28 May 2009

UlangTahun Perkahwinan Kami Yang Ke-2






Assalamualaikum..Entry ni khas bagi meraikan Ulangtahun Perkahwinan kami yang ke-2 tahun..Walaupun masih 'muda' tapi bagi aku dan abg.. 2 tahun ini amat bermakna bagi kami..terutama bila tibanya kelahiran Nabila..Ini lah gambar-gambar aku dan abg sewaktu kami dinikahkan dan bersanding di halaman masing-masing. Tarikh kami disatukan adalah 26 Mei 2007 (sama ngan Ummisarra debokss!)


Aku berdoa agar ikatan perkahwinan kami berkekalan hingga ke akhir hayat.Aku dan Abg telah bersama berkenalan sejak belajar di Adtec dulu..dan kami sekelas..hehe..bercinta satu kelas..ada manis dan pahitnya..tapi banyak betul kenangan manis..dan membuatkan aku betul2 jatuh hati pada insan yang bernama Zulhilmi..Walaupun tak hensem..(hehe) tapi sifatnya yang sabar untuk dapatkan aku..(aku ni ala2 yang popular gak la kat Adtec tuh..hehe..perasan sket)..tapi kesabaran dia..buat aku kagum..hehe..Sabo jer la abg yek..

Apapun..dengan kehadiran Nabila buat kasih aku pada abg bertambah kuat dan utuh..

Buat abg..Sabarlah la abg..Ibu dan Nabila pasti balik juga ke Rawang..dan kita boleh duduk kat rumah baru kita bersama-sama..Semua ni untuk kebaikan anak kita juga..Dan Nabila..Nabila kena cepat2 sihat yek nak.Ibu dah rindu nak balik umah kita semula..teringat2 dulu kita duduk sama2 dengan ayah masa bulan puasa lepas..huhu..

24 May 2009

Yasmin Nabilah

video

Video ini kutujukan khas buat Nabila yang telah berusia setahun..setelah setahun berlalu..segala suka dan duka kami bersama Nabila..akan dikenang sepanjang hayat..Dan kehadirannya telah membawa satu rahmat dan kebahagiaan buat aku dan abg sekeluarga...Doakan Yasmin Nabilah sentiasa dirahmati dan dilindungi oleh Allah S.W.T..Amin...

Nabila tak nak Ibu...!

video

"Tak nak ibu...". Agaknya tu yang Nabila cakap kat aku..bila mana aku letakkan mainan ular dan bola tu dia atas kepalanya.Sahaja aku biarkan dia menangis..Kejam tak aku..hehe..Semua ni untuk kebaikan Nabila juga..Bukan saja-saja ibu letakkan bola di atas kepala tu..tu semua untuk stimulate Nabila..Untuk pengetahuan kawan2 semua..Nabila ni mmg fobia kalau ada apa sahaja yang menutup dia bahagian kepalanya..Tak kira la saputangan yang sengaja aku letakkan atas kepalanya..menangis2 nak suruh aku buang kan sapu tangan tu dari kepala dia.Dengan muka pun begitu juga.Pantang kalau tuala mandi..aku tutup kepala dia dan tertutup mukanya..terus dia menahan nafas..seolah2 org sesak nafas..mmg bahaya Si Nabila ni..Sebab tu kitaorg kat umah ni mmg tak nak tinggalkan dia sorang2 main..yelah..mana tau terlemas ke..saja cari nahas jer..

Dan video di bawah ni pulak..seboleh2nya dia nak buang ular tu kat atas kepala dia..emmm..bagus gak buat cam ni..sekurang2 nya dia mau nak guna tangan dia untuk buang ular tu..Sebab Nabila masih lagi tak tahu gunakan tangan dia..Yang dia tahu..tangan digunakan untuk garu hidung..hehehe..Apapun ni semua untuk kebaikan dia..biarlah dia menangis..janji dia tau apa itu perasaan marah..tak selesa..atau perasaan gembira..Alhamdulillah..sekurang-kurangnya Allah masih 'memberi pinjam' perasaan-perasaan Nabila itu untuk aku..Supaya aku dapat rasakan ketiga-tiga perasaan tersebut..Alhamdulillah..

video

23 May 2009

Tentang Sawan Nabila..

Assalamualaikum..Entry kali ini aku buat atas sebab untuk beri penjelasan jenis sawan yang Nabila alami dan juga menjawab soalan Kak Nanie

Sawan Nabila bukanlah seperti yang kita selalu tengok..Budak kejang..dan mulut berbuih-buih..Semasa di NICU dulu..aku tak berkesempatan untuk melihat sendiri bagaimana sawan Nabila menyerang.Begitu juga dengan abg.Cuma kami di khabarkan Nabila di serang sawan bila kami melawatnya di NICU.

Yang menjadi kemusykilan aku ialah sawan Nabila mungkin menyerang dlm keadaan senyap.Ini bermaksud Nabila bila-bila masa sahaja akan diserang sawan (dalam keadaan senyap)..Ketika bermain..Minum susu.. Makan..Mandi..atau apa sahaja aktiviti yang dilakukan..

Dengan cara :

1) Mata Nabila akan terkedip-kedip laju dan tak tentu arah..(tak pasti yang tu sawan ker idak..doctor pun tak leh nak jawab)

2) Bila main atau minum susu atau makan..tiba2 Nabila terdiam dan matanya pandang ke arah kanan sahaja tanpa berkelip..

3) Kakinya (tak kira sebelah kanan atau kiri) akan 'shaking' atau seperti menggelatar .Bila di pegang..ia akan berhenti. ( ni pun tak pasti kategori sawan atau tidak)

Rasanya tiga benda ni yang meragui aku sebenarnya..Dan tindakan aku bila Nabila berkeadaan macam tu, aku terus kejutkan2 dia..Takut ia berlarutan..

.

Dan tadi aku berjumpa dengan kawan lama aku, Fatin..Baru bersalin anak yang pertama..Mak dia seorang jururawat di wad kanak-kanak HKL. Dan mak Fatin sudah sedia maklum dengan 'condition' Nabila. Aku seolah2 berada di hospital bila mak Fatin mengeluarkan istilah2 sains kedoktoran..hehe..bercakap tentang keadaan Nabila yang lemas ketika di lahirkan..Tentang rawatan yang Nabila jalani..dan bermacam-macam lagi..Dan mak Fatin pulak bercerita tentang EEG..emm..macam dapat petunjuk..dan macam-macam aku tanyakan pada mak Fatin..Tentang ubat sawan yang perlu diambil..Mak dia kata memang perlu ambil..dan fakta tentang ubat itu melambatkan proses perkembangan dia adalah SALAH..

Dan aku berharap hasil apa yang ceritakan pada mak Fatin, dan pendapat dia..akan aku cuba praktikkan..terutama dari segi rangsangan..Aku perlu pertingkatkan lagi..Terima kasih Ya Allah..Kau permudahkan segala urusan dan segala kekusutan ku hari ini..


p/s : (pegi umah Fatin..patutnya bercerita tentang baby barunya..tapi ni dah dok cerita baby lama..si Nabila..hehe)

Sawan dan EEG Test..

Assalamualaikum..dari tadi sebenarnya aku cuba upload video khas yang aku buat untuk Nabila.Tapi..tak dapat2 lagi...emm..nanti aku try lagi..

Dan entry kali ini..aku nak luahkan kekesalan hati aku..sejak Isnin lepas..aku meluahkan rasa keinginan aku untuk melakukan satu test pada Nabila..dan aku suarakan ini pada therapistnya di OCC. Jawapan yang agak menghampakan aku kerana aku terpaksa menunggu sehingga appointment Nabila dengan Paediatrik pada bulan 8 nanti..untuk request test EGG pada Nabila..mengapa aku tak buat dulu?entahlah..mungkin kejahilan aku dan abg..atau kami tak mahu Nabila di uji lagi..dan entahlah..Tapi yang pasti semua ini membuak-buak rasa keinginan aku untuk Nabila lakukan test ini.Yang membuatkan aku tersedar tentang test ini dan sawannya adalah kembar Nabila..iaitu Sarra.Ita dan Farid telah pun melakukan ujian tersebut di SJMC..dan dari situ banyak yang telah mereka ketahui tentang sawan Sarra..dan aku juga ingin mengetahui keadaan Nabila juga..Adakah sawannya semakin teruk atau sebaliknya?Segalanya buat aku bercelaru..dan pening memikirkan kerana..aku seolah2 tak sabar2 untuk mengetahui keadaan Nabila sebenarnya..

