Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

22 November 2011

Apa itu Hypoxic Ischaemic Encephalopathy (HIE) ?

Saya mencari maklumat mengenai Hypoxic Ischaemic Encephalopathy (HIE) yang mana ianya dikategorikan dalam beberapa stage. Sebenarnya, saya tak berapa mahir tentang 'terms' dalam perubatan ini. Dan saya cuba mencari entri yang berkaitan dalam Bahasa Melayu. Ia pun sebagai tambahan ilmu pengetahuan saya juga yang mana semua sedia maklum Nabila juga dikategorikan HIE stage 3 (severe) . Bila menulis perkataan 'severe' membuatkan saya takut dan lantas kenangan ketika di NICU menerjah. Ya, Nabila seorang anak yang mempunyai semangat juang yang tinggi untuk terus hidup, walaupun keadaan dirinya yang berada di bahagian kritikal (red zone) agak lama. Ianya satu pengalaman yang cukup menakutkan saya.

Saya kongsikan apa yang saya dapat di dalam blog ini. Saya dapat maklumat ini di dalam website Dr. Zubaidi Hj. Ahmad yang merupakan pegawai perubatan senior di Kumpulan Perubatan Penawar Sdn Bhd. Banyak info tentang kesihatan boleh di dapati di dalam penulisan blog beliau..

.

Beliau menjalani housemanship di Obstetric selama 6 bulan di hospital awam. Sepanjang pengalaman beliau di sana perkara yang amat beliau bimbangkan ketika menyambut bayi adalah tiada tangisan kedengaran pada bayi tersebut . Bayi yang tidak menangis langsung dan membuatkan beliau menjadi panik.

Mengikut ilmu perubatan moden, bayi yang dilahirkan akan segera menangis sebaik saja dilahirkan kerana fungsi paru-paru mereka mula berfungsi. Sebelum ini, bekalan oksigen didapati dari darah ibu mereka melalui uri (placenta). Setelah dilahirkan , mereka perlu menangis untuk membuka rongga pernafasan dan menyedut udara ke dalam paru-paru.

Kegagalan bayi untuk menangis ketika dilahirkan menyebabkan bekalan oksigen tidak dapat sampai ke otak dan menyebabkan otak bayi akan mengalami kerosakan.

Perkara inilah yang terjadi pada Nabila sewaktu dilahirkan. Menurut Doktor Sarah, Nabila langsung tak menangis sawaktu dikeluarkan. Dan mereka sedaya upaya menyelamatkan Nabila dan Nabila terus dibawa ke NICU.

Jadi istilah yang digunakan ialah "Neonatal Encephalopathy" . Istilah ini menggambarkan "Masalah saraf yang dihadapi oleh bayi sejak kelahiran, menyebabkan bayi itu mengalami kesukaran bernafas secara normal, tidak mempunyai kekuatan otot dan refleks otot, mempunyai tahap kesedaran yang tidak normal dan selalunya mengalami sawan"

Masalah saraf ini boleh berlaku atas pelbagai sebab, sama ada ketika hamil, sedang melahirkan atau setelah dilahirkan . Tetapi jika masalah kerosakan saraf pada bayi akibat oksigen tidak cukup, ia dinamakan sebagai Hypoxic Ischemic Encephalopathy (HIE)

Bagi memahami prognosis atau masa depan bayi yang mengalami kekurangan oksigen dan tidak menangis ketika dilahirkan, seorang doktor harus memeriksa saraf bayi itu ketika dalam NICU.

Yes..Nabila telah mengalami proses ini sewaktu di NICU... :(

Bukan setakat itu saja, banyak lagi pemeriksaan melibatkan pengambilan darah ( Nabila lalui perkara ini... ) , Pemeriksaan EEG ( Nabila lalui ketika berusia 1 tahun lebih )  dan sebagainya. Pendek kata, kadangkala kita tak sampai hati dengan 'penderitaan' bayi ketika menjalani pemeriksaan-pemeriksaan itu. Walaubagaimanapun pemeriksaan ini penting.

