Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

30 December 2011

Dalam Kenangan 2011


Rasanya banyak perkara yang terjadi pada saya, Nabila dan Abang sepanjang 2011. Ya, terlalu banyak. Dan 2011 memberi banyak kenangan manis dan pahit buat saya juga..

Tentang saya...

Kalau nak diikutkan, azam saya untuk kurus tahun ini bukanlah termasuk dalam azam 2011. Malah, rasanya azam itu sudah lama bertapak dalam hati saya sejak saya melahirkan Nabila. Namun, Alhamdulillah, dapat juga saya realisasikan pada tahun ini. Lemak-lemak tepu yang melekat pada tubuh saya sudah berkurangan. Namun, masih belum tercapai sepenuhnya target berat badan ideal saya. Tapi, sekurang-kurangnya 15kg sudah hilang dari badan ini. Alhamdulillah.

Dan tahun ini juga, saya berjaya membuang gigi bongsu saya melalui pembedahan kecil. Bertahun lamanya saya terseksa. Akhirnya saya memberanikan diri untuk membuang gigi tersebut. Kata doktor, gigi itu tidak boleh diselamatkan lagi...:(

Tahun 2011 juga menyaksikan penantian saya berakhir dengan tamatnya tempoh penggunaan implan dalam tubuh saya. Dan kini saya dalam usaha untuk menambah ahli keluarga kami. Semuanya kerana Nabila. Mahu Nabila punya kawan untuk bermain...Doakan moga kami dikurniakan seorang lagi anak yang sihat dan mampu untuk menjaga Nabila nanti. InsyaAllah.. :)

Saya juga telah memulakan perniagaan online saya iaitu Bella Closet Craft tahun ini. Sebenarnya saya tak menjangka saya mempunyai minat dalam bidang kraf. Serius bakat memang takde. Entah kenapa, muncul idea ini dan saya ingin mencuba kerana saya tahu, Nabila juga pakai semua aksesori ini. Tak salah kan kalau saya cuba untuk buat sendiri. Dan Alhamdulillah, ada kawan-kawan yang sudi menempah hasil kraf saya.. :)

Begitu juga dengan menjahit. Saya telah mulakan kelas menjahit pakaian baju kurung pada penghujung Jun yang lalu. Alhamdulillah, saya berjaya menjahit beberapa pasang baju. Namun, untuk mengambil tempahan mungkin belum lagi. Hehe...Tunggu sehingga saya ada keyakinan yek.. :)

Tentang Nabila...

Perkembangan Nabila sedikit sebanyak nampak perubahan. Saya dapat melihat pinggang Nabila semakin kuat dan mampu untuk bangun sendiri bila saya cuba untuk memegang sebelah tangannya. Jika dulu, nampak begitu susah untuk Nabila bangun. Lebih-lebih lagi dengan keadaan pinggang dan tulang belakang yang tidak kuat, membuatkan dirinya hanya mampu terbaring dan mengiring sahaja..

Peristiwa Nabila di letakkan di dalam stor sekolah lamanya, membuatkan saya mengambil keputusan drastik untuk memindahkan Nabila ke sekolah lain. Walaupun agak sukar dengan perjalanan jauh dari rumah-sekolah-tempat kerja namun, saya tekad. Saya tak sanggup melihat Nabila terus menangis di sana. Kata Abang, saya keras hati. Ya! Saya harus keras. Sebab semua ini tentang Nabila. Saya tak sanggup melihat Nabila tidak gembira di sekolahnya. Andai diberi pilihan..saya tak perlu bekerja...Alangkah baiknya...huhu...

Dan tahun ini juga, saya kembali semula melakukan rawatan bersama Kak Raw dan juga menambah beberapa rawatan lain untuk Nabila. Cumanya, Nabila kini tidak lagi melakukan terapi di hospital. Saya rasa agak tertekan dengan keadaan hospital yang sering bertukar therapist lebih-lebih lagi di Unit Fisioterapi yang sering kali memberi pelatih-pelatih baru untuk membuat sesi fisioterapi untuk Nabila. Saya rasa agak membuang masa dan pada saya, adalah lebih baik, Nabila berada di IMC sepanjang waktu persekolahannya yang juga melakukan pelbagai aktiviti di situ..

Nabila juga mengalami siri kesakitan dan paling menakutkan adalah serangan sawan yang dihadapi nya kini. Doktor telahpun mulakan ubat sawannya. Saya juga sedang dalam usaha memberikan satu supplement yang telah dicadangkan oleh rakan-rakan saya untuk Nabila makan setiap hari. Alhamdulillah, kesihatan Nabila mulai baik. Cuma saya masih perlu memantau tahap kesihatannya. Moga Nabila terus membesar dengan sihat. Amin.

Tentang Abang...

Alhamdulillah, rezeki Abang tahun ini kerana telah dinaikkan pangkat. Walaupun dalam hatinya agak berat untuk menerima jawatan tersebut, namun saya tahu Allah telah permudahkan jalan kami. Saya tahu Abang boleh jadi ketua yang baik dan bertanggungjawab terhadap anak-anak buahnya. Moga Abang terus maju dalam kerjaya. InsyaAllah..