Dan yang baiknya bila aku mengetahui tahap sawan Nabila..aku akan sentiasa berjaga-jaga dan bersedia dengan segala kemungkinan yang berlaku..ahhhhh..kesalnya..sebab apa aku kesal sangat..sebab setiap kali aku ada appointment dengan Paediatrik..doktor akan bertanya pada aku dan abg samaada Nabila diserang sawan atau tidak..DAN KAMI MENYATAKAN TIDAK! Aduhai...kenapalah mulut ini..kenapalah aku tidak menggunakan akal aku untuk menjawab semua pertanyaan doktor dengan baik? Tetapi..aku sendiri tidak pasti bilakah sawan Nabila akan menyerang.Bagaimanakah bentuknya? Dan aku pernah bertanya pada Pakar kanak-kanak di Sg.Buloh..Dia sendiri pun tak boleh menjangka bila sawan berlaku dan bagaimana bentuknya..

Ingin sekali aku belajar dalam bidang perubatan..dan mengkaji bahagian saraf otak..Alamak aiiii..Kalau result masa SPM ok takpe gak..atau aku belajar tentang Fisioterapi..Kekangan masa dan Nabila masih memerlukan perhatian aku..Kalaulah boleh di belah badan ni kepada 3 kan bagus.. :) nonsense! ..Aku berharap adik ipar aku, Ejah, dapat menyambung pelajaran dalam bidang fisioterapi..Dan aku boleh belajar dari dia..Harap2nya..Amin..

Dan harapnya ada yang memberi jawapan pada kekusutan aku..Dan aku memerlukan Mu Ya Allah..Tenangkan jiwa yang bergelora ini..

21 May 2009

Cerita hari ini...!

Assalamualaikum..cerita hari ini..

Pagi : Nabila dah bangun pukul 5 pagi..pasal haus nak susu..Al maklumlah..anak dara aku ni membuta dari pukul 9.00 mlm..sampai kul 5 pagi baru bangun.Punyalah lama..Dan ibu dia..hehe..sedap la tido tak bangun2 jugak..Nak gi keje tadi sempat la amik gambar dengan Nabila..hehe..Mak aku cakap..kalau Nabila 'sihat'..mesti dah berlari nak ikut aku gi keje..hehe..takpe..ni lum masa dia lagi..tengok la esok2..





muka baru bangun tido! Apsal masam tah muka tu!


Petang : Balik jer keje..tgk Nabila tgh tido.dalam buaian dia..Tak lama lepas tu..tiba-tiba nangis tak henti2..apsal aku pun tak tau..pujuk punya pujuk..tak jalan jugak..nangis dia bukan mcm biasa..mcm marahkan sesuatu..emm..tunjuk protes ke apa si Nabila ni..!Aku pun mandikan dia..mulanya aku ngan Nabila dok lepak2 kat depan umah..emm..kejap jer dia diam..pastu nangis balik..Sawan menyerang ker? Adus..pening aku nih! Aku bawak dia masuk bilik..main2 dengan dia..baru diam..ooo..nak ajak main rupanya..huhu..sori la Nabila..ibu tak paham..huhu..



Malam : ni masa aku tengah masukkan entry ni..Nabila masih lagi tak tido..jam dah 10.30 ni..Kalau ibu dia tak tido..alamatnya tak tido lah dia..eh..japlah..aku nak tidokan Nabila..


Dah tido dah..tadi ngamuk2 lagi..puas pujuk..nak rocker chair gak..pastu tepuk2..dah lena aku angkat bawak naik atas katil..muka letih sampai tangan terangkat2..hehe

Sambung balik...

Tadi ayah Nabila ada tepon.Dia kata nak beli Bio Aura Hi Tech Water System.Nak beli kat kawan dia..Tanya pendapat aku dulu..Sebab semuanya untuk Nabila jugak..Tapi mulanya aku pun pikir gak..Macamana Nabila nak guna?Abg nak pasang kat Rawang..anak dia dok kat Gombak..huh..camner tu..pikir punya pikir..Abg kata " Abg masukkan air dia kat dlm botol.Pastu bawak ke Gombak.." Emm..ada gak bernas idea abg ni..emm..takpe..cuba dulu..pasal Abg kata air ni ada kaitan dengan oksigen..

Ni antara keberkesanan dia..emm.tak taulah betul ker idak..!


1) Menghasilkan komponen bersifat Nano dan kandungan oksigen yang tinggi, menggalakkan pertumbuhan sel-sel badan yang sihat


2) Kandungan bio-tenaga yang berganda, meningkatkan keaktifan sel-sel tubuh badan


3) Molekul-molekul yang bersaiz nano menambahkan lagi keberkesanan penyerapan nutrien


4)Membekalkan kekayaan bahan-bahan mineral dan nutrien untuk keperluan kesihatan tubuh


5) Sistem penapisan air yang lebih efektif menghapuskan unsur-unsur toksin, bakteria, klorin dan logam berat supaya air selamat diminum


6) Menghilang bau yang tidak menyenangkan, menjadikan air lebih sedap diminum


7)Kualiti air bertenaga meningkatkan metabolisme, melancarkan sistem peredaran darah dan memperkuatkan sistem imunisasi badan


8) Nilai pH yang cenderung kepada beralkali setara dengan keperluan badan. Amalan minum air Bio Aura dapat memberikan kesan terapi terhadap susuk badan yang berasid


9) Menjamin kecantikan dan kehalusan kulit serta kesegaran makanan

Emm..aku tak kisah..janji segalanya untuk Nabila..hehe..!Tapi kalau kawan2 nak komen pasal BioAura ni ok gak..nak tau la kalau ada sesapa penah guna ker.. :)

Tag Dari Kak Nurul..


Terma & syarat utk pernerima Award ini:

1- Letakkan logo award ini di blog anda

2- Anugerahkan award ini kepasa 10 blog yg anda anggap paling berinspirasi dan sgt mesra

3- Pastikan anda menyatakan penghargaan ini melalui “backlink” dgn blog yg anda anggap paling memberi inspirasi dan mesra dr blog anda

4- Informasikan penerima award mengenai award yg mereka terima dgn menyatakan komen di blog mereka

5- Berbagi cinta dan sayang utk penghargaan ini kepada pemberi anugerah ini


Tag ni aku dapat dari kawan baru aku..Iaitu Kak Nurul..emm..baru nak baca blog Kak Nurul sebenarnya..Tapi tertarik la dengan si 'kembar'..hehe..comel..rambut kerinting2..hehe..dan juga babynya..Nasuha..Apapun seronok dpt geng baru ni..banyak gak info yang aku dapat..terutama entry baru ni..tentang breastfeeding..pasal aku tak dapat nak breast feed Nabila secara ekslusif...huhu..

emm..rasanya ramai yang dah buat..hehe..tak yah la yek!

19 May 2009

Istimewa buat semua anak-anakku..!

Assalamualaikum..entry kali ini entah kenapa..Hati aku bagai digamit2 untuk menyatakan ini kepada anak-anakku..Siapa?Banyaknyer anak..hehe..Tak lain dan tak bukan..