Dianggarkan 15-20% bayi yang lahir dengan masalah ini akan meninggal dunia sama ada ketika dilahirkan atau sebelum berumur setahun. Sementara 25-30% bayi akan hidup menghidapi masalah saraf apabila mereka besar dan mengalami masalah cerebral palsy , mental retardation dan kesukaran belajar . Nabila antara 25-30% itu... :( 


Nabila : Day 2 @ Hospital Sungai Buloh..

Terdapat tiga peringkat kerosakan otak (encephalopathy) di kalangan bayi yang dilahirkan.

Stage 1 :

Untuk beberapa hari, kekuatan otot (muscle tone) mungkin akan lebih sedikit. Ini bermakna, apabila kita cuba merenggangkan tangan, bayi seolah-olah cuba 'melawan' . Beberapa ujian refleks (deep tendon reflexes) yang dilakukan oleh doktor, menunjukkan tanda yang berlebihan (brisk). Beberapa hari kemudian kekuatan dan reflex menjadi normal.

Bayi juga mungkin kelihatan lemah untuk menyusu, mudah menangis dan menjerit kerika terjaga. Apabila tidur, ia tidur dnegan nyenyak dan lama.

Pemeriksaan saraf lain mungkin normal.

Pemeriksaan electroencephalogram juga normal.

Stage 2 :

Bayi kelihatan letih, kekuatan ototnya lemah dan pemeriksaan deep tendon reflexes menjadi negatif.

Bayi mungkin sudah tidak berdaya menghisap susu lagi.

Bayi diserang sawan dalam masa 24 jam dilahirkan. Kadang kala sukar bernafas ketika tidur.

Jika keadaannya bertambah baik dalam masa 1-2 minggu, InsyaAllah  ada kemungkinan bayi tidak menghidapi masalah saraf ketika dewasa.

Stage 3 :

Bayi kelihatan pengsan dan tidak sedarkan diri. Ia tidak respon terhadap rangsangan.

Mengalami sukar bernafas dan mungkin memerlukan bantuan mesin ventilator.

Pemeriksaan EEG menunjukkan  tiada gelombang yang aktif.


Menurut satu kajian, bayi yang berada dalam kategori stage 2 dan stage 3 melebihi seminggu, atau pemeriksaan EEG masih tidak normal pada umurnya tujuh hari, selalunya akan mengalami masalah saraf di kemudian hari atau akan meninggal dunia. (Nabila lalui saat kritikalnya lebih dari seminggu...)

Oleh itu, pemeriksaan saraf pada umur 12 bulan amat penting bagi menentukan sama ada bayi mengalami rencatan otak (mental retardation) , telah boleh bergerak (meniarap, merangkak, bangun dan berjalan dengan sokongan / bantuan) dan sama ada bayi boleh diberikan makan dengan mudah.

Selanjutnya anda semua boleh baca di blog Dr. Zubaidi di sini

.


Bila membaca semua ini, saya terfikir tentang masa depan Nabila. Ya, semuanya kuasa Allah. Allah masih memberi pinjam Nabila pada saya. Saya bersyukur kerana masih berpeluang memeluk dan mencium Nabila setiap hari. Saya bersyukur kerana Allah meminjamkan sedikit kekuatan untuk saya terus melangkah demi Nabila. Apa yang saya harapkan cuma satu. Moga Nabila terus maju dan sentiasa diberi kesihatan baik walaupun dirinya tak sesempurna insan lain... Amin...

26 comments:

Bicara hati ibu aisya said...

Amin...
Thank's ina sharing maklumat dan laman web ni.Banyak yang ayu belajar/mula faham melaluinya.
Moga kekuatan dan ketabahan itu terus meningkat seiring dengan masa.

ibu nabil syahmi said...

amin.. semoga nabila diberi kekuatan utk menemani ibu bapanya.. ida pernah ade patinet yg mempunyai masalah yg same dh berumur 21 thn.. die blh berjalan ckit2.. semuanyee bergantung pd care penjagaan die.. kuatkan semangat yee ina.. same2 kite harungi utk membesarkan anak2 istimewa ni... insyaallah mereka akan membantu kite di sana nnt..

drzubaidi said...