Abang banyak membantu saya dari segi emosi, faktor kewangan dan juga pembimbing saya dalam mengharungi hidup sebagai seorang isteri dan ibu yang baik. Moga di tahun hadapan Allah permudahkan dan memperluaskan lagi jalan kami untuk menambah rezeki anak kedua. InsyaAllah...

.

Moga tahun 2012 memberikan sinar bahagian buat kami bertiga. Dan moga saya terus maju melangkah demi Nabila. Terima kasih pada semua yang tak putus-putus mendoakan kesejahteraan kami terutama pada buah cinta kami, Yasmin Nabilah. Moga anak ini terus membesar dengan sihat dan mampu untuk berdikari satu masa nanti...

Selamat Tahun Baru dari kami Kasihku Buat Nabila untuk semua pembaca di sini.. :)

28 December 2011

Shopping Coklat....@ Langkawi....

Sebenarnya ada banyak cerita yang ingin saya tulis di dalam blog ini. Tapi, dek kerana tak sempat dan masa tak mengizinkan, cerita-cerita itu hanya terbiar sahaja dalam bentuk draf. Nantilah...Lagipun Nabila tengah tak sihat. Sejak pulang dari Langkawi, badannya tak tentu hala...huhu...

Ya, kami bercuti di Langkawi ketika cuti umum Krismas lepas. Namun, tidaklah tidur di sana. Hari Sabtu saya dan keluarga mertua tiba di Arau, dan menetap di rumah sewa adik ipar saya yang kini menuntut di UiTM Arau. Hurm..rasanya mahu jimat kos. Lagipun lebih mudah untuk kami, teruatama dalam menguruskan Nabila untuk berjalan ke sana ke mari.

Alhamdulillah, trip kami memang menyeronokkan. Kami takdelah nak bershopping sakan, namun, coklat-coklat terhidang di depan mata buat saya rambang mata..hehe..Saya memang niat datang ke Langkawi hanya untuk membeli coklat. Jalan-jalan? No...!!! Sebab masa yang agak suntuk, dan kami hanya sempat berjalan ke Makam Mahsuri. Itupun sebenarnya tak tahu nak hala ke mana.

Nasib baik tak sesat. Plus Incik Zul pula tak kekok untuk membawa sebijik van. Pada awalnya kami mahu menempah Innova, namun kata owner tersebut, hanya van Nissan saja yang ada. Hurm..rembat jelah..Lagipun nak berkira sangat pun tak boleh gak. memang kami dah jangka orang akan ramai lebih-lebih lagi waktu cuti umum ini.

Bila selesai berjalan, kami pulang dan tiba di Arau jam 11 malam. Huh!! dah jejak kaki ke rumah barulah terasa urat kaki betis semua tegang. Dan hati terasa puas. Lepas ni, sure boleh pergi lagi. Sebab dah tau selok belok di sana.. :)

Ok, layankan saja gambar kami di bawah ni yek..

25 December 2011

Tak Faham!!

Pelik betul. Sudah berhari saya publishkan beberapa entry, tapi ianya tak keluar. Hurm,tak faham sungguh!!

Apapun,sekarang.Nabila dan Abg kini berada di Arau dan hari ini kami akan ke Langkawi. 1st time jejak kaki ke sini. Saya ni bukanlah seorang yang kaki jalan pun. Masa bujang dulu pun memang tak de cuti - cuti Malaysia nih.

DOAKAN KAMI SELAMAT PERGI DAN SELAMAT KEMBALI YA!!

p/s : hishh tak sabo nak soping coklat banyak2. Hehe!!!

18 December 2011

Seleranya bertambah... :)

Ya..saya agak happy sejak dua menjak ni. Saya perasan Nabila semakin kuat makan dan minum susu... :)

Dulu saya memang susah hati. Makannya hanya sedikit. Ya, setiap hari saya beri Nabila makan sebanyak 3 kali. Di waktu pagi saya berikan biskut yang di patah-patah kecil sebanyak 4 keping. Selalunya biskut Tiger lah (kunun-kunun nak kuat cam tiger...hehe). Biskut dicicah bersama air minum pagi. Dan selalunya mesti habis 4 keping tu kalau makan dengan saya. Kalau kat sekolah tak pasti pulak....

Tengahari dalam jam 1-2 petang saya akan berikan Nabila makan lagi. Kadang-kadang terlewat sampai jam 3 petang. Tapi waktu petang macam ni Nabila memang tak makan banyak. Selalu semangkuk tu payah sangat nak habis. Kadang-kadang hanya 2-3 suap je. Kenyang lagi kut. Yelah..lepas breakfast, Nabila mesti ambil susu at least 2 kali.Manalah tak kenyang dik....

