Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

01 October 2011

Gedangsa lagi

Alhamdulillah..Masih diberi kesempatan untuk membawa Nabila menjalani rawatan bersama Kak Raw pagi tadi. Dan sempat berjumpa dengan Kak Jue Mama Aiman  . Memang sudah berhasrat untuk berjumpa dengan Aiman. Comel je wajah Aiman..Putih mulus...Kebetulan saya sampai, Aiman pun sudah berbalut.

 ~kredit pic to Kak Jue..(kak pinjam gambo ni jap..hehehe)~

Alhamdulillah, Nabila dapat rawatan baru hari ini. Sudah bertahun lamanya ke Kak Raw, akhirnya kami berpeluang mencuba sesuatu yang baru..Apa dia.. ?

~Nabila diberi oksigen selepas melakukan tolak tulang~

Sebenarnya Nabila perlu ulang step tolak tulang semula.  Ya, dulu kami hampir saja menamatkan step-step yang ada. Namun bila terputus di tengah jalan..hehe..Faham-faham sajalah..berubat tak Habis.. So kenalah mula sekali lagi. Cuma dulu, mana ada sedut-sedut gas ni. Alhamdulillah,moga ianya mendapat manfaat untuk anak-anak di sana..

~tong gas oksigen~

Kalau nak diikutkan, Nabila rasanya belum boleh tolak tulang tadi. Tapi tadi, kata Kak Raw, Nabila memang lekas baik. So cepat pulak Nabila dah mula step tolak tulang. Saya kira tadi maybe Nabila akan kena 2-3 minggu lagi baru boleh tulang tulang. Alhamdulillah. Ibu tahu Nabila mesti boleh.. :) 

Moga niat untuk terus berubat Nabila dengan kak Raw akan kekal .. InsyaAllah.. :)

5 comments:

Unknown said...

Alhamdulillah, semoga nabila kuat..saya sentiasa doakan kesihatan nabila, walaupun sy x pernah jumpa nabila, tapi x pa dari blog akak saya tahu perkembangan nabila :)

produk ococ said...

kalau x keberatan, kan, bolehtak ibu nabila tuliskan alamat kak raw ni dan peta nya . teringin nak pergi 1 hari nanti. buat masa ni xd sokongan dr husband utk buat rawatan ni. hmm.

Yong Kamariah said...

Salam Ina,

wahhhh umah Kak Raw dah ada tong oksigen bagai tu yek...dah lama tak gi sana, dulu berubat Ammar dpt dlm 7 kali lah gitu, yg tak tahan beratur panjang tu! subuh2 hari pun dah dpt no. banyak dah. Don't give up on Nabila's treatment, you're doing good job with your dotter my dear!

Puteri Nuur At-Terawis said...

Nak ikut! Nak ikut!

Tika said...

nabila comel jer kena balut hehe.. Bagus nabila ok masa balut. Kalau Aimy, aduss ngamok tahap tertinggi punya hahaha. Apa pun moga nabila terus sihat.