Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

23 June 2011

Ada suka, ada duka...

Mahu dengar berita yang mana dulu? Sedih atau gembira?
 
Saya cerita yang sedih dulu yek..
 
Tadi sudah 2 kali Nabila diserang sawan. Pertama ketika berada di rumah, dan kedua on the way nak ke PDK tadi. Keadaan Nabila? Tak nampak worse tapi sangat menakutkan. Nabila mengeraskan badan, mata seperti terbeliak dan mulutnya berbuih air liur. Walaupun sebenarnya saya tak confirm itu adalah siri sawan yang entah kali ke berapa, namun gerak hati saya kuat mengatakan ianya sawan. Walaupun hampir seminit ianya berlaku, namun ia tetap membimbangkan. Sudahlah temujanji dengan peads lambat lagi..huhu..
 
Dan tadi, nampak selepas serangan itu, Nabila tertidur keletihan. Kesian Nabila. Saya takut andai ianya berlaku lagi.. :(
 
Berita baik pula..
 
Seminggu lepas, saya berbincang dengan Abang untuk memohon kuarters kerajaan. Rumah Rawang? Saya tak sewakan kerana kata Abang, kalau dia malas nak balik KL, dia akan tidur di sana. Lagipun sayang pula nak sewakan. Rumah saya dah dipasang aircond, jadi kalau sewa takut rosak pula orang guna. Faham sajalah keadaan orang menyewa..
 
Kenapa tiba-tiba saya nak duduk kuarters pula?
 
Saya memikirkan keadaan saya berulang alik dari Rawang membawa Nabila setiap hari. Saya kesian tengok Nabila yang keletihan berada di dalam kereta untuk perjalanan yang jauh. Saya sendiri sudah bosan berulang sebenarnya. Terfikir pula nak menyewa, tapi bukan mudah untuk menyewa dengan kadar yang murah di KL ni. At least pun RM500 keatas untuk menyewa flat. Hurm..mahal bukan. Jadi saya ambil keputusan untuk menduduki kuarters. Andai dapat di Jalan Duta, lebih senang. Sah-sah sebelah je dengan Arkib Negara nih..hehe..
 
Saya telahpun memohon minggu lepas bagi mendapatkan kuarters kerajaan. Selepas mengisi borang dan fax kad OKU Nabila ke Bahagian Pengurusan Hartanah, saya mendapat feedback dari bahagian tersebut mengenai permohonan saya. Alhamdulillah, permohonan saya akan dimasukkan ke dalam senarai pemohon yang diberi keutamaan atas alasan kerana mempunyai anak OKU. Syukur sangat.
 
Harapnya urusan ini dipermudahkan dan percepatkan. Moga ada rezeki Nabila nanti. InsyaAllah.. :)

7 comments:

Mayyonnizz said...

tiba-tiba sedih bila baca part akhir... anak istimewa sentiasa memberi rezeki kepada ibubapa...

take care!!

A.I said...

Dah le skang ni jalan kt rawang tu tgh sesak. elok jugak kalau kau duk kt kuarters tu na. Insyaallah, ada rezeki kau. mudah2an cepat le proses tu =)

Nonie said...

Moga urusan menduduki kuarters tu dipercepatkan hendaknya...akak pn sokong tindakan Ina tu..sekurang-kurangnya dapat spend masa lebih sikit dgn Nabila berbanding sekarang ni..yerlah masa perjalanan ulang alik tu makan masa yg bukan sedikit..penat lagi:-)
Sawan?iishhh..akak klu boleh xnak ngadap time2 tu coz memang takut tgk masa Humaira kene sawan:-(

Mamanurin said...

moga nabila kembalivseperti sediakala..mmg bosan dan penat bila jauh berulang alik, nabila pun sure lagi letih dr ibu kan

adarnadzmie said...

moga yg duka itu berlalu pergi.. biar yang suka2 aja datang bersilih ganti...

produk ococ said...

terharu juga dgn comment mayonizz..ye, kerana keistimewaannya, ibubapa pun istimewa..

Unknown said...

moga perjalanan ina dan nabila dipermudahkan...amin....