Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

30 November 2010

Tiada di Rawang..

Bersiaran dari pejabat..masih belum pulang walaupun jam dah menunjukkan pukul 8.00 malam. Sepanjang minggu ini penuh dengan kerja-kerja yang perlu disiapkan sebelum Jumaat ini. Ada majlis dari kementerian yang perlu kami sertai.
Dan sepanjang minggu..berada di rumah mak. Tak lalu pula rasanya meredah jalan yang gelap pekat ke Rawang. Dan badan ini terasa begitu penat melayan kerenah kereta yang dah semakin semput. Kebetulan pula, Abg bekerja malam sepanjang minggu ini. Sudahpun meminta keizinan untuk bermalam di rumah mak. Mujur Abg faham. Dia juga risau melihat aku berulang alik dan duduk berdua di rumah bersama Nabila pada waktu malam.
Dan 2 minggu ni..2 majlis perkahwinan bakal berlangsung dalam keluarga kami. Satu sebelah aku dan satu lagi sebelah Abg. Kedua-duanya sepupu kami. Dan keadaan agak sibuk. Sepupuku, Mimi sibuk melakukan persiapan akhir sebelum majlisnya. Sempat aku berjumpa dengannya semalam untuk menghantarkan tudung dan selendang yang pernah ku gunakan dulu sewaktu akad nikahku berlangsung. Rupanya sudah 2 pengantin termasuk sepupuku menggunakan tudung dan selendang tersebut. Dahulu sebelum Mimi, pengapitku juga pernah menggunakannya. Dan sayangnya, pengapitku, Ija telah pergi meninggalkan dunia ini buat selama-lamanya setelah berkahwin dengan suaminya genap 2 bulan. Sedih bila mengenangkan saat-saat bersama dengan Ija yang juga kawan baikku sewaktu kecil. :(
Dan minggu ini, aku tak pasti sama ada aku dapat membawa Nabila ke hospital atau tidak. Nabila ada appointment dengan Fisio dan OCC Jumaat ini. Semua ini disebabkan majlis yang bakal berlangsung pada Jumaat ini . Aduhai..Kalau kancil ok, sudah tentu ayah Nabila boleh membawanya ke hospital. Masih terfikir-fikir sama ada mahu menukar appointment atau tidak.
Dan rasanya pasti sekarang ini Nabila sedang mencari aku. Semalam pulang lewat juga, Nabila sudah memanggil-manggil namaku.. "bu..bu..." Dan neneknya pula menjawab.. "Bu tak balik lagi.." Aduhai..kesiannya Nabila.. harap sangat kerja-kerja ini diselesaikan dengan cepat.. :(

9 comments:

kaminakueh said...

ksian nabila.. =(

munna said...

kasihan nabila minggu ni.. ibu sibuk kerja ye...

Bicara hati ibu aisya said...

Wah..gembiranya dgr nabila dah pandai sebut ibu.satu perkembangan yang baik tuh ina.cian nabila ibu sibuk yer.kalo dekat nak jer ayu g jenguk dan main-main ngan nabila.kiss n hug untuk nabila sayang.

Asz said...

ina .. pandainyer nabila sudah boleh panggil ibu (walau sebutannyer bu saje) .. mesti ina happy sgt2 kan bila nabila panggil ina bu ... ntah bila ammar boleh panggil saya ngan panggilan mommy ... mungkin susah nk panggil mommy agaknyer, tp kalau dia panggil saya mama pon saya dah cukup puas hati ...

Mawar said...

Kak, better akak call mtk appointment baru, sian plk kat nabila tu, kita penat skit takpe, ada ganjarannya di "sana" nanti, insyaallah

produk ococ said...

moga nabila faham, semua ini utknya juga, sabarlah

Unknown said...

huhu...kenduri ni memang penat...kak nani pun ada majlis menyambut menantu adik kat Kuantan...pepun..jaga diri ek...salam sayang buat nabila...

Azma said...

sian nabila..mesti dia rindu kat ibu dia tu..

Puteri Nuur At-Terawis said...

bestnya nabila dah panggil bu..bu.. :) peluk cium utk dia ye, lama dah mama put tak jumpa :|