Yasmin Nabilah , Alisya Qaireen @ Sarra , Rayyan Ariff @ Ian , Annur dan Annisa , Afiqah , Uwais , Fahry , Syafiah , Muja , Idris , Iman , Nur Imanina Balqis , Humaira , Irdina , Akim dan Arwah Amir Yusuf

"KEPADA SEMUA ANAK-ANAKKU YANG SENASIB DENGAN YASMIN NABILAH.ANAK-ANAK YANG ISTIMEWA DAN KUAT DI MATA AKU..YANG SEMANGATNYA TIDAK PERNAH LUNTUR UNTUK MENERUSKAN KEHIDUPAN MEREKA YANG SERBA PAYAH DAN KEKURANGAN.IBU TAHU SEMUANYA MAHU SEMBUH..MAHU BERLARI..MAHU BERJALAN BERSAMA IBU DAN AYAH..MAIN BERSAMA ADIK BERADIK..APAKAN DAYA SAYANG..SEGALANYA TERHAD BUATMU..DAN IBU LEBIH MEMAHAMI BILA NABILA LAHIR KE DUNIA INI.HATINYA INGIN MELAKUKAN..WAJAHNYA YANG BERSUNGGUH -SUNGGUH UNTUK MENIARAP..SEPERTI WAJAH ANAK-ANAKKU YANG LAIN..YA..SAMA..!




IBU,AYAH,UMMI,ABI,MAMA,PAPA,MAK DAN AYAH..KAMI SEMUA BERUSAHA UNTUK PULIHKAN ANAK KAMI..BIAR BERJUTA DUIT HABIS UNTUK ANAK-ANAK INI..NAMUN KAMI TIDAK PERNAH MENGELUH DAN MENYESAL..SANGGUP MENCARI DAN BERTANYA PADA KAWAN-KAWAN UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT TENTANG RAWATAN ANAK..

IBU AMAT BERBANGGA DAPAT MENJADI IBU KEPADA ANAK-ANAKKU.WALUPUN IBU TAK MELAHIRKAN KAMU SEMUA..TETAPI IBU KAGUM DENGAN KEKUATAN KAMU SEMUA.IBU KADANGKALA REBAH DAN SEMANGAT HILANG BILA IBU TERDENGAR AYAT-AYAT DARI ORG-ORG YANG TAK YAKIN PADA KAMU DAN CUBA 'MENJATUHKAN' IBU SENDIRI.TETAPI MENGENANGKAN KEKUATAN KAMU SEMUA BUAT IBU BANGUN DAN YAKIN SETIAP ANAK-ANAK IBU MAMPU MELAKUKAN APA SAHAJA YANG DIPINTA OLEH IBU BAPA KAMU..


WAHAI ANAK-ANAKKU..TIADA YANG SEHEBAT DAN SETANDING DENGAN KAMU..KAMU SEMUALAH SUMBER INSPIRASI DAN KEKUATAN KAMI...!IBU SAYANG SANGAT-SANGAT PADA KAMU SEMUA..IBU BERDOA AGAR ALLAH PERMUDAHKAN SEGALA URUSAN KAMI SEBAGAI IBU BAPA UNTUK MEMBESARKAN KAMU SEMUA..


* ingin saja aku letakkan kesemua gambar anak-anakku di dalam entry ini.Betapa kuatnya mereka..Setiap mereka mempunyai kekuatan 10 kali ganda dari kekuatan kita yang normal..KEKUATAN UNTUK MENERUSKAN KEHIDUPAN..

18 May 2009

Nabila @ Gedangsa & OCC..

Assalamualaikum..lama tak update..!Minggu lepas (Jumaat), aku dan Nabila pulang ke rumah kami di Rawang.Tujuannya..nak memudahkan kami untuk ke Gedangsa esoknya(Sabtu).Dan seperti biasa di Gedangsa..aku dan abg tak rasa tergesa2..malah kitaorg kuar pun nak dekat pukul 10 pagi..Lewat..Sebabnya malas nak tunggu lama2..pasti turn kitaorg lambat sampai tengahari..
Sampai sahaja di rumah Kak Raw..lihat tiada org di luar..Kak Raw pun tidak duduk di tempat kebiasaanya.Dan aku terdengar suara sayup2 org kat dlm rumah..Owh rupanya dah pindah ke dlm rumah balik.Dan aku masuk..aku lihat tak ramai pun..Dan masa tu kebetulan giliran Sofea..Sofea ni sama2 ngan Nabila buat Fisio kat Sg.Buloh..Selalu buat fisio sama2 dan kami pun mmg dah kenal mak ayah nya.

Giliran Nabila tak lama..dlm jam 2.00 petang Kak Raw dah panggil..Mungkin ada yang pikir dlm masa 4 jam dok kat umah Kak Raw tu lama rasanya,tapi tidak padaku.Sebab mungkin aku dapat berbual ngan ibu2 yang mempunyai anak yang senasib dengan Nabila.Dapat share pengalaman..dan rata2 nya anak2 mereka semua hampir2 sebaya dengan Nabila..
Selesai rawatan..Aku dan abg terus pulang.Tangisan Nabila kali ini tidak seteruk 2 minggu lepas.Hanya rengekan sahaja.Aku tak pasti sebab apa..dan paling aku seronok sekali..akhirnya balutan kepala Nabila tak berbukak walaupun dah sampai umah..hehe..pasal aku ngadu kat Kak Raw..tak sempat sampai umah dah terbuka balutan di kepalanya.Bagi aku satu kerugian sebab tu Rawatan untuk minda Nabila.Tapi aku tetap kalah dengan tangisan Nabila.Aku cuba buat tak endah..namun hati ibu..mana mungkin aku biarkan Nabila menangis..Dan balutannya aku buka setelah 2 jam 'berbelit ' ditubuh Nabila..Lega..Dan Nabila yang menangis merengek sampai pejam mata tak nak bukak mata, terus bukak mata dia..dan berhenti nangis.Sian anak ibu..Ni semua untuk kebaikan Nabila jugak..emm..tah bila la Nabila nak dapat 4- 6jam balut tuh yek.
Ni ada sket gambar..tapi tah hapa2 gambar aku amik tah..!




Tengah menunggu giliran..Nabila dan ayahnya..tah mana2 tah pandang!



Balutan kepala yang tak terbukak akhirnya!



Dan petang Sabtu..Opah Nabila sampai dari Ipoh..Nabila kurang sihat masa tu..namun seronok bila ramai2 ada dengan dia..Opah Nabila rajin melayan dan Nabila mmg seronok sgt klu ada yang suka main2 dengan dia..Opah Nabila datang sebab nak amik Pakcik Ee dan menjenguk umah baru Nabila..Pakcik Ee baru pulang dari Sarawak..sekarang tengah cuti semester..sebelum pulang ke Ipoh Pakcik Ee singgah ke rumah kami dulu.Dan Nabila dapat hadiah dari Pakcik Ee..hehe..comel bajunya..terima kasih Pakcik Ee..!




Hari ini (Isnin) aku ke Hospital Sg.Buloh lagi.Nabila ada appointment dengan OCC..dan aku gembira sgt sebab Nabila beri kerjasama yang baik dengan Pn.Sally..therapist untuk cara kerja..orangnya lembut..Mungkin Nabila tak suka di paksa.Dan Nabila senang sekali dengan Pn.Sally..seronok aku tgk Nabila hari ini..Dan aku berharap Nabila akan beri kerjasama yang lebih baik lagi akan datang..Mungkin juga Nabila dah besar..dan mulai faham dengan apa yang dia harus buat...



Dan aku selitkan sedikit gambar-gambar Nabila di OCC tadi..


Nabila kita senaman dulu yek..



Nak kasi tapak kaki lurus..tak moh jengkit2..


Nabila angkat punggung sket..tahan badan tu dengan tangan..(teknik nak belajar merangkak)..Tangan Nabila tak kuat lagi..huhu!






Nabila cuba berdiri pulak..!Luruskan kaki..




Nabila memang suka part ni..hehe!



Yang ni selingan..Tadi aku amik gambar ni sebab aku belikan permainan baru untuk Nabila..semalam pun beli gak..hehe..gaji tak dapat lagi ni..ni kecek kat ayah Nabila..huhu..mainan murah..tapi ibu suka tgk kalernyer..sgt warna warni..elok untuk mata dan tangan Nabila..