Salam,

Saya sangat bersimpati dgn ujian yang Allah berikan pada puan dan anak. Bersabarlah kerana Alah akan membalaskesabaran puan dgn banyak kebaikan di akhirat nanti. Semoga puan sabar menempuh dugaan ini.

Dr Zubaidi Hj Ahmad.

Anonymous said...

salam..

saya sangat mengikuti perkembangan baby adam. disebabkan itu saya sgt ingin tahu tentang HIE sehinggalah saya menemukan blog puan. boleh saya tahu bagaimana keadaan anak puan? sebelum tu sy nk mintak maaf takut plak puan tersinggung. bagaimana keadaan bayi yg menghidap HIE apabila besar nanti?
tq

Noina said...

Cik Anony..

Seperti yang cik anony tgk dlm gambar, begitulah keadaan anak saya. masih belum boleh meniarap, merangkak dan berjalan. Mata nya juga ada masalah iaitu corticall blindness. keadaan bayi yang menghidap HIE ni bergantung pada tahap kesihatan dia. Macam anak saya,Nabila..dia memang takde masalah berkaitan anggota dalaman seperti jantung, paru-paru. Kelihatan sihat namun perkembangan sedikit delay seperti bayi. Anak2 ini perlu rawatan fisioterapi, OT dan speech secara berterusan sehingga dewasa.

mama sally said...

Assalam....dihrp pn ina sihat sekeluarga....sy terbaca blog ni semasa mncri maklumat berkaitan HiE...disini sy ingin kongsi pengalaman sy...ank sy yg pertama mgalami HiE grade 2....sprt pn ina ckp...ank sy xda mslh anggota dalaman...sihat....dan tiada mslh ENTcm mengalami GDD....growing development delay....hny blh meniarap...ht ibu mn yg tdk sebak....byi yg seusia sdh blh brjln...brlari... namun sy brsyukur diberi sedikit kekuatan utk mnjg ank sy...ank sy itulh kekuatan ...semangat..sy...utk ibu2 diluar sn yg ada ank HiE...tabah dan sabar dlm setiap ujianNya.....

Unknown said...

Salam pn ina..terlebih dahulu marilah kita bersyukur ke hadrat ilahi kerana ditimpa ujian oleh Allah sedemikian rupa..untuk makluman anak saya baru berusia 4hari dan sekarang dalam NICU sebab alami HIE grade 3..memang agak sedih dan perit.melalui pengalaman ini..namun kita perlu percaya ujian yang Allah datangkan ini adalah untuk kita berfikir bukan untuk meratapi..hanya untuk bersama-sama memberikan semangat antara satu sama lain..mudah-mudahan Allah.memberikan kite semnagat untuk.melalui pengalaman ini...amin

Farah Ikin said...

Assalamualaikum wbt
Tujuan saya menulis ini utk bertanya adakah nabila tidak menangis langsung selepas di lahirkan...ini kerana saya baru dpt anak sedara semalam dan mengikut kata adik say..anaknya tidak menangis selepas lahir..tapi selepas bberapa ketika dia pun menangis...bayi itu melalui proses normal dgn vakum kerana terlalu besar 4.33kg...juga menyebabkan bahu nya terseliuh dan bayi tidak dpt mengangkat tgn..tapi jari ada gerak juga...saya x pasti kalau bayi ini ada Hie..sbb parents nya pun masih trauma dan saya pula jauh dr mereka...harap pn boleh bantu jawab soalan saya...terima kasih..

Sekian...
Dari
Ibu marwah anak syurga

Noina said...

