04 November 2011

Kepada Puan Anonymous...

Entri khas buat Puan Anonymous yang bertanyakan tentang perihal entry semalam.. Tentang Implanon..

Sebelum saya mengambil keputusan untuk menggunakan kaedah ini, saya sudahkan menggunakan cara lain. Iaitu melalui suntikan 3 bulan sekali.  Namun, kaedah tersebut saya tak dapat nak laksanakan kerana komitmen masa yang mana saya perlu menepati tarikh temujanji. Jika terlepas tarikh, saya terpaksa menunggu next period untuk menjalani suntikan itu sekali lagi.

Pada mereka yang merasakan tidak mahu untuk mengandung, terutama dalam tempoh jangkamasa yang lama, saya memang cadangkan kaedah ini. Jika difikirkan kesan seperti yang saya katakan semalam tu, memanglah. Tapi cuba fikir balik, saya berjaya turunkan semula berat saya semula. Dan perlu diingat lagi, setiap orang berbeza. Tak semestinya bila tengok orang itu sesuai guna keadah tersebut, maka kita juga sendiri sesuai menggunakannya. TAK SEMESTINYA :)

Ada juga yang tubuh badannya maintain bila menggunakan kaedah implan ini. Kalau fikir untuk takut gemuk, saya rasa kaedah lain pun pasti akan ada kesan untuk berat badan naik juga. Itu terpulang pada kaedah kita menjaga pengambilan makanan seharian. Macam saya dulu pun, makan terlebih-lebih pun iya juga. Malam melantak nasi 2-3 pinggan sehari. Manalah tak gemuk..hehehe..

Saya juga ada kawan-kawan yang memasang implan tetapi terpaksa membukanya semula kerana ketidakserasian dalam penggunaannya. Pada saya, jika rasa tak serasi, baik bukak. Jangan dipaksa-paksa. Macam saya, sepanjang 3 tahun ini, Alhamdulillah, kesihatan saya baik, cuma bab cik pe'od tak datang dan badan naik bagai di pam-pam. Bagi saya itu ok lagi, sebab maybe pe'od saya tak datang pun sebab saya terlalu GEMUK...hahahaha!!!!

Pendapat saya, tanya yang lebih pakar. Bagi saya tak salah untuk guna, sebab inilah satu-satunya kaedah untuk mengelakkan diri dari 'mengandung luar jangka' . Kalau dapat kes macam saya "DAPAT ANAK ISTIMEWA + OPERATION" better lah kita rehatkan dulu dari bab aktiviti mengandung ini. Pada pendapat saya ianya baik untuk emosi saya juga kerana saya sepajang 3 tahun ini, saya masih lagi dalam keadaan trauma akibat peristiwa yang berlaku pada Nabila.

Just pendapat saya..:)


2 comments:

ieda said...

actually nak guna kaedah perancang keluarga ni terpulang kepada individu sendiri.pilih yg mana dia rasa sesuai & selesa.lain orang lain peribadinya & lain juga tindakbalas badannya.keberkesanan almost sama semuanya asalkan dibuat dgn betul.

Darwani Dinix said...

btoi tu ina...even klau mkn pil perancang pun badan boleh naik jugak...

Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...