20 September 2011

Kata orang...

Kata orang..
"Berenti keja jelah..susah nak jaga anak istimewa ni. Kesian kat dia..tak dapat tumpu pada anak sepenuhnya..."

Hurm..bila mengenangkan kata orang..bukan mudah. Saya memang setuju dengan kata-kata di atas, namun bukan semua kata-kata itu boleh di ambil.

"..tak dapat tumpu pada anak sepenuhnya..." - SAYA SOKONG.

"..susah nak jaga anak istimewa ni. " - SAYA TAK SOKONG.


Adik, andai adik dapat baca coretan ibu ini, ibu nak adik tahu, adik tak pernah susahkan ibu. Malah ibu bersyukur kerana kehadiran adik membuka banyak mata dan telinga orang di sekeliling kita....



Kata mak, rezeki anak ini sangat murah. Dan Allah permudahkan jalan kita walaupun kita nampak jalan itu agak berliku. Namun, jika kita sabar dan tawakal, pasti Allah tunjukkan jalan yang lurus buat kita.

Andai ada yang nampak saya sukar, ada lagi orang yang lebih sukar hidupnya dibandingkan dengan saya. Andai mereka rasa saya dan Nabila terseksa, ada ramai lagi yang terseksa jiwa dan raga hidupnya dibandingkan dengan saya. Jika saya menurut kata orang dan tidak melalui kata hati sendiri, adakah saya akan bahagia? Mungkin ya..dan mungkin TIDAK.

Kata orang juga boleh buat hati ini rasa sedih, pilu, sayu. Dan kata orang juga boleh buat kita suka, gembira, tersenyum. Kata-kata yang bisa merubah persepsi kita terhadap orang yang berkata-kata itu. Dan melalui kata-kata juga kita tahu hatinya IKHLAS atau tidak.

Untuk saya, tak perlulah berkata macam-macam. Cukup hanya mendoakan kesejahteraan dan kesihatan Nabila. CUKUP. Adakala kata-kata itu bisa menusuk ke hati nurani saya. Walaupun saya mendiamkan diri, namun hati saya pedih..perit.

Ya, bukan semuanya faham. Saya akui dan maafkan saja kesilapan orang yang mengeluarkan kata-kata. Mungkin dirinya tak pernah melalui pengalaman sama seperti saya. Tak mengapa..Saya cuba pujuk diri sendiri untuk cuba menelan kata-kata itu. Dan andai apa yang saya telan itu pahit, saya cuba lupakan rasa pahit itu. Boleh..pasti boleh...


p/s: Saya teramat rindukan senyuman dan tawa Nabila. Teramat rindu...!!

2 comments:

huda said...

k ina, sgt sakit n perit tgk baby nih..http://luluzland.blogspot.com/

iDa DgN aNaKnYa aLoNG said...

ida faham perasaan ina sebab kita adalah serupa..org hanya pandai berkata2 tapi tidak pula memahami isi hati kita..biarlah kita dengan hidup kita..

Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...