Waalaikumussalam Ibu Marwah,

Saya tak pasti Nabila betul2 tak nangis atau tidak kerana waktu tu saya dalam keadaan bius penuh (tak sedar). Saya hanya dikhabarkan nabila menangis sangat pelahan dan hari ke 3 selepas kelahiran, Nabila diserang sawan di NICU. Serangan sawan itulah yang menyebabkan Nabila menjadi anak Cerebral Palsy. Nak tanya, kenapa doc berani lahir ikut prosedur normal, bukan sepatutnya bayi sebesat itu kena c-sear? Nabila lahir hanya 2.7 kg, tapi mungkin takdirnya dia akan menjadi istimewa.. Lemas ketika proses kelahiran itu hanya penyebab untuk dia jadi begini...

yusri said...

salam kak..bleh miss call sy x?yusri 0179737914

Anonymous said...

salam kak, boleh x miss call sy, sy ada seorang anak yg hie level 2..yusri 0179737914

Unknown said...

Salam..sy br melahirkn anak bln lalu dgn hie grade2..skg anak sy minum susu menggunakan tiub kerana daya isap yg lemah...adakah anak puan mengalami mslh yg sama? Boleh bantu sy bagaimana mahu melatih anak sy menyusu dgn menggunakan mulut supaya sy tidak perlu memberinya mkn menggunakan tiub lgi...ni no sy dila 0197818057

Unknown said...

Salam anak sy hie grade 2 dn skg menyusu mnggunakan tiub...bagaimana sy nk latih dia menyusu menggunakan puting supaya dia tdk perlu mkn mnggunakan tiub lgi

Noina said...

Fadilah : Nabila dulu mmg lemah menghisap. tapi masa tu breastfeed.. bila saya bagi botol baru dia pandai hisap puting botol. kena latih selalu.. dan kena tanya doctor untuk referkan ke speech therapist.. dorang boleh ajarkan macamana nak galakkan anak menyusu guna mulut. ni no phone saya 0126347956

Anonymous said...

sya bru melahirkan anak secara emergency ceaser
disebabkan ctg anak sy xcntik..ank sy lemaas..keluar saja tdk menangis dan jntg die lemah..dok buat cpr ..ank sy di htr ke nicu dan berada di nicu selama 7 hri..doktor ada ckp kmgkinan ank sy akan ada kecacatan otak..ct scan akan dijlnkn bila umo ank sy 1 thun...xde pla doktor tlis stage brp..yg ditulis hie with pphn sy pon xtaw apa mksdnya...jd cmne dgn keadaan nabila skrg?

Unknown said...

As salam puan...boleh sy contact puan...sy br 27hari besalin dn anak.sy doctor sah kan hie stage 2....sy nk tahu cara penjagaan mcm mn...yg lebih saya sayu..suami dn family suami tal blh trima keadaan anak sy....sebak hati sy.

Unknown said...

As salam puan...boleh sy contact puan...sy br 27hari besalin dn anak.sy doctor sah kan hie stage 2....sy nk tahu cara penjagaan mcm mn...yg lebih saya sayu..suami dn family suami tal blh trima keadaan anak sy....sebak hati sy.

Noina said...

Bunga kiroro : boleh contact saya.. 0126347956

Unknown said...

Salam puan.. Sy bru bersalin pd 08/09/16 .. S
Anak sy, Aryan Harraz jg turut mengalami penderitaan ini.. Doc sahkan Aryan berada di tahap 3 .. Semoga Allah sntiasa beri kekuatan utk kita dan kesembuhan utk anak2 kita. Aamiin

Unknown said...

Salam puan.. Sy suka ikuti pkembangan ank puan..sb ank sy hie stage 3 witg severe cerebral palsy.. 79hari kt nicu..hari ke 80 discharge..bru sehari esk nya kne nsuk hosp smula sb tsedak susu dan jangkitan kuman.. Sy x tay cmne blh jd cmtu..skang trauma sgt..sdgkn mse di nicu sy dh dilatih utk blajar susu kn ank pkai tiub dan suction.. Ank puan nabila boleh menelan x..ank sy xblh mnelan..skang ni ank sy kt hosp smula..sedih rse bile tgk dia nyawa2 ikan mse kt umah..