13 May 2009

Nabila tak nak guna tangan...Huhu..!

video

Lihat sahaja pada video ini..Nabila gunakan kakinya untuk bunyikan mainan kat rocker nya..pastu kaki dah terjuntai2 kat rocker tu..Bahaya tul Nabila ni..Ni dah masuk 5 kali ibu betulkan badan Nabila dlm rocker tu.Nabila tak moh guna la tangan dia untuk mencapai..Bila la Nabila nak pandai capai2..tak sabo lak ibu ni.

Aku tak pasti Nabila nampak atau tidak mainan yang tergantung tu..Tapi dari gaya dia dia pandang dan nak main dengan mainan dia..nampak mcm dia nampak mainan tu..


Cuba kawan2 komen tentang cara Nabila main tu.Adakah dia nampak atau tidak mainannya..takpe klu nak kata Nabila tak nampak..pasal Ina mmg dah bersedia dengan apa jua keadaan dia..cuma mahukan kepastian..Kalau kawan2 perasan la..

(*video yang tak brapa jelas..aku cuba pendekkan video ini semalam (13/5/2009)..godek punya godek..dapat gak masuk..hehe

Nabila dengan kerusi baru..

Assalamualaikum..update ttg Nabila 3 ari ni..emm..Nabila diserang selsema Isnin lepas.Mulanya Ahad lepas dah nampak ok..tapi naik je hari Isnin, terus Nabila terbersin2 malam tu.Tak boleh nak tido malam tu..aku tgk badan dia hangat balik.Pastu selsema banyak sgt sampai tak boleh nak bernafas..Sian Nabila..Susah gak dia nak tido..kejap2 bangun..tak selesa..Dan akhirnya aku tidurkan dia kat dlm rocker..tinggi sikit.Dalam pukul 12 tu,dia terbangun dan aku terus bagi dia ubat batuk dan selsema.huhu..Barulah dia dapat tidur balik.Dan Nabila terbangun lagi jam 2 pagi..tak selesa..tapi kejap jer..pastu tido balik..sehinggalah jam menunjukkan pukul 5.30 pagi..Mulanya aku nak sambung tido balik.Tgk Nabila dah bangun.Haus nak susu..terus aku buat dan bagi dia minum..dan lepas tu aku terus siap2 nak pegi keje..

Petang aku balik..tgk Nabila dah sihat sket.Pasal sebelum aku pegi keje..aku bagi sekali lagi ubat kat dia..Yelah kalau Nabila tak sihat..mcmana mak aku nak jaga dia.Mak aku pun bukan larat sangat.Petang tu mak aku kata Nabila makan banyak hari tu..minum susu pun banyak.Mungkin dah sihat sikit..Alhamdulillah..

Minggu lepas gak aku membeli sesuatu untuk Nabila.Kerusi yang aku idam2 kan..Sebenarnya aku dah salah beli kerusi untuk Nabila.Aku nak beli 'Bumbo' chair tu tapi tak dapat la.Mulanya nak je pegi kat kedai Robinson tu..kat The Garden..Tapi malas jer nak ke area midvalley yang sesak larat tu..dah lastnya aku ngan abg cadang ke OU jer..ke kedai Toy's r us..Dan aku terjumpe kerusi ni..


Sebenarnya fungsi kerusi ni untuk tempat duduk makan baby. Boleh diikat di kerusi biasa.Tapi entah..aku pun dah malas nak cari "Bumbo' tu dan design dia ala2 sama jer..aku dan abg mengambil keputusan untuk beli..Mula2 tu test la yang display punya.huhu..Nabila nangis!..Camner ni..?Nak beli ker idak?Lama gak kitaorg kat kedai tu..bukan apa ..dok mikir nak beli ker idak..pasal harga nya pun lebih kurang cam 'Bumbo' gak..Sempat gak aku gi tepon Ita..tanya pendapat dia..pasal dia dah belikan untuk Sarra..Siap tanya lagi kotaknyer camner..Mmg lain..Dan akhirnya aku dan abg tawakal la..beli gak..Yelah mana tau Nabila suka ker..Klu tak suka kena la tunggu adik dia..tu pun tak tau lagi bila adiknya nak 'kuar'..hehe...

Nak dijadikan ceritanya..balik2 umah jer..aku terus 'geledah' kotak kerusi tu..tak nyempat2..hehe..aku ngan abg dok godek2..dan semua safety belt dia kitaorg bukak dan simpan dlm kotak semula.Sebab apa?emm..pasal 'menyemak'!..yang ikat kat kerusi tu ta yah pakai la..Tujuan aku beli pun bukan aku nak bagi Nabila makan kat kerusi tu.Nak ajar dia control kepalanya..Kan doktor dah kata Nabila leh control head dia secara 'fair' sahaja..secara sederhana..dan kepalanya masih lagi 'terhuyung hayang'.Lagipun sejak kebelakangan ni..Nabila asyik nak aku dudukkan dia..tak moh baring2 lagi..dan ini lah hasilnya Nabila semalam guna kerusi tu (sebenarnya dah lama nak amik gambar..tapi tgk la..Nabila tak dok diam..gambar banyak goyang jer)

Nabila pandang mana tuh..tgk Ibu kat sini ni..!


control2....!

Taraaa...auntie2 sekalian..Nabila dalam aksi duduk..(harap2 mau la dia dok dalam tu lama2 sket..)

eh..eh..eh..lentok2 lak..(Nabila masih lagi dalam tempoh belajar dan mencuba)




10 May 2009

Ke Besday Party Rayyan...!

Assalamualaikum..Selamat Hari Ibu buat semua kawan-kawan!

Semalam..Aku dan Nabila telah dijemput ke satu majlis..iaitu Besday Party Rayyan Ariff..Mama Ian..Jiey dah awal2 lagi beri kad jemputannya..hehe..

Pada mulanya aku mcm tak dapat nak memenuhi permintaan Jiey untuk hadir ke majlis besday Ian..Sebab badan Nabila sejak hari Jumaat malam tu panas mcm nak demam..dan Sabtu tu pagi2 aku dah bagi ubat pada Nabila..tapi tak kebah2 jugak..hangat jer badannya.Dan aku terus sms pada Jiey..mcm tak janji dapat dtg..Tapi bila dah masuk tengahari tu nampak Nabila tu mcm ok sket..aku ambil keputusan gak untuk datang..Dan aku pergi bersama mak aku..sebenarnya aku mmg tak familiar sgt dgn Jln Ampang ni..emm..jarang masuk..Nasib baik mak ada..hehe..tolong tunjukkan jalan..dan berpandukan peta yang diberikan oleh Jiey..dan tersesat jap masuk salah lorong (hehe) akhirnya aku sampai gak ke rumah Jiey..Dan langkah kanan aku bila Jiey dan Ian baru jer nak potong kek..Sempat la kitaorg ramai2 nyanyikan lagu besday buat Ian..hehe..tapi Ian demam la..cian dier..

Dan Nabila pula time org tgh nyanyi tu boleh lak tido..Lepas tu Jiey jemput makan dan tgh2 makan..Nabila pun terjaga..terkejut tgk org ramai kot..Pastu selesai makan..terus jumpa Jiey dan Ian..pasal nak balik..Pasal Nabila dah mula buat hal..huhu..Ingat leh la lama sket..paham2 jelah budak ngenit nih..Sori tau Jiey..tak dapat nak lama2..Nabila ngamuk2 dari start enjin kete tuh..sampai kat umah..Sampai aku dah salah masuk simpang nak kuar dari kawasan perumahan Jiey..ni gara-gara tangisan Nabila la ni..huhu..dan nyaris2 tak accident kat MRR2..Kete MyVi hitam mangkuk mana tah (Nasib baik tak ingat no plat)..main kuar jer..dari lane pelahan terus nak lane laju..Nasib baik aku sempat brek..dah la tgh turun dari flyover..Nasib baik mak ngan Nabila tak apa2..geram tul..

Sampai umah aku terus letak Nabila dlm rocker..Yang aku geram tuh..dia boleh tersengih lak..huhu..sabo jer la..

