18 January 2011

Ubahsuai untuk Nabila..

Salam..Maaf beberapa hari tiada updates. Internet di rumah tak boleh nak on. Dah report kat TM untuk datang..Hurm..tapi faham-faham sajalah bilalah agaknya diorang nak datang repair.
Minggu lepas, aku melakukan beberapa perubahan di dalam rumah. Masih ingatkan kalian mengenai bilik terapi untuk Nabila? Pernah aku angan-angan mahukan bilik terapi untuk Nabila, namun rasanya hajat belum kesampaian. Dan faham sajalah rumah yang kecil ini. Andai ada tetamu yang datang, terpaksa menumpang tidur di ruang tamu. Kasihan bukan. Jadi, bilik terapi Nabila terpaksa di tutup. Dan sudahnya, ruang tamu pula menjadi ruang untuk Nabila membangunkan diri.
Aku cuba untuk set up agar nampak kemas supaya ruang tamu kami yang kecil ini mampu menampung jumlah tetamu yang hadir dalam satu-satu masa. Maklum saja, rumah ini sering dikunjungi rakan-rakan dan keluarga. Alhamdulillah. Sememangnya aku suka ramai-ramai datang ke Teratak Nabila. Murah rezeki orang kata.. :)
Sebenarnya perihal meletakkan semua alat terapi di ruang tamu pernah disuarakan oleh Kak Esma. Kak Esma menyatakan ketidaksetujuan aku meletakkan semua alat-alat terapi Nabila di bilik khas. Namun, bila aku melihat kesannya, aku sudah tahu maksud Kak Esma. Katanya lagi, lebih baik segala alat mainan dan rangsangan untuk Nabila di letak di tempat selalunya kami melepak. Dan tempat paling sesuai adalah DIHADAPAN TV!
Dan aktiviti Sabtu Ahad, nampaknya sangat berkesan untuk kami bila aku mengubah cara kedudukan tersebut. Dan Alhamdulillah..Allah telah permudahkan jalanku. Rasanya tak susah lagi selepas ini untuk aku melakukan semua aktivti untuk Nabila. Dan moga Nabila mendapat segala manfaatnya. InsyaAllah..
p/s : pic ada..tapi pasal update kat opis..lupa nak bawak gambar kat dlm memory card..So..next time jelah update gambar k.. :)

6 comments:

ieda said...

tak sabar nak tengor gambar nih..

ICAZIESYIRA said...

ayesha pun buat therapy depan tv. kadang2 berjaya.kadang2 nengok tv lebih syok. hehehe

Mama Ariana said...

salam ibu n nabila,

wah tentu lebih ceria nabila dng deco ibu yang baru untuk dia, nabila kena rajin tau...

Yasmin Nabilah.. said...

kak ieda: hehe..tulah..kalau bawak gambar tadi boleh dah tepek kat blog..

Yasmin Nabilah.. said...

ica: kdg2 perlu gak untuk kita Ica..buat terapi sambil tgk TV kita tak ler bosan sgt. Tangan tetap jalan gak buat kerja untuk Nabila..:)

Yasmin Nabilah.. said...

mama Ariana: hehe..ibu dia yang terlebih teruja sebenarnya..hehe..senang nak buat exercise..:)

Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...