Noina said...

Eha Fareha,

Nabila so far boleh menelan.. tapi kena yang lembut2 je.. makan bubur nasi lembut tapi tak perlu blend.. pastu klu makan roti kena cicah air.. dulu masa baby dulu pun susah gak nak makan.. menangis sampai umur 2 tahun.. lepas 2 tahun baru ok makan...huhu

Unknown said...

Hello puan.. Anak saya juga Hie.. Stage 2. Develop sawan bbrapa jam lpas lahir.. Dua lahir secara czer..lemas dalam perut akibat lambat dkeluarkan. 2 minggu dkat nicu. Sambung tiub pernafasan lg.. Syukur lpas buka tiub tu dia maintain bernafas.. Mula2 tu bagi dia susu gunakan tiub d mulut.. Saya latih dia scara perlahan dan sabar breastfeeding.. 1 bulan dia dapat menyusu suda.. Tiub d mulut dah buka. Skrg dia dah pandai menangis.. Tapi x la kuat sngat smpai meronta2., so far dia ok..kena tunggu review next ni ntuk tgok perkembangan dia.. Dear mommies yg hadapi masalah macam ni..kuatkan smngat. Dan selalu berdoa. Kuasa Tuhan melebihi segalanya.. YAkin saja!! Baby kita boleh sembuh. Jangan fikir bukan2.,

Fayna Afieyna said...

Assalam

Anak sy juga mengalami hie grade 3...Wife sy brsalin di pusat bersalin swasta, anak lemas sedikit, bantuan oksigen lambat dipasangkn kpd anak, anak menangis amat perlahan...

15minit terus dihantar ke hos a.star...anak terus ke nicu zon merah tahap kririkal....berada di ctu 3hr, kemudian ke zon kedua zon kuning 4hr....pgalaman di nicu 7hr pgalaman mndebarkn hati dan prasaan...rawatan susulan anak di hosptl kami teruskn hingga umur 2tahun....

Wife brsalin 24.3.2010.....sekarang anak sulung muhammad adib afnan bin shalfarin brumur 7thn dan brsekolah.....kita kena byk brdoa kpd Allah, brcakap prkara baik, positif dgn anak tika anak kita di nicu, jgn tnjuk sedih....kpd rkn2 yg nk kongsi pgalaman boleh contact 0107662050

Anonymous said...

Assalam

Anak sy juga mengalami hie grade 3...Wife sy brsalin di pusat bersalin swasta, anak lemas sedikit, bantuan oksigen lambat dipasangkn kpd anak, anak menangis amat perlahan...

15minit terus dihantar ke hos a.star...anak terus ke nicu zon merah tahap kririkal....berada di ctu 3hr, kemudian ke zon kedua zon kuning 4hr....pgalaman di nicu 7hr pgalaman mndebarkn hati dan prasaan...rawatan susulan anak di hosptl kami teruskn hingga umur 2tahun....

Wife brsalin 24.3.2010.....sekarang anak sulung muhammad adib afnan bin shalfarin brumur 7thn dan brsekolah.....kita kena byk brdoa kpd Allah, brcakap prkara baik, positif dgn anak tika anak kita di nicu, jgn tnjuk sedih....kpd rkn2 yg nk kongsi pgalaman boleh contact 0107662050

Unknown said...

Anak saya sudah berusia 2 tahun. Hie stage 3. Hanya mampu meniarap dan menyulur.. Pakai ryles tube utk makan.. Susu sahaja.. Dugaan yg hebat utk sy.. Mudah2an terus kuat dn tabah hadapi dugaan mendtg dlm mnjaga anak syurga ini

Unknown said...

Assalam semua,,,sekarang anak sulung sy brumur 10tahun (24.3.2010-2020),,,prkembangan normal seperti kanak2 lain....syukur kpd Mu Ya Allah atas kurniaan rezekiMu ini, muhammad adib afnan bin shalfarin, jika ada sahabat2 nk kongsisedikit pgalaman boleh la wasap sy 0107662050