Jam 5-6 petang, saya akan suapkan nasi sekali lagi. Sebelum itu saya selang selikan dengan susu juga. Kadang-kadang saya sengaja lajakkan sehingga jam 7 malam. Nak bagi Nabila betul-betul lapar. Barulah dia makan banyak. Dan kemudian selepas itu, bermain dan bermain sampai letih. Mintak susu dan terus tidur.. :)

Bila setiap hari begini, saya nampak Nabila sudah tahu rutinnya. Anak Brain-Injured ni kalau di ajar perkara yang sama setiap hari, sure dah di setkan dalam mind dia. Contoh macam Nabila. Setiap pagi sebelum mandi, saya akan gosok giginya dahulu. Secara automatik dia akan buka mulutnya untuk digosokkan. Comel bukan? hehe... Dulu bukan main susah nak suruh buka mulut. Sekarang dah tahu gosok gigi tu dah jadi rutin harian sebelum mandi pagi.. :)

Macam makan jugak, Nabila memang susah nak makan nasi tanpa blend. Bila dah diajar sejak umur 2 tahun, Nabila boleh terima, walaupun pada waktu itu, setiap kali makan, mesti dia akan menangis. Betul kata mak, nak tak nak mesti kena ajar Nabila makan nasi. Kalau tak, sampai bila-bila pun Nabila takkan boleh makan nasi sendiri.

Semua yang saya lakukan bukanlah terus menerus saya dapat. Bertahun lamanya saya mengajar Nabila itu dan ini. Ya..BERTAHUN..!! Bukan mudah. Lebih-lebih lagi anak HIE Stage 3. Dengan masalah matanya lagi..Saya terus berusaha selagi daya saya. Semua untuk si kecil ini. Terima kasih pada semua yang tak putus-putus mendoakan puteri hati saya dan bertanya khabar mengenai perkembangan Nabila.. :)

16 December 2011

Cik bongsu sudah selamat dibuang...

Hari ini merupakan hari kedua selepas gigi bongsu dibuang. Rasanya mungkin ada yang ingat lagi entry ini... Buang si bongsu . Sekian harinya saya menunggu masa ini. Sebenarnya sudah bertahun saya mahu cabut gigi bongsu, tapi temujanji bersama HKL..? Faham-faham sajalah. Takde makna nya nak dapat cepat. Bukan seorang dua yang sama seperti saya..Ramai...!!! Huhu...

Memang agak berdebar. Semalaman saya tak tidur mengenangkan pembedahan ini. Alah, minor operation je..Bukan teruk pun. Tapi sebab tak pernah sakit gigi atau tampal gigi..begitulah jadiknya. Berdebar tak hengat...

Temujanji di setkan pada jam 8.30 pagi. Tapi menunggu giliran punyalah lama. Dalam pukul 12 tengahari baru nama dipanggil. Rasa macam nak lari jer..tapi bila fikir balik..apa punya penakut ibu Nabila nih..Sakit sikit jer..Nabila kena lagi teruk kan...huhu...

Last-last, saya redha je..Serah diri kat doktor. Nasib baik la Dr. Jolene memang baik orangnya. Sabar melayan kerenah saya yang beberapa kali hampir nak muntah gara-gara tak tahan dengan bau ubat dan saat dia memecahkan gigi saya. Rahang saya ni dah naik senget di tolak-tolak bagi mengeluarkan cik gigi yang agak degil.

Sebelum prosedur pun, Dr. Jolene dah terangkan macam-macam. Cuma jika agak susah, dia akan memanggil doktor pakar iaitu Dr. Satish untuk membantu. Saya request pada Dr. Jolene untuk memejam mata. Katanya lebih baik saya buka mata. Tapi rasa macam tak sanggup je nak tengok peralatan dia tu.

Walaupun di suntik ubat bius, masih terasa ngilunya. huhu..Tapi pada saya takdelah teruk sangat kut. Hurm..Dalam fikiran saya sepanjang pembedahan, saya cuba ingat perkara-perkara yang menggembirakan. Contohnya minggu depan saya akan bercuti bersama family mertua..atau teringatkan wajah Nabila yang comel. Hehe...Orang kata psikologi minda..Tak nak bagi takut dan fikir bukan-bukan punya pasal... :)

Lepas pembedahan, saya pulang bersama ayah saya. Kebetulan, sewaktu saya menunggu ayah saya di stesen bas depan HKL, ada seorang wanita bertanya pada saya. Dia mahu menaiki bas ke Bandar Baru Sentul, tapi tak tahu bas nombor berapa. Last dia memilih saya untuk jadi kaunter pertanyaannya. Tapi sayang, saya memang tak boleh nak bantu. Saya tunjuk isyarat mulut bahawa saya tak boleh bercakap. Dia ingat saya ni bisu. Terus dah tak pandang saya. Hurm..nak tergelak pun ada. Rasa kesian pun ada.huhu.

Last saya nampak dia tahan teksi.hehe...kan senang naik teksi je. Bukan jauh dah dari HKL ke BBS tuh...

Now, saya di rumah mak. Semalam memang nak meraung rasa bila ubat bius dah habis. Huhu..Cik Bella pula dijaga sepenuhnya oleh mak saya. Tapi yang tak bestnya, perut ni asyik lapar je. Serius!! Bukan boleh makan sembarangan. At least 2 minggu baru boleh makan benda keras balik. Mulut pun tak boleh nak buka besar-besar. Tapi rasa pelik kalau sehari tak bercakap. Sudahnya, saya bercakap juga, tapi mulut tu kecik je nak bukak..hehehe...

