Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

27 November 2010

Kaki kecil ini melangkah..

Tadi..aku dan Nabila melakukan satu aktiviti yang dahulunya kerap aku lakukan selepas Nabila mandi. Berdiri..!!

Agak lama Nabila tidak berdiri di sisi katil. Kerana tiada peralatan yang sesuai untuk Nabila berdiri, aku sandarkan Nabila di sisi katil. Agar dia boleh mengawal pinggangnya dan mengawal head controlnya.

Dulu, Nabila langsung tak boleh berdiri. Dilepaskan hanya 2-3 saat, Nabila sudah jatuh kebelakang.

Kini, jika aku lepaskan dalam 1-2 minit, Nabila sudah boleh menahan diri. Namun, ianya masih tidak cukup. Namun aku syukur. Sekurang-kurangnya Nabila ada peningkatan berbanding dulu.

Tak cukup dengan itu, selesai saja 20 minit aku berdirikan Nabila, aku cuba mengajarnya melangkah. Part yang aku rasa agak sukar untuk Nabila. Biarpun dia boleh berdiri, tetapi bila melangkah, Nabila gagal untuk melakukankannya. Sehinggalah aku terpaksa menolak kakinya untuk bergerak.

Aku cuba mambawa Nabila menuruni tangga. Ku pegang erat Nabila, kerna aku risau Nabila terlepas dari pegangan tanganku. Mulutnya bising. Seolah-olah mengomel dan membebel kepadaku. Aku hanya ketawa dan terus lakukan dari satu langkah ke satu langkah.Ku pujuk Nabila untuk cuba melangkah lagi. Namun..kakinya masih belum mahu berganjak. Dan sudahnya, tangan ini membantunya untuk turun.

Sedikit keras. Bila kaki satu di anak tangga atas, dan kaki lagi satu di anak tangga bawah. Aku tahu betapa sukarnya kaki kecil ini melangkah. Ya Allah, kuatkan semangat ini. Pedih bila Nabila masih jauh ketinggalan. Aku tahu, Nabila juga mencuba. Ya, otaknya semahunya cuba menerima input ini.

Saat ini aku terbayang. Andai Nabila masih jua belum boleh menguasai untuk menaiki tangga, akan harus ku ubahsuai rumah ini. Dan rancangannya, satu bilik tidur berada di tingkat bawah untuk Nabila. Aku cuba membayangkan bilik yang penuh dengan kesesuaian kebolehannya. Namun, harapan ini masih mahu Nabila lebih baik dari apa yang kubayangkan tadi.

Maafkan ibu sayang, Betapa ruginya ibu, kerana lambat melakukan terapi untukmu. Andai ibu tahu, sudah awal-awal lagi ibu cuba daftarkan kamu ke sekolah. Terapi di hospital sahaja tidak mencukupi. Andai ibu tidak bekerja, sudah pastinya ibu akan lakukannya semuanya sendiri. :(

5 comments:

Jue-Isteri_Ibu said...

Sabar ina, insya allah Nabila boleh lakukan tu..cuba belum masanya lagi..Aini pun kadang2 cam Nabila gak, tak nak diangkat kakinya..sama2 kita usaha yer..

Azma said...

Sabar ina.. Cuba perlahan2. Jgn paksa sgt, nnt sakit nabila. Dia dah dpt berdiri tu alhamdulillah. Kalau nak ajar dia berjalan, mmg ina kena ajar dia melangkah dulu. Kdg2 ina boleh letak dia dlm posisi mencangkung beberapa ketika. Bg dia rasa semua otot2 dia tu. Pastu utk naik-turun tangga, buat 3-5 mata tangga je dulu kay.. Akak rasa therapist pun ada bgtau kan! Akak tolong ingatkan aje cos nmpk ina cam stress je.. Sabar ye..

produk ococ said...

masih ada waktu. ada hikmah disebalik apa yg kita ada sekarang. mari kita sama2 menterapi anak2 kita. ;)

Min said...

Ya Allah, Kaulah Maha Mengetahui & Maha Memberi, kurniakan kekuatan fizikal kepada Nabilah. Agar dia dapat berjalan di muka bumiMu yang indah ini... Amin...

Tika said...

Nabila pergi ke sekolah mana ya?