Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

15 July 2010

Berada di PDK Kamii untuk pertama kalinya..

Alhamdulillah..pagi tadi aku menghantar Nabila ke PDK Kamii. Jam 7 lagi kami sudah keluar rumah. Nasib baik juga jalan tak sesak. Jadi aku layankan saja perjalanan ke Gombak.

Emosi Nabila sejak kelmarin sangat tidak stabil. Pagi-pagi sudah menangis untuk ke rumah neneknya. Dan tadi..Nabila menangis lagi. Sewaktu aku sedang menyiapkan Nabila, aku berpesan padanya.

" Nabila, hari ni Nabila gi sekolah yek..Tapi sekolah ni ibu temankan Nabila tau. Ibu temankan Nabila wat exercise. Kita gi sekolah baru. Seronok tau. Esok baru kita gi sekolah Tasputra yek sayang"

Aku lihat Nabila diam ketika aku katakan perkara itu padanya. Siap-siap saja Nabila, aku terus turun ke bawah dan masukkan dia ke dalam kereta.

Sampai di PDK hampir pukul 8.30. Masuk saja, aku lihat baru seorang kanak-kanak bersama ibunya di dalam bilik terapi. Hazim namanya. Dan juga Puan Fadillah Penyelia PDK bersama Hazim. Kami berbual dan belajar untuk melakukan terapi bersama-sama. Seronok. Cuma mood Nabila yang nak tidur mengganggu sesi terapi.

Dan sudahnya , aku tidurkan Nabila dulu. Biar dia rehat dulu. Dan tak lama selepas itu..sesi bersambung. Hari ini aku belajar satu perkara baru. Merangsang bahagian 'joint' Nabila. Selama ini di hospital..mereka tak ajar aku perkara yang satu ini. Satu kerugian aku dalam bab ini. Tapi Alhamdulillah. At least aku belajar juga di sini. Akan aku praktikkan sebaik-baiknya untuk Nabila.

Selesai terapi hampir jam 10.30. Itu pun Nabila dah mula buat hal balik. Hurm..agaknya macam tulah dia kat Tasputra. Menangis tak henti-henti. Sabau jelah! Kami pun bergerak menuju ke rumah nenek Nabila. Dan esok Nabila akan aku hantar semula ke Tasputra.

Cuak jugak..tapi aku taknak susahkan mak. Kesian kat mak. Sebab dia terpaksa mengubah jadual untuk dylisis semata-mata demi cucunya. Payah juga kalau aku serahkan 100% pada mak. Biarlah Nabila di sekolah. Ada juga yang tengok-tengokkan dia. Kat rumah mak pun dah takde sapa. Tinggal adik aku yang no. 4. Itupun dia dah nak SPM. Takkan nak ganggu dia. Adik aku yang ke 3 sudah ke Perlis. Belajar di sana. Yang si bongsu pula dah masuk sekolah sukan. Takde siapa dah yang nak tengokkan Nabila. Aduii..sian Nabila..

Doakan segalanya berjalan lancar esok. Harapnya mereka semua faham dengan situasi aku sekarang ini. Dan moga permohonan aku diluluskan. Amin..

8 comments:

A.I said...

Insyaallah, semoga dipermudahkan segala urusan k...

Naimatul Hafizah Nor Rodin said...

seronok la nabila ye..dapat kwn2 baru. tak pe ina...teruksn usaha ina tu. akak yakin nabila pasti serasi di PDK.

Mamanurin said...

moga terus ada perkembangan yang memberangsangkan dari nabila..insyallah. kiter doa sama-sama.

Pnut said...

Akak doakan, Nabila akan dapat banyak manfaat dari dua-dua tempat, tasputra dan PDK...

Ina-Ita dah private blog ek... boleh tak minta dia invite akak?? akak pembaca blog korang, cuma jrang menyampuk je...

Yasmin Nabilah.. said...

Kak A.I :insyaallah..terima kasih kak..

Yasmin Nabilah.. said...

Kak Fiza: hehe..betul2..ibu dia pun tambah kawan lagi..hehe..Akak pun nanti try la daftarkan sofie.. :) mesti sofie seronok..

Yasmin Nabilah.. said...

Mamanurin : Insyaallah..terima kasih mamanurin.. Amin.. :)

Yasmin Nabilah.. said...

Kak Pnut:Insyaallah..terima kasih kak.. :)

haah..dia dah private kan dah..ina dah ckp kat dia..nanti akak bagi email kat dia yek.. :)