Hurm..alamatnya, turun la kut berat badan saya nih..Waktu entry ni di taip, perut saya berkeroncong lapar. Tapi nak buat camner..makan bubur jelah. Tapi naik jelak pulak asyik makan bubur. Adoi...darah masih mengalir lagi di tempat pembedahan. Dah makan aiskrin pun still bleeding lagi. Harapnya cepatlah recover. Bila dah sakit gigi, tengok banyak pulak makan sedap..huhu...

15 December 2011

Temujanji lagi...


Hurm..seperti biasalah, anak seperti Nabila akan sentiasa penuh dengan temujanji. Walaupun kini Nabila tidak lagi ke Fisioterapi atau Occupational Therapy..atau juga ke Speech Therapy nya di Hospital Sungai Buloh.

Temujanji kali ini bersama doktor peadiatriknya. Bersama Dr. Tengku Putri Zainab, nampak lebih mesra. Kami banyak berbincang mengenai kes serangan sawan yang telah saya cerita pada temujanji lepas.

Pada saya serangan beberapa bulan ini (sehingga hari ini) tidak dapat diramal. Seperti yang berlaku sehari selepas temujanji bersama doktor peads, Nabila telah diserang sawan. Walaupun serangan itu tidaklah menakutkan, tapi hati saya agak kecut bila Nabila membulatkan matanya dan cuba untuk menelan air liur. Badannya agak keras. Air liurnya berkumpul di area bibir dan sedikit meleleh.

Bila saya memberikan supplement Transfer Factor, saya nampak kesihatan Nabila agak baik. Cuma saya tak ingat berapa kali Nabila diserang perkara yang sama. Ianya berlaku terlalu cepat, tidak sampai seminit pun. Itupun puas saya mengejutkan si kecil ini bia ianya berlaku. Kalau di sekolah, saya tak pasti pula. Saya takut juga kalau-kalau cikgunya tak perasan bila terjadinya keadaan itu. Kerana bila ianya terjadi, Nabila akan senyap membatu dan akhirnya dia keletihan dan matanya layu mahu tidur.

Oleh kerana itu, doktor telah prescribe ubat Sodium Valproate atau oarang panggil Epilim sebanyak 1.38ml 2 kali sehari. Kalau nak diikutkan , jika dibandingkan dengan kawan-kawan Nabila lain, nampak kuantiti yang diberikan agak banyak walaupun kata doc hanya sedikit dos diberikan Saya bab-bab ubat ni menang 'fail'. Bila dengar macam-macam cerita tentang ubat sawan ni, buat saya takut pula untuk berikan pada Nabila.

Dan sehingga entry ini di taip, saya masih buntu mencari jalan untuk mengatasi masalah kekeliruan saya ini....:(

Next appointment juga, Nabila akan bertemujanji di sebelah petang dengan doktor peadiatriknya. Temujanji itu akan digabungkan bersama doktor Rehab nya nanti.  Itupun setelah doktor tadi memeriksa dan mendapati Nabila agak stiff katanya. Kalau nak diikutkan sebenarnya sudah lama Nabila dirujuk oleh doktor Rehab. Tapi setelah 3 tahun? Hurm..memang cukup tak faham dengan Hospital Sungai Buloh ini...

Entahlah, saya agak buntu hari ini. Pelbagai perkara yang bermain dalam fikiran saya...Dan besok ada satu lagi perkara penting yang berlaku juga..Moga segala urusan saya dipermudahkan..Amin....

13 December 2011

Saya benci keadaan hati saya sekarang ini....

Ya, hati saya tengah sakit. Entah kenapa fikiran saya bercelaru. Terlalu banyak perkara yang saya fikirkan.

Benar! Buat apa serabutkan kepala. Buat apa fikirkan perkara yang remeh. Tenang. Dan jangan buat perkara yang bukan-bukan. Mungkin itu kata-kata yang saya selalu dengari bila saya meluahkan rasa hati saya di dalam laman ini.

Entah kenapa saya bencikan suasana begini. Saya benci dengan perasaan saya yang tak tentu hala ini. Ya Allah..apa yang perlu saya lakukan....?

Rasa seperti mahu menangis. Saya cuba menangis, tapi air mata hanya bergenang. Kenapa tidak menangis? Kenapa air mata saya tidak keluar mengalir? Apa sudah jadi...?

Inilah bahana bila perasaan bercampur baur. Pada siapa untuk saya mengadu? Tiada..memang tiada yang memahami saya.

Saya mahu peluk Nabila sekarang ini. Yes...!! Betul..!! Nabila yang saya fikirkan. Yang terutama di dalam fikiran saya adalah tentang Nabila. Entah kenapa dari semalam saya rasa bersalah padanya. Mahukah Nabila memaafkan saya sebagai ibunya..

Entah kenapa juga saya 'down'' hari ini. Mungkin ada masa saya akan rasa bersemangat. Dan ada masanya saya jatuh terjelepuk. Ada sesiapa yang mahu bantu angkat saya untuk bangun semula..?