*Sempat bergambo ngan Leen..bersama babynya Rayyan..comel tul Rayyan..terpikat mokcik..hehe..Nasib baik Nabila kecek lagi..klu dak..dah buat menantu dah ni..Mak aku pun asyik puji jer Rayyan..comel..putih..Mak aku mmg suka budak putih2 nih..hehe..




* ni aje gambar yang sempat aku amik..huhu..tgk la Nabila dah nanes..Rayyan rileks jer..Nak amik gambar ngan Ian besday boy pun tak dapat..huhu!

08 May 2009

Kiss la Ibu, Nabila...

"Nabila..ari ahad ni Hari Ibu tau.Sebagai hadiahnya Nabila kena kiss ibu"

.........

sunyi.

"Cepatla..cium ibu..ibu teringin sgt nak Nabila cium ibu.."

Nabila tolak muka aku.."uhhh..uhhh..".Nabila bersuara..Rimas barangkali.

"Cium la ibu sayang.Sian kat ibu nih.."

Aku menyorong pipi aku pada bibir Nabila..Yang kelakarnya..dia nak kulum pipi aku..macam nak minum susu..

"Ala ala siannya dia..nak minum susu yek.Jap ibu gi buat yek..Nabila dok diam2 tau".Aku terus mencapai botol susu Nabila dan membancuh susu baru...

"Ok..ni susu Nabila.Haus yek..". Aku terus memangku Nabila dan berikan susu padanya.

Bila di lihat wajahnya yang mulus..terus aku mencium dahinya.Mencium pipinya..

"uhhh..uhh.." Puting terlepas dari mulut Nabila..Aku beri lagi susunya..dan Nabila menyambung kembali..

Aku cium lagi pipi dan dahinya..geram pulak aku tgk budak demukss ni..Marah agaknya..terus Nabila berhenti minum dan cuba mengangkatkan kepalanya..

"hehe..ibu saje je kaco Nabila minum.."

"Nabila nak lagi tak?ke nak minum air kosong..?". Aku berikan Nabila air kosong sebagai pembersih mulut..membuang sisa2 susu dalam mulutnya..

"Sayang Nabila sgt2"..Aku cium lagi...Puas!

Ciuman itu sempena Hari Ibu yang akan disambut oleh ibu-ibu Ahad ini..Selalunya anak yang akan menghadiah ciuman buat ibu..tapi bagi aku..cukuplah sekadar aku mencium Nabila..dan Nabila 'menghisap' pipi aku.Dia belum mengerti.Dan hari ini..aku asyik mendengar pendengar2 HOTFM..beri ucapan Hari Ibu pada ibu masing2.Bagi aku menjadi seorang ibu adalah sesuatu yang terindah buat aku..Lagi2 dikurniakan anak seistimewa Nabila..Dan aku pasti Nabila akan faham apa itu Hari Ibu suatu hari nanti.Dan mungkin juga dia kan cium pipi aku dan menyatakan "Terima Kasih Ibu kerna telah melahirkan dan membesarkan Nabila!"

Bungkusan Hadiah dari UmmiHusna dan Auntie Ena



Assalamualaikum..Alhamdulillah..arini Nabila terima 2 bungkusan dari 2 ibu yang sangat menyayangi dia..Tak lain tak bukan..Ummi Husna (manjakusayangcollection.blogspost.com) dan dari Auntie Ena (zh-bucuk.blogspot.com)..Terima kasih bangattttt...cumelnyer bear ngan baju dan legging tu..Bungkusan kedua2 ibu ni sampai serentak..pada hari yang sama..yang dari Autie Zh-ena datang waktu tengahari dan bungkusan Ummihusna waktu petang..Mak aku mmg terperanjat la..sekali 2 pulak tuh..hehe..siap posmen tanya lagi "sapa Yasmin Nabilah?"..tanya kat mak aku ler tu..Mak aku jawab.."tu hah..baby tu"..mulutnya sambil muncung ke Nabila yang tgh dok kat rocker..hehe..glamour tul Nabila nih..
Apapun..terima kasih banyak2..buat susah2 jer Ummihusna dan Ena..siap pos2 lagi..Apapun kalau la Nabila 'sihat' mesti dia seronok giler..mesti dia sibuk gayakan legging tu dan peluk bearnya.. :)
* ibu Nabila minta maaf pada sesiapa yang kecik ati tak dijemput ke majlis ulangtahun Nabila dan Sarra..Buat kecil2 kecilan jer..Nanti klu ada jodoh dan masa..mana tau Ina dan Ita nak buat gathering atau perjumpaan ngan ibu2 yang ada di luar sana..yang menyokong anak2 kami!

06 May 2009

Mata oh mata....




Assalamualaikum..hari ini hari yang dinantikan..emm..lama gak nantikan detik arini sebenarnya..bukan apa..hari ini Nabila ada appointment dengan Ophtalmology..Sekian kalinya aku rasa berdebar dan banyak soalan yang ingin aku ajukan pada doktor..

Aku, Nabila dan Abg..tiba di hospital jam 9 pagi..tepat..sebelum tu kami ke opis aku dulu..Nak amik GL sebab semalam kerani kat Rehab tu kata GL aku dah tamat tempoh..kelam kabut gak pagi tad..hrmm..dah nyaris2 Nabila tak tergolek ke tepi pintu kete..dok sedap2 dok dalam car seat..ayah dia punya buat 'corner' baring..Nasib baik tangan aku sempat pegang car seat Nabila..Rupanya kerusi depan tu kedepan sgt..tak pegang betul2 car seat Nabila..Nasib baik tak apa2..fuhhh....

Dan sampai dia hospital..macam biasa la..ada aje mata yang memandang..lagi2 masuk Klinik Mata ni..yang dok kat situ kebanyakannya org2 tua yang ada masalah mata..bila tgk kitaorg..siap tolak stroller lagi..pelik la org2 tua kat situ..saper yang sakit..?ibu ker , ayah ker? atau anaknya? hrmm..dan seperti biasa mana2 yang pandang..aku senyum jelah..hehe..

Tak sampai 10 minit aku duduk..datang nurse menyapa kami..

"comelnya"..sambil usap2 pipi Nabila..

"emm..sejuk la tangan nurse ni"..Nabila mcm elak2 la muka dia bila nurse tu dok sentuh2 pipi dia..hehe..pandai pun anak ibu ni..

Ada sorang auntie India tu..dok tgk jer Nabila..berdiri dekat ngan kami..agaknya nak tanya..saje aku tak pandang..hehe..nak tanya Nabila sakit apa la tuh..Lagipun aku tgh sibuk bagi Nabila susu..nanti saje la auntie kita sembang2..

Pastu nama Nabila di panggil..mata diperiksa dan dititik ubat untuk besarkan anak mata..3 kali lak tuh..baru la nama Nabila dipanggil sekali lagi.Aku mmg berharap sgt anak mata Nabila cepat2 besar..3 kali dah cukup..pasal pedih kalau letak ubat tu.Setelah diperiksa..mata Nabila di katakan NORMAL..tiada rabun dan tiada silau...dan aku disuruh berjumpa dengan doktor..
Bila diperiksa oleh doktor..dititik ubat mata sekali lagi..aduh..masa dirasakan begitu panjang..sehinggakan Nabila,aku dan abg tertidur kat kerusi menunggu sementara nak menunggukan anak mata Nabila membesar sekali lagi..Dan setelah itu..doktor kembali, Nabila di bawa ke bilik khas.Kali ini doktor tak suruh pulak aku keluar..Dan aku menyaksikan segalanya..mmg agak mengerikan..kelopak mata Nabila dibuka dengan penyepit..dan aku rasa macam nak bedah mata Nabila jer time tuh..takut..seriau..takut tercucuk..tapi aku tak tunjukkan semua perasaan tu pada doktor..aku tahu mereka2 semua menjalankan tugas..Dan tugas aku memujuk Nabila..huhu..Bagaimana perasaan aku..hanya Tuhan jer yang tahu..Pastu doktor amik 'something' alat apa tah..dok jolok kat kelopak bawah mata Nabila..hrmm...sampai naik merah plak tuh..tahan lagi aku nih tgk benda2 tuh..Nabila dah meraung2 dah..Abg dah dok kat luar..tak leh ramai2 dlm bilik tuh..Dan selesai..keputusannya.......

