Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

21 November 2010

Kami bukan suka meminta-minta..!!

Maaf..entry yang agak emo.

Saya bukanlah seorang yang suka untuk menceritakan masalah saya pada orang lain. Namun kebetulan saya sangat buntu dengan beberapa kejadian yang berlaku pada saya 2 minggu ini. Maaf andai ada yang terasa..namun kalian harus mengerti..Saya bukanlah menulis blog untuk mendapatkan duit atau meminta simpati kepada sesiapa saja yang membacanya.

Sungguh saya terasa..

Saya meluahkan rasa isi hati saya pada blog ini. Dan sikit pun ayat di dalamnya untuk meminta bantuan kepada sesiapa. Malah ada yang cuba memberi..saya cuba menolak dengan cara yang baik. Terima kasih pada kalian yang sudi membantu Nabila. Saya sangat hargai..tetapi sesetangah orang yang tidak faham atau mungkin tidak tahu apa yang saya alami..

Sungguh saya terasa..

Segala hak Nabila, saya simpan dengan baik. Malah ada separuhnya saya gunakan untuk dia. Terapi..ke hospital..sekolah..segalanya memerlukan wang. Dan jauh terlintas di hati ianya digunakan untuk perkara seperti bersuka-ria . Mungkin diluar sana nampak kami berjalan beramai-ramai bawa anak masing-masing untuk bersuka ria. Salahkah kami bersuka ria? Salahkah kami membawa anak-anak kami berjalan sama seperti anak normal yang lain?

Maaf sekali lagi. Saya ingin membetulkan persepsi semua diluar sana tentang kami yang punya anak istimewa. Niat kami menulis cerita tentang anak kami di blog adalah untuk berkongsi pengalaman tentang anak kami yang mungkin bukan semua boleh merasainya. Bukan untuk meminta-minta orang simpati pada kami..menangis membaca di blog kami atau meminta sesen duit dari kalian. Sedikit pun tidak. Malah kami sebolehnya mahu berusaha sendiri untuk anak kami.

Terima kasih pada mereka yang tak putus-putus membantu kami. Walaupun tak berkaitan dengan duit, seperti yang lain..doa, nasihat dan sebagainya..sangat kami hargai. Tanpa kalian, mungkin Nabila tidak akan dapat terapi yang sepatutnya. Maafkan saya......

13 comments:

Naimatul Hafizah Nor Rodin said...

salam ina,
lama betul akak tak dtg sini, sibuk sgt2...
kenapa ni ina? sapalah yg punya mulut tak berinsuran tu yer...
apapun sabar la ye...org mmg mudah mengata mcm2, kdg2 mereka fikir kita tak berusaha utk anak istimewa kita. hanya Allah yg Maha Mengetahui.

meazara Raphael fairytales said...

Hi Ina,
sabar.. hanya itu yg mampu myra katakan.
kita x bisa menutup mulut orang. org sebegitu mmg wujud, bukan saja berkata2 sinis terhadap mereka yang punya anak2 istimewa bahkan kepada kami juga sering terdengar kata2 sindiran. kita tau apa yang kita buat. abaikan kata2 negative mereka ok dear.
Ina terus kuat untuk nabila ya.. myra doakan dari jauh ;)

hugs & kisses untuk Nabila..

Bicara hati ibu aisya said...

Salam ina..
kenapa ni?apa yang dah berlaku?
kenapalah ada sahaja manusia yang dengki dan suka menyakitkan hati sesama manusia nih.Banyakkan sabar ye ina.Ignore jer semua tuh.Mereka xmelaluinya, xmenghadapinya dan xmenangungnya.xkena kat batang hidung mereka..bolehlah berkata macam-macam.Yang penting..kita tahu.Semua yang kita lakukan tu adalah untuk kebaikan anak kita.Bak kata kak fiza...'Hanya Allah Yang Maha Mengetahui'

Tijah said...

mereka tak rasa. jadi mereka tak mengerti. takpe...keep this up. sebenarnya kat luar sana ramai lagi yg perlukan info utk benda2 mcm ni.

ieda said...

biarlah ina...orang yg tidak suka akan terus berkata walau apa pun yang kita buat.asalkan kita tahu niat kita sudahlah.Allah pun tahu.tu yg lebih penting.ramai yg sudi membantu.yg berhati busuk tu sebenarnya tak ramai tapi kehadiran mereka mudah membuatkan kita terasa hati.abaikan sahaja.moga Allah berikan hidayah buat mereka.

Puteri Satu said...

ina ikhlas bercerita pasal nabila.. akak pun seikhlas hati membaca cerita nabila... kenapa masih ada manusia yang sentiasa berfikiran negetif cam tu ye... aduhai.. banyakkan bersabar... ini semua dugaan untuk kamu... tabahkan hati...

Kasih Ibu Arif said...

Salam, Sabar ye, pedulikan mulut2 org yang suka buat penilaian dr segi luaran saje.. apa depa tahu jika tidak merasa? saya sentiasa doakan kalian semua!

produk ococ said...

bila kita memilih utk berkongsi cerita disini, kita juga kena terima apa yg org nak kata, sbb mulut org, ina, bkn mulut tempayan, blh ditutup. jadi yang penting, kita pegang pada niat kita. pedulikanlah..tahu, turun naik sedih tu mmg ada..tak lupa, klu ada yg akk silap tulis, minta maaf..

SalihahNordin said...

kak ina, sabar ye kak...pedulikan ape org ckp, die x tanggung ape yg akak rase...sbb tu die leh ckp mcm2...jgn risau ramai lagik yg paham akak...saya sentiasa mendoakan agar akak dipermudahkan dalam perjalanan kehidupan akak bersama nabila...

Min said...

mcm semua org kat atas tu jugak... ignore je ina. tok sah amik pot org kata... mmg dlm dunia ni ada org2 mcm tu... sbb tu la Allah ciptakan neraka, moga mereka insaf...

Jue-Isteri_Ibu said...

Ina kena ingat Allah Maha Mengetahui niat kita yang satu.

Mamanurin said...

salam ina, muahhhhhhhhhh untuk nabila dulu yerk..ekekeke eee rasa nak gigit je dia tu..kita hamba Allah yang lemah, yang memang tak sempurna, tapi Allah sayang kiter..walaupun kekadang kiter lalai, tapi Allah tetap bagi kiter peluang, Allah tetap bagi rahmatNYA pada kiter, mamanurin pun tak boleh nak minta ina jangan sedih, sebab itu hati ina, perasaan ina, cuma ina kena kuat, kena tabah, jangan putus asa dalam membesarkan nabila..apa yang mama berikan utk nabila dgn ina, memang ikhlas dari mama..ina tak MEMINTA..mama yang memberi dan mama juga yang nak ina terima..anggaplah mama kongsi rezeki mama dgn ina dan keluarga..

Sueriani Ali said...

Salam ina,
Itulah masalahnye kan, bila kita meluahkan ada je pandangan negatif yang dilemparkan. Nak minta simpati la,mengharapkan sesuatu la... Saya faham sangat2 apa yang ina rasa, kerana saya pun menghadapi masalah yang sama mcm ina.. segalanya memerlukan duit.. huhuhu...