Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

13 July 2010

Bilik bertukar wajah..

Aku masih berkira-kira untuk melakukan sesuatu untuk Nabila. Sudah lama mengidamkannya..namun..masalah yang bertimpa-timpa..buat projek terbengkalai.

Sebenarnya rumah yang kami beli tidaklah sebesar mana ruangnya. Agak kecil jika dibandingkan rumah-rumah disekitar sini. Namun..aku cukup berpuas hati kerana kami tidak lagi menyewa di rumah orang. Janji ada tempat untuk berteduh sudah.. :)

Rumah ini dibuat hanya mempunyai 3 bilik. Bilik utama dan bilik tetemu..lebih kurang saja besarnya. namun bilik ketiga kujadikan bilik solat dan letak barang-barang. Nampak agak padat di tingkat atas sebenarnya.

Apa yang menyebabkan barang yang penuh adalah kebanyakannya barang-barang Nabila. Dari mainan sehinggalah barang-barang terapi..semuanya ada di situ. Sehinggakan pening juga aku hendak menyusunnya sewaktu kami mula-mula pindah dahulu.

Niat ini sudah lama kupendamkan. Sejak kami mula berpindah di rumah ini setahun yang lepas. Aku mahu menyiapkan satu bilik sebagai bilik terapi Nabila.

Kenapa mesti sediakan satu bilik sedangkan bilik yang sedia ada tak cukup?


Bila mengenangkan barang yang semakin banyak..aku perlu lakukan sesuatu. Dalam kepala ini tak habis-habis memikirkan tentang cara menghias bilik itu. Dan akan ku korbankan set bilik tidur lama kami. Set bilik tidur yang lama mungkin akan diletakkan sementara di rumah mak. Aku tak pasti lagi. Masih belum mencadangkan perkara ini kepada Abg. Bak kata masa mula-mula entry tadi..aku masih berfikir untuk melakukannya.

Apa barang yang aku rasa nak masukkan ke dalam bilik itu?

Ni kira sebahagiannya saja..Mainan-mainan dan lampu terapi yang ada..belum dimasukkan lagi. Dan cadang nak TV kecik untuk Nabila lihat CD dia. dan juga bola terapi..Ada lagi beberapa barang yang bakal dicadangkan pada ayah untuk dibuat sendiri.. :)

Hurm..kalau dapat direalisasikan alangkah indahnya hidup..Senang bila semua barang dikumpul setempat..Mudah untuk melakukan terapi Nabila. Tapi klu cakap sahaja tak buat tak guna jugak kan..Insyaallah..akan ku cuba juga.. Abg.. macamana? Ada berani tak?

4 comments:

Unknown said...

Bestnyer ina, ada ayah yg pandai buat sendiri..akak pun berangan jugak macam tu...tapi terpaksa pendamkan dulu...budget tak cukup...Buat nabila...senyum selalu key...salam sayang dari abang iman

Yasmin Nabilah.. said...

kak nanie: ala kak..ina nak beli mmg tak mampu. Jadik terpaksa buat sendiri. Takpe kak..insyaallah ada rezeki untuk iman nanti.. :) salam peluk cium jugak buat iman yek kak.. :)

ieda said...

kalau dekat boleh akak tolong sebab akak suka ubah2 kemas rumah ni....(mcm bagus...rumah sendiri pun tak sempat..hahaha)...tp betul..akak suka.

Yasmin Nabilah.. said...

Kak ieda; yeke..wah..seronoknyer..:) leh la akak jadik yang mendeco kan untuk Nabila. Ala kak..kena tgk bajet gak..huhu..takde duit bilik pun tak cantik..huhu