"Saya tak dapat nak ckp anak awak ni tahap yang macamana..sebab ni semua berkaitan dengan otak..Mungkin juga anak awak nampak tapi ini bergantung juga pada otaknya.."

"Dan temujanji berikutnya akan berlangsung dalam tempoh 8 bulan dari sekarang"

Dan aku hanya mengangguk..

"Macamana pula dengan mata yang terkedip2 laju tu?Sawan ke itu doktor?Atau dia sedang mencari fokus".Aku bertanya.

"Saya pun tak dapat nak pastikan.Semua ini bergantung pada otaknya"

Macamana aku nak jelaskan?Susah kalau keadaan berterusan begini.Doktor sendiri tak dapat beri jawapan pada aku.Dia ada memberikan istilah tentang mata yang berkedip2 laju..Puas aku dan abg mengingat kembali apa yang dikatakan oleh doktor..sampai aku coret tentang entry hari ini..aku masih lagi lupa apa istilah yang dipanggil oleh doktor itu..Dan pasti mereka ni mcm baru lagi..masih lagi belajar dan mengkaji..Hati ini masih lagi tak puas dengan jawapan doktor..

"Ibu rasa nak bagi istilah apa yek untuk mata Nabila ni?Buta ke anak kita..Rasanya doktor tak cakap pun dia buta..Rabun pun jauh sekali..nurse yang check tadi pun kata dia tak rabun atau silau.."

"Ayah..ni semua berkaitan dengan otaknya..mungkin dia nampak cuma mesej tak sampai ke otaknya"

Dan tadi aku menitiskan airmata..abg kesat airmataku sambil berkata..

"Kita kena terima dan redha semua ni.Abg kalau boleh nak Ibu duduk dan jaga Nabila.Tapi apakan daya..gaji abg pun kecik..Nanti klu keje saje Nabila tak kenal ayahnya nanti"

"Apalah yang Nabila boleh buat nanti bila dah besar.Kalau lah ibu ni kaya..Ibu akan buat satu gimnasium untuk Nabila dan upah therapist untuk jaga Nabila..bagi exercise kat dia ..private..Nak antar PDK pun kena tgk gak tempat tu..macam kawan ibu ckp..dia gi PDK mana tah..ibu tak ingat..dia tgk anak2 CP dok terbaring kat lantai..sian la abg.."(teringat mama uwais-ameenah ckp ttg PDK)

Dan perbualan kami terhenti disitu..Tak guna menangis..!

Aku melihat wajah Nabila..teringat nurse2 yang puji Nabila cantik..hehe..dan abg cakap ada doktor kebetulan lalu sebelah kami masa on the way nak ke car park..doktor tu cakap perlahan aje..tapi abg terdengar.."comelnya".tu yang terkeluar dari mulut doktor itu..

Bukan nak bangga Nabila yang comel..tapi itu lah Nabila..biarpun ada kekurangan dlm dirinya..tetap cantik di mata sesiapa yang melihatnya..!

05 May 2009

Fisioterapi Lagi!






video

Assalamualaikum..Arini..petang tadi Nabila ke Hospital lagi..Appointment dengan Puan Suhana..Therapist untuk motor kasarnya..hehe..fisio la tuh..dan seperti kebiasaan..Nabila akan nangis..Mula2 nampak segalanya baik..siap senyum2 kat Puan Suhana..dan akhirnya..Nabila menangis..Bukan sebab sendi2 keras di tarik2..atau di paksa senaman..Rupa2nya nak tido..bertuah punya anak..tertidur masa Puan Suhana letakkan dia dlm keadaan duduk di riba Puan Suhana..aku hanya mampu menggelengkan kepala..emm..buat kojer tak abis!..Dan Nabila tido sampai tak sedar bunyi apa pun..tah tiba2 ayah Nabila nak amik serangga apa tah..halus2 (tak tau nama dia apa)..kat bibir Nabila..apalagi..bantai menjerit la Nabila bila tidurnya diganggu..tak syok betul..nangis tak henti2 lak tuh..terkejut kot!Ayah Nabila ni..geram pulak kita dibuatnya..Dah anak tu dah tak moh buat fisio..Tujuan bagi dia tido..nak bagi dia rileks sket..pastu leh sambung lagi..tapi dah di kaco moodnya..huhu..terapi dia pun dapat dlm 1/2 jam jer..huhu..penat jer ibu bawak Nabila..Tp Nabila tak nak bagi kerjasama..Lastnya..jam menunjukkan pukul 4.30..terus kemas2 ..balik..huhu.tak puas hati betul aku..dapat kejap sgt..Nabila..Nabila..

Pastu terus balik rawang..bawak gi Aniza Medical Centre..kasi cucuk sama Nabila..dan nampak ok selepas 2 mggu tertangguh sebab Nabila demam..huhu..penatnya...!Balik umah singgah MC D..makan dan pastu terus tido..Bagi mkn ubat demam..pasal rasa cam dah hangat sket badan dia..dan sekarang ni tgh tido..huhu..Ibu pun dah mengantuk..nanti sambung lagi..daaa!

04 May 2009

Sambutan Ulang Tahun Nabila dan Sarra yang pertama..

Ahad lepas (3/5/2009)..aku adakan majlis kecil-kecilan sempena menyambut kelahiran Nabila dan Sarra yang pertama..Sengaja aku dan ita adakan serentak..sebab kami berdua dah niat nak buat sama-sama sebenarnya..Dan akhirnya rancangan kami berjalan dengan lancar semalam..Alhamdulillah.. Sesudah bacaan doa selamat oleh salah seorang jiran aku..kami semua menyanyikan lagu 'hepi besday' pada dua orang kenit ni..comel sekali..dan aku jemput ramai kanak-kanak yang semuanya kanak-kanak dai flat umah mak aku ni..demi memeriahkan suasana..Dan kedua-dua anakku ini gembira sekali..
Majlis diserikan dengan kehadiran saudara mara aku dan jiran tetangga yang banyak membantu mak aku menyediakan semua juadah..hehe..mcm raya pun ada nih..Nabila yang sepatutnya demam aitu..terus sihat tgk ramai 'kawan2' nya datang..dan kawan baiknya..Sarra ada bersamanya..
Dan aku sangat2 gembira bila Jiey..mama pada Rayyan..datang majlis kami..Akhirnya kami bersua muka..Nabila dan Sarra..bukan main suka lagi bila Rayyan baring sebelah mereka..hehe..Sian juga pada Jiey dan suaminya..Suaminya baru pulang dari 'outstation' dan terus ke rumah aku..Thanks Jiey..maaflah..umah ina mmg tinggi..termengah2 naik ke umah mak ni..dan terima kasih untuk hadiahnya..hehe..bleh la Nabila berenang2 ngan kolam barunya..hehe..
Dan juga kawan aku masa belajar di Adtec dulu..Midah..juga datang bersama babynya..Aishah..dah tembam skrg..dulu masa pantang aku tgk kecik lagi..ni dah berat agaknya dlm 5 kg..kuat minum susu kata maknya...hehe..takpe nak..janji sihat...
Apapun segalanya berjalan dengan lancar..Meriah sungguh..Dan niat aku hanya satu untuk kedua-dua anakku..Moga mereka sentiasa sihat dan cepat-cepat sembuh..Dan rasanya Ita pun begitu jua..Kami cuma mengharapkan apa yang terbaik buat anak kami..Dan sekali nyawa aku di kandung badan..akan aku curahkan segala kasih sayang aku pada kedua-dua anakku ini.."Ibu sayang sangat Nabila dan Sarra..Ibu cium sket yek..muahhhhhhh...Selamat Hari Lahir Sayang.."

