa2..Yelah memang la Nabila time tu baru je berumur 4 bulan..Tapi Nabila sangat-sangat berbeza dengan anak-anak yang lain.

Apa yang bezanya? Nabila menangis sepanjang masa maghrib hinggalah ke jam 10-11 malam. Sedihnya aku ketika itu hanya Allah sahaja yang tahu. Pada ketika itu, aku sudahpun pulang semula ke Rawang..kerana mula menghantar Nabila ke Taska. Dan hidup kami bertiga ketika itu..aku rasakan agak kelam kabut. Orang lain sedang menikmati juadah berbuka puasa..Aku pula sedang memujuk Nabila untuk tidur..Dan aku terpaksa bergilir-gilir berbuka puasa dengan Abg.

Aku sehingga kini masih tak dapat jawapan mengapa Nabila menangis sedemikian rupa. Adakah dia nampak 'benda-benda halus' di waktu maghrib? Atau sakitkan dia? Dan yang pastinya..tangisan itu akan datang tepat pada waktunya dan berlaku setiap hari sehinggalah Nabila berusia 5 bulan.

Sehinggakan, satu ketika, aku menangis bila melihat Nabila yang tak henti-henti menangis di hadapan aku. Dugaan yang telah berlaku buat aku sabar dan berkat kesabaran inilah..akhirnya Nabila berhenti juga menangis.

Dan pada tahun ini, Aku besyukur kerana aku masih lagi berpeluang untuk berpuasa lagi. Dan kali ini, Nabila semakin baik.Tidak lagi meragam seperti dahulu.. :)

p/s : Beberapa hari ini aku sangat teruja dengan Nabila.Ada perkara yang dia lakukan buat aku sangat-sangat kagum dengannya.. :)

19 August 2009

Banyak Perancangan...

Terima kasih pada kawan-kawan yang telah beri jalan pada Ina untuk selesaikan masalah yang ina utarakan pada entry lepas. Terima kasih banyak-banyak.. :)

.

Namun..Abg telah memberi kata putus. Agar aku tinggal sahaja di rumah mak sepanjang bulan puasa ini. Katanya kemungkinan aku akan berbuka seorang di rumah. Namun hati aku masih berat. Kasihankan abg.

Aku terlupa menyatakan pada entry lepas kenapa Abg tidak mahu duduk bersama keluarga aku. Katanya, aku punya seorang lagi adik perempuan. Memandangkan susah baginya kerna kami bertiga berkongsi bilik yang sama. Almaklumlah..Bilik hanya dua. Abg memang penyegan orangnya.

Lagipun Abg memang punya masalah untuk bangun pagi dan selalu mengantuk ketika memandu. Aku risaukan keselamatan dia untuk berulang-alik dari Gombak ke tempat kerja. Kerja yang sangat membebankannya..membuatkan dia sering letih.

Namun aku tetap risaukan kesihatan Abg. Abg sejak akhir-akhir ini diserang tekanan darah tinggi dan doktor juga mengatakan antibodinya semakin kurang. Dan tadi, kata abg, dia terpaksa mengambil suntikan seperti bayi baru lahir..setiap bulan perlu dicucuk untuk mengembalikan antibodinya. Aduhai..sakitnya hati..sedih..mungkin sebab tekanan dengan kerja dan bila pulang rumah pula, aku dan Nabila tiada di rumah untuk menghiburkan hatinya. Risau aku dibuatnya.

Bilalah abg akan dapat pekerjaan baru? Sudah berpuluh borang rasanya diisi..SPA juga tidak ketinggalan..namun rezeki masih belum menjenguk lagi..

Namun bila di fikir kembali..jika abg di beri pekerjaan lain, entah di mana pula abg akan di tempatkan. Dan tidak tahu sama ada kami akan terus menetap di Rawang..atau abg juga yang semakin jauh dengan kami berdua.

.

Perancangan aku selepas raya ini..mungkin aku akan mencari PDK yang sesuai untuk Nabila. Atas cadangan Put, Mama Idris, dia hanya ke PDK seminggu sekali. Memandangkan kami sama-sama bekerja dan susah untuk tumpu setiap hari di PDK , maka ada benarnya juga tindakannya itu. Mengapalah aku tak terfikir tentang ini?

Dan mencari PDK yang sesuai bukannya mudah.Untuk mencari PDK, aku perlu melihat sendiri persekitaran di situ sebelum memilih. Itu hanya perancangan. Dan harap dapat di realisasikan nanti :)

Dan untuk terapi-terapi lain..rasanya bertambah banyak lagi selepas ini. Bertambahnya speech therapy, aku harap officemate dan pegawai aku 'tak bising' bila lihat aku kerap membawa Nabila ke hospital. Harap mereka semua mengerti.