Tadi aku menguruskan surat dan lampiran yang berkaitan dengan permohonan aku untuk bercuti separuh gaji. Aku tak pasti sama ada di luluskan atau tidak. Yang pasti..aku telah cuba sesuatu untuk Nabila.
Berat sebenarnya keputusan ini diambil. Walaupun hanya sebulan..tetapi berat tugas yang perlu aku pikul sepanjang cuti itu. Aku tidak akan berpeluk tubuh..malah bakal mengeluarkan tenaga lebih dari sewaktu aku di pejabat.
Kerna itu aku mengambil cuti selepas Raya Puasa. Atas faktor kerja juga..aku mengambil waktu itu. Seperti sedia maklum..hujung tahun nanti..pastinya aku akan sibuk seperti tahun lepas.
Kalau dikirakan..aku sememangnya akan rugi dari segi faktor 'kekananan'. Namun..aku tahu rezeki ada di mana-mana. Dengan apa yang ku lakukan ini mungkin juga 'dibayar' lebih dari apa yang ku jangkakan. Betul tak?
Bagi aku mencuba itu tak ada salahnya. Biarpun sepanjang cuti Nabila tidak mendapat apa-apa input..aku tetap puas hati. Sekurang-kurangnya..aku telah usahakan sesuatu buatnya.. :)
Sebetulnya sepanjang di pejabat tadi..aku dapat rasakan hanya jasad saja yang ada di situ. Roh entah hilang kemana. Fikiran melayang-layang teringatkan Nabila dan cuba merangka-rangka aktiviti untuk cuti nanti. Perlu persediaan teliti kerana cuti yang diambil bukanlah lama. Setiap minit dan saat dimanfaatkan sepenuhnya... :)
Apapun..kalian doakan yang terbaik buat kami sekeluarga.. Kadang-kadang sukar diramal apa yang berlaku akan datang. KIta hanya merancang..tetapi Allah juga yang menentukan segalanya..
8 comments:
best ogf luck ibu nabila..moga nabila akan terus berjaya.
kenapa ina...bercuti sebab nabila? untuk apa?
Harap Ina tabah...dan buat keputusan yg tepat...mesti nabila seronok, mama hari-hari ada kat rumah..Akak mujurlah ada cuti sekolah yang panjang....
Semoga pengorbanan ini bakal membuahkan "hasil" yang memuaskan suatu hari nanti..insyaallah. aunty selalu doakan nabilah..
Mamanurin: Insyaallah..terima kasih mamanurin..
Kak fiza: saja untuk Nabila. nak tumpe terapi dia.. :)
Kak nanie: tulah.. ina nih..balik puyn dah malam..mmg tak sempat nak wat terapi untuk Nabila..kdg2 sian gak kat dia..huhu..entahlah kak..ni je cara untuk ina luangkan masa dengan dia..
Ica: Insyaallah..terima kasih..mudah2 an ada 'hasil' nya nanti..
Post a Comment