Nabila sedang bersiap sedia untuk besday nyer..sedang menunggu kembarnya..Sarra deboks!

Besday kek Nabila dan Sarra...yummy!


Kek dari ummisarra..sedapnya..ibu suka sangat..terima kasih acik ita..sayang plak nak makan!


"Sarra apa kabar?semalam Nabila kena balut lagi..sakit la Sarra..Cantik la Sarra pakai baju yang ibu Nabila beli..Legging yang ummi sarra beli pun cantik.Mesti orang geram tengok kita kan.." .Agaknya tu la dorang cakap2 kot..hehe..mana nak tau bahasa baby...


Ramai yang terkejut ngan 'kembar' kami..hehe..saje nak buat surprise kat makcik2 aku..semua terkagum sekejap la..hehe!

Ibu dan Ummi yang ceria!


Ready nak potong kek..hehe..!



Ian diapit oleh 2 gadis canti berbaju putih..hehe..Ian..pilih la yang mana satu..nak dua2 pun boleh jugak..Nabila pun mulala tuh..klu lelaki yang baring sebelah dia..gatai yek anak ibu ni...


Sarra yang tertido kepenatan..



Nabila pun sama tido..mmg kembar sungguh!



Nabila..dorang semua ni kenapa kerumun kat kita yek..tau la kita ni comel kan?


entah bisik apa lagi anak aku berdua ni..



Ian dengan Ummisarra..

Mama Ian dengan Sarra deboks...


Nabila dan ibu..punya la susah nak amik gambar si kecik ni..

*Gambar masa tengah potong kek tak cantik la dari kamera aku..emm..nak kena mintak kat ummisarra ni...

Wajah yang sedih..

Assalamualaikum..Minggu lepas Nabila ke Gedangsa lagi..Dan kali ini aku tak bercerita tentang Nabila..cuma aku nak tunjukkan ekspresi wajah Nabila saat dia selepas di balut..sangat-sangat sedih bagi aku..tapi apakan daya..semuanya untuk kebaikan dia..Selalunya aku tak berkesempatan untuk mengambil foto-fotonya..apatah lagi dengan ragam Nabila di dalam kereta..tapi kali ini..aku biarkan sahaja tangisannya..bukan tiada simpati tapi bagi aku "MENANGIS ITU BAIK"..ye..untuk jantung dan oksigen..tapi biar berpada..jangan sampai ehem..ehem..sawan sudah...!


masa ni kat umah Kak Raw lagi..emm..biasalah..kena ikat mcm tu sebab nak bagi dia berdiri..semua budak pun buat mcm tu..tak kira besar atau kecil..semua kena berdiri kat situ..sedih..mmg sedih..tapi semua untuk anakku jua..!


Masa ni kat dlm kereta..aku letakkan Nabila di car seat..sebab tangan aku naik lenguh sakit sebab dia lentingkan badan dia..dan menangis menangis dan menangis...


huhu..bukak la ibu..Nabila sakit nih...!Sabar yek sayang!



Nabila keletihan..tapi ini sekejap jer diam..pastu nangis balik..sampai dah terbukak pembalut kat kepala dia tu..emm..nak buat camner..tu untuk terapi minda dia..tapi dapat kejap jer..

video

Puas ibu pujuk..tak nak diam juga..huhu..ibu pun rasa kesakitanmu sayang!

*Pada mereka yang rasa sedih dan tak seronok dengan gambar-gambar ni..tak perlu la tengok dan rasa sedih..ina pun dah puas menangis bila Nabila lakukan terapi ini..tapi ini sahaja harapan ina dan juga harapan ibu bapa yang hantar anak-anak mereka di sini..dan ina akan lakukan yang terbaik untuk Nabila.dan kalian doakan lah segala usaha ina dan kawan2 lain yang senasib dengan Nabila akan terus menampakkan hasil..

*Lupa nak cerita..Kak Raw kata Nabila nampak semakin ok berbanding sebelum ini..aku mungkin tak perasan sebab setiap hari aku berada disamping Nabila.Dan Nabila telah 'kalahkan' ayah dan ibunya dengan tangisannya..Sangat mencabar bagi aku dan abg..Tapi sememangnya kami kalah bila Nabila menangis2 mahu di buka pembalutnya...Terapi ini sepatutnya berlangsung selama 4 jam..tapi kami dah 'kalah' dalam masa 2 jam 'bertarung' dengan Nabila..huhu..macamana nak baik ni sayang..takpelah..janji kita buat..Dan sesudah dibuka pembalutnya Nabila mengeluarkan bunyi 'huuuuuu'..mcm bunyi lepas segala beban padanya..sangat bijak..dan selepas ini dia tersenyum memandangku..lepas tu mula la bising mulutnya..cakap "huuu...huuu.."entah apa lagi tah..tapi bunyinya seolah2 mengomel yang aku dan abg bawak dia jumpa 'Acik Raw' yang suka balut dia..huhu..Nakal sungguh..Dan rasanya kesan dari Nabila mengeluarkan ekspresi bahasa nya adalah dari rawatan minda..Rasa aku lah....!

01 May 2009

Nabila di OCC...

Assalamualaikum..Selasa lepas (28/4/2009) aku ke Sg.Buloh lagi..kali ini ada appointment dengan OCC..Dan kali ini kali kedua kami ke situ.Jam menunjukkan pukul 3.10petang bila kami berada di kaunter pendaftaran.Lewat 10 minit..Dan kami terus menuju ke bilik pendaftaran dalam OCC untuk memberitahu kedatangan kami pada hari tersebut.5 minit kemudian seorang kanak-kanak keluar bersama ibu dan ayah serta adik kecilnya dari bilik rawatan.Mungkin baru selesai dan selepas ini giliran Nabila pula.Nama Nabila terus di panggil dan aku terkocoh2 masuk sebab Nabila meragam nak minum susu.

Therapist Nabila, aku masih belum mengenali namanya.Dari dialek bahasanya aku rasa dia dari Sabah..Dan orgnya baik.Lembut.Aku tak sempat ambil gambar2 Nabila kerana banyak perkara yang ingin aku tanyakan pada therapist tersebut.

Sesi terapi dimulakan..dan aku tahu di OCC Nabila sebenarnya masih awal lagi untuk melakukan perkara2 yang sepatutnya dia lakukan di OCC.Nabila akan lebih banyak tumpu pada rangsangan mata dan deria rasa serta pendengaran. Aku sengaja mendaftar Nabila awal di OCC supaya Nabila dapat lebih banyak latihan.Dan tambahan rangsangan yang dilakukan di rumah mungkin akan mempercepatkan proses dia untuk 'sembuh'..Therapist itu beri Nabila mainan untuk rangsangan matanya.Aku menyatakan yang Nabila akan ada appointment dengan Ophthalmology minggu hadapan. Sedang asyik aku lihat Nabila bermain dengan mainannya..Tiba-tiba seorang wanita masuk.Dan dia merupakan salah seorang bekas kakitangan di Jabatan Rehabilitasi di Sg.Buloh.Dan rasanya dia sekarang bertugas di Hospital Selayang.

Dia memandang Nabila terus berkata 'Microcephaly' ke?..

Dan therapist Nabila hanya mengangguk..

Kemudian mereka berbual2 kosong..

Aku bertanya pada therapist Nabila tentang 'Bumbo chair' yang aku nak belikan untuk Nabila nanti..Nak tanya pendapat..manalah tau mereka leh bagi pendapat yang bagus untuk aku.Malangnya mereka berdua langsung tidak mengenali kerusi tersebut..Puas la aku menerangkan rupa dan keadaa kerusi tersebut..Dan akhir sekali pendapat mereka...

"Baik awak letakkan Nabila di Car Seat..lebih bagus dah selamat..Sebab leher Nabila masih lagi dalam keadaan 'fair' untuk tegak..Lagipun mesti mahal kan kerusi tu"

Aku bertanya tentang Car seat yang jenis mcmana yang sesuai..Sebab aku ada 2 car seat kat umah..satu yang selalu aku pakai..dan satu lagi untuk Nabila bila dah besar skit..