Dear Nabila sayang,

Maafkan ibu sayang kerana tidak dapat memberikan kehidupan yang baik buatmu. Bila ibu membaca hasil nukilan Mama Saripah Bakar, setiap apa yang dilaluinya, sama seperti yang kita laluinya 3 tahun lepas sayang. Kadangkala ibu rasa tak patut dirimu menjadi mangsa keadaan ini. Andai ibu dapat kembali ke masa dulu, pasti ibu mahu melahirkanmu sekali lagi. Ibu sanggup sayang, walaupun saat itu ibu rasa hampir nyawa ibu melayang kerana ingin melihat wajah comelmu.

3 tahun bukanlah suatu masa yang singkat
. Banyak perkara yang sudah kita lalui bersama. Sakitmu, tawamu, senyummu semuanya menjadi satu. Kasih ibu padamu tiada penghujungnya...

Andai Nabila dapat membaca setiap apa yang dicoretkan di sini, ketahuilah yang ibu sanggup lakukan apa saja demi untukmu sayang. Ya, apa saja asal dirimu bahagia..Terima kasih sayang kerana telah hadir dalam hidup ibu dan ayah. Moga kita terus mengorak langkah lagi...InsyaAllah..

Ibu...

12 December 2011

Mencuba sesuatu yang baru.. :)

Sorry..dah lama tak update tentang kraf.....Agak sibuk sebenarnya...Macam-macam perkara yang perlu dilakukan..Namun tentang hal kraf ni memang saya tak boleh lupakan... :)

Saya dapat jemputan Majlis Hari Lahir dari seorang sahabat maya . Mama Hasmyra, sudah beberapa kali menjemput saya, dan kali ini saya masih belum dapat menjejakkan kaki ke rumah Scha. Lalu saya kirimkan ini buatnya...


 Untuk pertama kalinya saya membuat ini... :)

..dan tuan punya hadiah sangat cantek...!! persis model.. :)


Maybe next time boleh buat lagi..hehe... :)

Ok..yang bawah ni apa pulak..?

Jambangan bunga khas untuk family Supermum :)

Ya, pemberian ikhlas saya buat semua family yang menyertai 1st gathering ini. 15 jambangan semuanya dan setiap jambangan saya letakkan  hiasi dengan kuntuman ros yang diperbuat dari felt dan seekor butterfly penyeri jambangan itu. 3 hari saya bertungkus lumus..dan akhirnya siap juga.. :) Hurm..kalau ada yang nak boleh la order..hehe... :)
p/s : Today, Cik Bella dok dengan ayah dia kat rumah..Sebab ibu bukan keje di Negeri Selangor.Sekolah tutup..so nak tak nak si ayah la menjaga anak. Hurm..Nasib baik Cik Bella mood baik..hehe..Kalau tak kesian Ayah Cik Bella.. Dah la tengah sakit kepala..huhu..Apapun, Cik Bella makin behave..Alhamdulillah.. :)

11 December 2011

1st Gathering Supermum..

Wah..dasat ibu nih..baru balik, terus update..muahaha!!! Bukan apa...This week..ibu akan bz..plus, appointment dengan Peads Nabila on Wednesday dan Thursday pula saya akan menjalani pembedahan kecil. Huhu..masih ingatkah tentang gigi bongsu saya...? Ya, Hari Khamis ini, dan rasa berdebar tak hengat donia neh..!!!

Ok..entry ni saya cerita tentang group Supermum's & Superdad's Angel Group - Unconditional Love. Yaeh..saya belum lagi mention tentang group ni di dalam blog saya kan.. But rasanya kebanyakan dari kawan-kawan saya yang punya anak istimewa sudahpun di 'add' ke dalam group ini melalui FB.

Sebenarya memang bagus jika kita sebagai parents yang mempunyai anak istimewa untuk sertai support group ini. Berada di dalam 'kasut' yang sama membuatkan kami selesa berbicara. Malah perjumpaan kali pertama ini berlangsung dengan jayanya, walaupun pada awalnya agak sukar untuk direalisasikan. Ya, bukan mudah tau. sebab setiap seketariat yang dilantik, memang duduk berjauhan. Malah, ada yang belum pernah saya jumpa lagi..

Namun, kemesaraan 2 hari ini seolah-olah kami sudah berkawan lama. Alhamdulillah, sekian lama merancang, akhirnya dapat juga ianya dilaksanakan walaupun beberapa kali bertukar lokasi.

Alhamdulillah, saya cukup seronok menyertai gathering kali ini. Kerana banyak info yang saya dapat. Dan ada satu slot, Dr. Hasnah Toran yang membuatkan saya hampir menitiskan air mata. Ya, banyak sangat info berguna yang saya dapat dan harapnya ia  dapat dilaksanakan lagi di masa depan... :)
























Seronok sgt..Harapnya lepas ni ada lagi perkara-perkara sebegini dimasa akan datang.. InsyaAllah.. :)

08 December 2011

Sensory Intergration Activities...

Dalam tak sedar, rupanya ada beberapa perkara yang saya lakukan dulu tentang sensory Nabila sewaktunya kecil. Hurm...Kalau nak diikutkan rasanya Nabila boleh jadi 'sayur' jika saya hanya membiarkan dirinya tanpa diberi sebarang stimulasi.

