Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

29 August 2009

Nabila lambat tidur..

2 hari ini..Nabila agak lewat masuk tidur.Aku pun tak faham kenapa. Mungkin sebab Nabila dah puas tidur siang. Kata mak, Nabila semalam asyik tidur je. Dan akibatnya waktu malam tadi Nabila bulat mata dan berjaga..

Aku pula..sememangnya agak mengantuk malam tadi. Lepas berbuka semalam..aku terus bergerak menuju ke Rawang. Dan sampai sahaja di rumah..mata aku mula mengantuk. Sudahnya aku terlelap di ruang tamu. Abg berborak dengan aku ketika itu.Sudahnya apa yang abg cakap pada aku semalam..aku langsung tak dengar. Tak larat menahan mata ini.Nabila pula..main di atas tilamnya.

Dah 2 malam dah macam ni. Abg pula katanya, dia 'angkat bendera putih' awal-awal. Tak sanggup melayan Nabila dalam keadaan mengantuk yang amat. Dan nak tak nak..aku terus cuba memujuk Nabila untuk tidur. Diletakkan di atas katil..dalam posisi menyarap (kaedah ni paling selesa untuk Nabila tidur)..tak berkesan. Letakkan di dalam rocker kegemaran dia juga tak berkesan untuk matanya. Malah lebih segar lagi. Siap ketawa-ketawa lagi..Adui anakku. Nasib baik la hari ini cuti. Kalau tak..entahlah..

Dan akhirnya Nabila melabuhkan juga 'tirai'nya sekitar jam 2.30 pagi. kaedahnya..aku buaikan juga di dalam rocker dan tak lama dia terlelap sendiri..sebab mungkin letih barangkali..Ibu dah Ayah pun tak layan dia..makluman..memasing dah tak larat nak bukak mata.. :)

Dan yang aku pasti Nabila akan bangun lewat hari ini. Seperti hari-hari sebelumnya..Nabila akan bangun sekitar jam 10-11 pagi. Anak dara aku nih..bangun matahari dah tegak atas kepala..huhu...sapa nanti nak buat menantu nih..!


p/s : Insyaallah..kami akan berbuka puasa dengan UmmiSarra hari ini di Shah Alam.. :) seronok dapat jumpa kembar Nabila hari ini.. :)

5 comments:

ieyza said...

seronoknyer dengar citer pasal nabila, semoga bila dier besar nnt dia menjadi orang yang berguna.....Amin

Ummi Alisya said...

huh..nabila ngan sarra nih same je lah pe'el nyer! sarra sekarang pon tgh musim payah nak tido malam. tido jam 11, tapi kol 12 nanti meragam tak hengat! pastu kejap tido, kejap bgn...loteh ummi. abbi mmg tido wat do no jerr...haha!

Rofaizal Jaafar said...

Selamat berbuka pose.. Kirim salam kat Ita ngan family.. Ooo Nabila dah nak besar ni.. Tu pasai lambat tidor.. Takpe ibuayah cuti 3 hari.. Public holiday la.la.la

Yasmin Nabilah.. said...

ieyza : Amin..saje nak share pengalaman membesarkan anak :)

ita : hehe..kata kembar ummi..ina pun dah naik penat dah..saje je akalnya nak main-main ngan kita :)

faizal : Insyaallah.. nanti klu ada masa leh la kita jumpe plak..buat gathering ke..Irfan camner..dah kuar wad dah?

Rofaizal Jaafar said...

Belum keluar wad lagi.. Tu ibu nyer seloroh.. Orang sambut merdeka hari ni.. Tp ibu merdeka lewat sikit.. Huhuhu.. Irfan ada wat terapi ngan batuk2 yg belum sembuh.. InsyaAllah 1 Sep doc cakap boleh kuar.. MERDEKA3x.. Hehe..