"Bukan yang mcm baby punya tau..yang boleh duduk tegak tu..Lepas tu awak sandarkan kerusi tu kat dinding..takdelah Nabila jatuh sebab kan dia suka tolak badannya ke belakang.."

Dan aku faham..kerusi tu ada kat umah aku di Rawang..Nanti aku akan cuba praktikkan..

Dan aku bertanya bermacam-macam lagi dengan therapist dari Hospital Selayang tu.Sebab aku lihat dia mmg mcm nampak berpengalaman berbanding therapist di Sg.Buloh ni.

Tentang Microcephaly..Ya..Nabila mmg Micropcephaly..aku sememangnya dah lama tahu tentang itu..Dan aku sentiasa risaukan perkembangan tumbesaran kepalanya yang sangat2 lambat..Kali terakhir Nabila diperiksa ukur lilit kepalanya..semasa aku bawak Nabila ke Paediatrik.Tak silap mcm 2 minggu lepas..Dan ukurannya naik sedikit berbanding dulu..Naik yang tidak banyak..tapi cukup buat aku rasa bersyukur..sekurang2nya ada perubahan dari segi saiznya..

Disini aku masukkan apa yang di maksudkan dengan Microcephaly

Microcephaly is a medical condition in which the circumference of the head is smaller than normal because the brain has not developed properly or has stopped growing. Microcephaly can be present at birth or it may develop in the first few years of life. It is most often caused by genetic abnormalities that interfere with the growth of the cerebral cortex during the early months of fetal development. It is associated with Down’s syndrome, chromosomal syndromes, and neurometabolic syndromes. Babies may also be born with microcephaly if, during pregnancy, their mother abused drugs or alcohol, became infected with a cytomegalovirus, rubella (German measles), or varicella (chicken pox) virus, was exposed to certain toxic chemicals, or had untreated phenylketonuria (PKU). Babies born with microcephaly will have a smaller than normal head that will fail to grow as they progress through infancy. Depending on the severity of the accompanying syndrome, children with microcephaly may have mental retardation, delayed motor functions and speech, facial distortions, dwarfism or short stature, hyperactivity, seizures, difficulties with coordination and balance, and other brain or neurological abnormalities. Some children with microcephaly will have normal intelligence and a head that will grow bigger, but they will track below the normal growth curves for head circumference.

Is there any treatment?
There is no treatment for microcephaly that can return a child’s head to a normal size or shape. Treatment focuses on ways to decrease the impact of the associated deformities and neurological disabilities. Children with microcephaly and developmental delays are usually evaluated by a pediatric neurologist and followed by a medical management team. Early childhood intervention programs that involve physical, speech, and occupational therapists help to maximize abilities and minimize dysfunction. Medications are often used to control seizures, hyperactivity, and neuromuscular symptoms. Genetic counseling may help families understand the risk for microcephaly in subsequent pregnancies.

What is the prognosis?
Some children will only have mild disability. Others, especially if they are otherwise growing and developing normally, will have normal intelligence and continue to develop and meet regular age-appropriate milestones.

* bagi aku perkembangan otak Nabila sewaktu dalam kandungan amat baik sekali..dan aku teringat nurse di NICU mengukur lilit kepalanya tiap pagi dan mengatakan kepala Nabila semakin mengecil..Aku ketakutan..dan pada itu aku hanya mampu berdoa agar Nabila selamat..Bila pakar kanak-kanak memberitahu 'condition' Nabila yang agak teruk, aku dan suami telah bersdia dengan apa jua keadaan yang berlaku pada Nabila..Kasihan anakku...

* aku dan ita sempat berbual dalam YM tentang sawan..Nabila ada sawan..cuma aku tak dapat nak mengesan bila sawannya akan menyerang..dapat sehingga kini aku masih lagi berhati2..takut serangan sawan teruk.Ita ada berkata yang dia ke SJMC untuk mencuba buat rawatan untuk Sarra di sana..Nampak mcm ok..sesiapa yang buat rawatan kat situ dan terbaca blog ina boleh komen tak? Aku masih lagi memikirkan untuk meneruskan rawatan Nabila ke sg.Buloh atau tidak..memandangkan kurangnya pakar CP di Malaysia..aku rasa sedih sebab nasib anak2 yang sama dengan Nabila masih lagi tidak terbela..Kurangnya Pakar Neuro membuatkan aku rasa susah untuk aku dan kawan-kawan aku untuk mencari maklumat dan rawatan yang sesuai unuk anak kami..Dan yang aku geram sekali menurut kata Kak Raw..ada yang kata padanya yang anak-anak CP ni takkan pulih..Cetek sgt pemikiran mereka-meraka ini..Mungkin sebab tak kena pada batang hidung sendiri...!

Hadiah dari jauh..from Mama Sara..a.k.a QQ...

Assalamualaikum..emm..payah tul nak guna internet lately nih..pasal berebut ngan adik ..sibuk sgt ngan awek dia..!

Apapun...entry kali ini aku nak bercerita tentang seseorang..Salah seorang rakan alam maya aku..QQ..atau sebenarnya Siti Hajar..

QQ..sori tau..sebenarnya hadiah QQ dah lama dah sampai..adik ina tak bukak pintu masa posmen datang umah..plak tu ina kena tunggu 2 ari untuk amik kat pejabat pos..ni baru ada kesempatan nak masukkan dalam blog..apapun..Nabila mmg suka patung tu..ala-ala lembut..hehe..jauhnya hadiah ni datang tau..dari Melaka..terima kasih sgt2..Tak sangka sebenarnya..Pasal tetiba jer kan..Masa mula2 amik kat pejabat pos tu QQ tak tulis pun nick name dia kat kotak..pelik gak..rasanya takde kawan nama Siti Hajar..tapi ckp gak la kat pakcik posmen tuh..takpe..janji nama aku ada kat kotak tuh..Aku kelam kabut gak time tuh pasal kuar time rehat..pejabat pos tu jauh dari opis..so amik masa 1/2 jam gak nak sampai..Adventure sungguh!

Dan sampai jer kat opis terus bukak kotak..hehe..anak patung yang comey..geram lak ibu tgk..selongkar punya selongkar..jumpa kad..rupanya dari QQ..hehe..tersenyum sorang2 kat dlm kete..haha...


Inilah patung 'bear bear' yang Mama Sara bagi..comey kan..lembut..!

"Nabila nak kasi nama apa yek?leh picit tak hidung tu.Awak ni lembutlah.."Nabila dok cakap2 ngan bear tuh...

*terima kasih banyak2 QQ... :)

Musim Tag..dari Mama Afdni..

Salam..ni plak tag dari Afdni a.k.a mama Safwa..huhu..banyaknyer..ina try ok!

rules of tagged :

1) Use GOOGLE IMAGE to search the answers to the questions below.
2) then you must choose a picture in the first page of results, and post it as your answer
3) after that tag 5 people

here we go....

1.YOUR NEXT BIRTHDAY :

26 April 2010..Taurus...


2. Place I do like to travel :


insyaallah..klu ada rezeki,nak bawak Nabila sekali...


3. Favourite place :

hurm..pantai yang cantik..warna biru2 cmni..buat umah kat sini pun takpe..hehe


4. Favourite food :

tak kisah..janji halal & sodap!

5. Favourite thing :


baju baby..ahaks! pelik sungguh aku ni..tapi yang ni mmg aku suka..gila ngan baju baby..tapi Nabila nak dapat adik tuh..lambat lagi kot!haha!

6. My Nickname :

ina..atau pun yong...


7. Favourite Calour:


Purple kaler yang paling aku minat..comey!




8. My Love :


dah tentu kat abg dan Nabila..sayang bangat....!


9. Hobby :

Surfing Internet..merangkap suka update blog..hobi baru katakan..hehe



10. Wish List:



mahukan Nabila cepat2 sembuh..dan boleh berjalan..dan boleh berdikari sendiri..huhu..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...