Saya bukanlah seorang yang rajin. Dan apa yang saya buat dahulu mengikut hati saya juga. Andai saya rajin, bermacam benda saya lakukan bersama Nabila. Andai malas..hehe..faham sajalah kan.. huhu...

Bila saya baca balik info yang Mazni supermum Sofea tulis di dalam FB, barulah saya tersedar tentang perkara ini. Sesetengah perkara yang saya lakukan dalam tak sedar rupanya ia memberi stimulasi kepada Nabila. Hurm..Yelah, kalau nak diikutkan ilmu yang ada pada saya tak sebanyak mana. Pada hemat saya, apa jua yang saya lakukan demi anak brain-injured ini semuanya berdasarkan kasih sayang saya pada Nabila. Tak sanggup rasanya membiarkan dirinya hanya terlentang terbaring tanpa sebarang pergerakan.

Saya dapat info ini melalui supermum's group. Di tulis oleh Mazni.. Dan mahu share apa yang saya baca di sini..

1.  PLAY DOH, GAK, GLOP, FUNNY FOAM, etc...

Children need and love play doh and messy play, unless they have tactile defensiveness that is. There are so many versions of playdoh, from pre-package to homemade, scented to unscented, textured to non-textured, cooked to uncooked.Children need to touch a variety of textures and play with them to develop normal tactile processing.  If your child will not play with messy items, it is even more important that you continue to find fun and creative ways to introduce these to them. 

2.  SLEEP PROGRAMS / PRODUCTS:

Children and adults with sensory processing difficulties often have difficulty settling down for sleep and regulating sleep / wake cycles.Products and activities to try include...

-nature sound machines

-white noise machines

-aromatherapy machines

-bubble tubes, rope lights, lava lamps etc.

-relaxation cd's

-weighted blankets

-heavy work activities prior to bed

-vibrating mattresses and vibrating pillows

-unique children's sleeping bags

3.  SAND AND WATER PLAY:

Playing in the sand or water provides essential yet fun ways to experience necessary tactile input. Use your creativity, get plenty oftowels, and have fun filling these tables with sand, rice, shaving cream, water, or any textured substance you can think of. Of course,put little toys in as well to encourage exploration.

4. VESTIBULAR MOVEMENT:

Children NEED to move! For some it is difficult due to fears, for others they just can't seem to get enough. Vestibular movement (and proprioceptive input) can rev you up or calm you down. Either way, this input is necessary and will be a critical component to therapy.Here are some suggestions for movement experiences... 

-jumpolenes, indoor trampolines, water trampolines (for pool or lake), or backyard bouncers, etc.

-swings and swing sets

-rocking toys ride on toys

-scooter boards

- music in motion roller coaster

-glider rockers

-seesaws and teeter totters

-therapy balls (bouncing or lying on them with someone helping you)

5. AROMATHERAPY: 

Aromatherapy is a wonderfully therapeutic way to address children with sensory processing disorders (or even without) who seek outcertain smells or are hypersensitive to smells.Through aromatherapy products, including aromatherapy machines, oils, candles, diffusers etc., you can help your child tolerate ordrown out smells, or use them to relax and calm.They are a relaxing OR stimulating tool, depending how, where, and when they are used and which smells you choose (for example;while cinnamon might be stimulating, lavender may be soothing).

Hint: For children who are highly sensitive to smells have them carry a bottle of aromatherapy oil in their pocket to smell when intolerance hits (peppermint often works well). 

6.  MASSAGES, VIBRATING TOYS AND PRODUCTS:

Vibration is an essential tool when doing sensory integration activities and therapy. You will rarely find an Occupational Therapist working with children who have sensory processing disorders without vibration products and toys. They can be used in many ways to calm or stimulate. Vibration is a critical sensation which, for some, may take months or years to tolerate.Here are some suggestions / products  / ideas...

- vibrating pillows and vibrating mattresses for calming.

-handheld fun animal massages to use on whole body(except stomach and inner thigh!)

-oral massages and Z-vibes

-massage mats

-vibrating baby seats

-massaging chairs and recliners

-vibrating toothbrushes

7. PLAY TUNNELS AND TENTS: 

Both of these have many uses as part of sensory integration activities. Again creativity is key!

The following are just some of the ways to use them...

Use the tunnels as an active gross motor and bilateral motor coordination activity just by having the child crawl through them.create a tactile experience by placing different textured objects or carpet squares inside the tunnel. Shake the tunnel up (as in an earthquake) while the children are in it for increased proprioceptive input and vestibular reactions.Use play tents as a safe haven for children who are overwhelmed by sensory stimuli or as a sensory controlled environment for napping, resting or reading. (You can place soft pillows, blankets, headphones with relaxing music, relax/stress balls, lava lamps,rope lights etc. inside for a relaxing environment) 

8. PROPRIOCEPTIVE ACTIVITIES: 

These activities are almost endless in choices. Preconception refers to input to the muscles, joints, ligaments, tendons and connective tissue. It refers to motor control and planning, body awareness, grading of movement (knowing how "hard" or "soft" to perform a task), and postural stability.If the proprioceptive sense is not working well, it will be difficult to move in smooth, coordinated, and properly graded movements.These children will have difficulty with both gross and fine motor tasks such as riding a bike, writing, walking, crawling, or playing sports. Some children also require additional proprioceptive input just to keep their bodies calm, organized, and arousal levels regulated.The proprioceptive sense is a HUGE area to evaluate and treat in children with sensory processing difficulties. It is an extremely common area for children to show signs of dysfunction in, and is often one of the earliest warning signs of a problem. Don't ignore it please! 

