Suatu ketika dulu, aku pernah jatuh terduduk bila mengetahui nasib Nabila. Menangis tak henti bila mengenangkan dirinya tidak seperti orang lain. Di pejabat, hati ini tidak tenteram. Tidak dapat fokus kerja-kerja di pejabat dek mengenangkan Nabila.
Dan saat itu juga , aku mula melayari internet. Mencari maklumat tentang cerebral palsy. Dan aku mula menjumpai seorang demi seorang yang senasib dengan Nabila. Rupanya aku tidak keseorangan. Ramai di sana yang mempunyai nasib sepertiku. Dan ketika inilah, aku sudah mula menerima keadaan Nabila.
Semangat demi semangat ku bina demi Nabila. Dan harus tidak boleh merasa diri ini malang. Aku bergaul dengan rakan-rakan yang senasib denganku. Sehinggalah adanya 8 keluarga yang kupanggil Family Superkids.
Setiap mereka yang hadir pemberi semangat padaku. Anak-anak mereka juga adalah anakku. Walaupun bukan lahir dari rahim ini, namun sayangnya pada mereka sama seperti aku menyayangi Nabila. Dan hadirnya keluarga yang lain telah memberi sinar dan harapan untuk kami terus bangkit dan cuba membantu antara satu sama lain.
Bagiku, andai kita dikurniakan anugerah teristimewa ini, tak perlu takut atau bimbang. Banyak peluang untuk anak-anak ini untuk terus hidup dan memperoleh pendidikan khas untuk mereka. Dan sebagai ibubapa, usaha demi usaha berlipat kali ganda untuk anak-anak ini. Sabar serta tabah menghadapi dugaan ini. Memang perit untuk ditelan, namun hidup perlu di teruskan. Anak-anak ini adalah anugerah yang paling bernilai dan berharga yang pernah hadir dalam hidup kita.
Usah gusar atau ragu. Bertanya dan berkawan dengan rakan senasib adalah jalan yang paling tepat sekali untuk kita memperoleh semangat demi anak-anak ini. Padaku, andai aku jatuh hari ini, esok aku akan cuba bangun semula. Biarpun terpaksa merangkak untuk mencari secebis kekuatan demi anak yang bernama Yasmin Nabilah.
5 comments:
Salam ina...
"Memang perit untuk ditelan, namun hidup perlu diteruskan. Anak-anak ini adalah anugerah yang PALING BERNILAI dan berharga yang pernah hadir dalam hidup kita".
betul tuh..ayu setuju dengan kata-kata ina.Alhamdulillah..melalui blog rakan-rakan senasib yang lain terutamanya superkids family,ayu juga belajar utk kuat demi anugerah teristimewa ini. Moga kita semua diberi lebih kekuatan, kesabaran dan ketabahan dalam menjaga, mendidik dan membentuk masa depan mereka.Insyaallah.
moga terus sabar & tabah dlm menempuh dugaan hidup. kekadang kita rasa kita susah, tp ada lg org yg lebih susah.. cuma kesusahan kita mungkin berbeza..
insyaAllah kak, ada hikmah dia tas semua nie.. Allah akan membantu..
Saya suka dengan "Bertanya dan berkawan dengan rakan senasib adalah jalan yang paling tepat sekali untuk kita memperoleh semangat demi anak-anak ini"...Walaupun cuma jadik silent reader pada family superkids tu, saban hari dok baca update blogs yang berkenaan...tapi banyak yang saya dapat daripada situ...:)
first time sampai sini.
salam kenal kak..
sabar dan tabah hadapi dugaan ini kak..
tentu ada hikmah dari tuhan yg menanti..
Mari Berbicara Hati Ke Hati :
New Entry : Buku Sebagai Hadiah
Post a Comment