9. SENSORY ROOMS:

Couldn't we all use a little more help and time to relax and unwind every day??? Once you learn about these rooms and the Awesome products you could surround yourself with, you might just be longing for one too! What can you put in a sensory room? It definitely will depend for what and whom you are using it. It will also depend how much money and space you have available.

Here are a few ideas...

A.For Pure Relaxation:

- nature sound machines

-aromatherapy machines and

-aromatherapy diffusers

-soft pillows and blankets

-rope lights

-bubble tubes

-fountains of all sorts (from small to entire wall fountains!)

-bean bag chairs

-massage products, chairs and mats

-relaxing music and relaxation cd's

-guided imagery cd's

-light and sound machines

-lava lamps

-metronomes 

B.For Sensory Experiences With Individuals Who Fear Or Need More...

-tactile mats

-tactile balls

- hammocks, suspended relax and/or swing chairs, etc.

-vibrating recliners, pillows,chairs, toys and pads

-interactive bubble columns and tubes

- Fiber optics

-Liquid light projector

-bubble machines

-weighted blankets and animals

-tactile toys

-whistles/blow toys and oral motor

C.activities/products

-Somatron* mats, ball pools,

-cushions or chairs (vibration and music!)

-suspended equipment, swings ,adders, bouncers, twirlers,Air-walker, zip lines and trolley rider etc.

-rock walls etc

 

Reference:http://peds.lstnet.net/mainpagefiles/pdffiles/sensorymotor/SensoryActivities.pdf


Hurm...Rasanya melalui ini boleh berikan idea pada mereka yang masih tercari-cari perkara yang boleh dilakukan bersama anak istimewa. Semua perkara di sekeliling kita boleh digunakan untuk meningkat sensory anak-anak brain-injured ini. Yang penting adalah keazaman sang ibu dan ayah demi mereka yang tersayang.. :)

Sharing is caring... :)



04 December 2011

Hope 2 Walk : Annisa An-Nur

Nama yang sering saya ingati. Walaupun masih belum punya kesempatan untuk berjumpa, namun hati ini sayang pada mereka. Kak Sham, saya mengenali dirinya sejak mula saya berjinak dengan dunia blogging ini. Hati saya kagum dengan semangat sang ibu yang tak putus-putus berusaha demi puteri-puterinya tercinta. Kadangkala saya mengeluh bila melihat Nabila..namun bila mengenangkan Kak Sham yang dugaannya 2 kali ganda dari saya, saya cuba jadikan semangatnya sebagai pendorong untuk saya terus berlari lagi...

Saya petik tulisan ini hasil luahan hati Kak Sham dan suami di dalam blog nya .. Mereka kini sedang dalam usaha untuk mengumpul dana bagi membawa Annur dan Annisa ke luar negara. Jika ada yang ingin hulurkan bantuan bolehlah berhubung terus dengan :

Faizal Riduan : 012-212 4414
Nashita Md Noor : 013- 209 6373
Zumrah Husni : 013-203 1355

atau terus ke akaun ini  :

Mohd Affandi bin Ramli (bapa)
Maybank
156114001424
 atau 

Cik Annisa binti Mohd Affandi
Bank Islam
14-229-02-001975-2

Sejak Isnin lepas 29 November bersamaan ulangtahun ke 13 perkahwinan kami - Annisa masuk wad kerana sesak nafas, diikuti esoknya An-Nur. Hari ini Sabtu masih di sini - namun semakin baik. Aku dan Sham juga turut demam dan sakit. Mungkin kami tak selasak dulu.

10 tahun lagi jika semuanya panjang umur - Annisa akan 20 tahun dan An-Nur 18 tahun sementara kami menuju 50 tahun.
 
Sebab itu kami sedang berusaha membantu anak-anak kami mencapai tahap tertinggi yang mereka mampu. Moga Allah merestui. Ada yang memberikan pandangan mengguris hati mempertikaikan jumlah yang kami perlukan terlalu besar iaitu hampir setengah juta ringgit sedangkan katanya belum tentu pulih lagi. Mereka menasihatkan kami bersabar dan redha dengan takdir, terima hakikat dan bermacam-macam lagi.
 
Tak mengapa kawan, tentang redha dan sabar atau hakikat tak perlulah kau ajarkan kami. Kami telah merempuhnya tanpa sesaat pun rasa kesal.
 
Tentang perabis duit sedangkan belum tentu sembuh - kami tak pernah harapkan sembuh tetapi jika keajaiban berlaku, bagaimana? Tak cuba pasti tak tau. kami telah jumpa bermacam-macam orang malah pakar perubatan pun pernah memberitahu kami yang umur Annisa hanya 3 tahun saja, mereka tak boleh melihat (buta) dan mereka akan makan minum menggunakan tiub selama-lamanya sehingga jika keadaan teruk, perut akan ditebuk. kami lawan semua itu dan berusaha walaupun pakar tersebut menyatakan "langit ke tujuh pun cari takkan ada ubat"
 
Ya! kami degil dan kedegilan itu telah membuat kami nekad mencabut tiub di hidung Annisa dan melatihnya makan dan minum oral. Hari ini Alhamdulillah- dia sudah 10 tahun. Sesiapa yang punya anak pasti mahukan anak mereka mendapat pendidikan terbaik. Walaupun pendidikan di negara kita cukup tetapi ada di antara kita menghantar anak ke luar negara kerana mereka mahu yang terbaik. Begitu juga kami yang punya anak OKU tetapi di dalam negara hampir TIADA keperluan untuk Annisa dan An-Nur.
 
Setakat ini kutipan baru menjangkau RM10 ribu - masih jauh lagi. Terima kasih kawan-kawan yang berusaha dengan bermacam-macam cara. Ada yang menderma dalam akaun hanya RM3 saja tapi kesungguhan untuk menderma itu mengharukan kami.
 
Percayalah - kami percaya - kami akan berjaya! sampai di sini dulu...ketemu lagi
 
Ayuh!
haiya'alalfalah!

wad 5a Hospital Serdang
11.46 malam - 2 nov 2011




Sungguh hati saya sayu membaca luahan hati sang bapa..Yang mahu lakukan terbaik untuk anak-anaknya. InsyaAllah, doa kami mengiringi perjalanan Annisa dan An-Nur..  MOGA DIPERMUDAHKAN SEGALANYA....

02 December 2011

Bercerita tentang Nabila bukan kerana mahu minta simpati....

3 hari 2 malam saya di Cherating. Kerana menghadiri kursus Team Building di sana. Sangat menyeronokkan dan aktivitinya best. Dapat pulak rakan-rakan yang sangat bekerjasama walaupun kami berlainan jabatan.

Ada yang menyangka saya belum berkahwin lagi. Hehe...Entah. Agaknya fikir saya ni ligat melompat sana sini..Asyik ketawa dan nampak serupa orang tak kahwin lagi lagaknya. Ramai juga yang bertanya tentang Nabila bila mengetahui saya sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak istimewa.

Bila bercerita, tiada lagi air mata meleleh. Malah, bergenang jauh sekali. Hati saya keringkah?

TAK...

Kerana saya sudah biasa bercerita tentang Nabila pada mereka yang bertanya. Ada yang mengatakan depan saya, saya kuat semangat.

Ada seorang kakak ini bertanya, adakah saya tidak merasa sedih atau menangis lagi kini? Kerana dia memerhatikan gelagat saya bercerita tentang Nabila tanpa setitik air mata keluar dari mata ini. Kata saya, saya sudah puas menangis. Cuma kadangkala bila saya tidak dapat menahan rasa hati, pasti saya akan menangis juga. Cuma ianya tidak seperti mula-mula saya menerima khabar tentang keadaan Nabila yang sangat menyakitkan hati nurani saya.

Ya, saya terima semua ini seadaanya. Saya tahu perancangan-Nya. Allah tahu apa yang terbaik buat saya. Mungkin dengan hadirnya Nabila buat saya lebih dekat padaNya..

Pada mereka yang sama seperti saya, tak perlu takut dan malu untuk bercerita. Anak ini adalah anugerah terindah dalam hidup kita. Hidup kita juga bukanlah sempurna walaupun diberi anggota badan yang lengkap dan otak yang cerdas. Hadirnya Nabila dalam diri saya memberikan saya lebih kekuatan jiwa. Moga saya terus melangkah demi si kecil ini...InsyaAllah...

kamu tetap di hati ibu sayang....

28 November 2011

Kerusi baru...


luahan hati saya mengenai bumbo chair Nabila...Nampaknya lepas ni harus saya warisi benda ini untuk adik Nabila pulak...ngeeee :)


 Yelah..kalau nak diikutkan Nabila memang dah tak sesuai langsung dan menggunkan Bumbo Chair ini. Namun apa kan daya..saya masih mencari sesuatu yang sesuai untuk Nabila sehinggalah saya terfikir untuk membeli ini...


Sebenarnya di sekolah, Nabila akan diletakkan di kerusi seperti ini. Cuma Nabila di ikat dan disendalkan dengan bantal bagi mengelakkan dirinya jatuh.

So, hari Jumaat lepas, terus saya dan Abang keluar mencari kerusi ini. Memandangkan saiz paling kecil memang takde..jadi saya beli saja mana yang ada. Tapi bila ingat-ingat balik, rasanya lebih kurang besar ini jugak kut saiz kerusi kat sekolah Nabila..

 Mata pejam..bukan tido..tapi sebab flash kamera ibu..hehe..

So, harapnya Nabila takdelah bosan asyik terbaring atau duduk di Bumbo Chair nya lagi.. :)