16 July 2010

Kembali ke sekolah..

Sudah hampir seminggu Nabila tidak ke Tasputra. Dan semalam, akhirnya aku membuat keputusan untuk menghantarnya kembali di situ.

Tujuan hanya satu..mahu menghantar permohonan rayuan aku kepada pihak pengurusan Tasputra. Dan juga tidak mahu menyusahkan mak. Kesian pada mak yang susah payah jaga Nabila. Lama-lama nanti..pasti Nabila akan ke sekolah juga. Adalah lebih baik aku biasakan Nabila dari awal.

Pagi tadi, semasa aku menyiapkan Nabila..sekali lagi aku berpesan padanya. Sama seperti semalam sebelum ke PDK. "Nabila baik-baik kat sekolah . Hari ni Nabila pergi Tasputra.Tak mau nangis-nangis. Nabila kena pandai bawak diri. Kalau tak nanti orang tak suka kat Nabila. Nabila rajin-rajin wat exercise yek. Nanti Nabila cepat baik.."

Dan sewaktu di dalam kereta tadi..terdengar Nabila cuba berbicara dengan aku..

" uuuuwuuu..aaaaa...buuuuuu...aaahhhh..awuuuuuu.."

Hehe..kembang kempis hidung si Nabila ketika itu. Nak tergelak pun ada tengok dia dalam kereta. hehe...

Sampai saja di Tasputra, senyap je Nabila. Mata meliar melihat sana sini. Aikkk..lupa ke anak ibu nih? Dan kemudian..Nabila tersenyum. Hurm..mood tengah baik. :)

Beberapa orang kakitangan Tasputra menyapa aku. Hampir seminggu aku tak menghantar Nabila. Aku menceritakan masalah aku pada mereka. Mereka mengangguk faham dan lantas aku memberikan surat aku kepada salah seorang dari mereka.

Harapan cuma satu. Mahu Nabila dapat yang terbaik di situ. Mahu Nabila meneruskan perjuangannya di situ. Agak sukar, namun terus..dan terus melangkah. Pergi Nabila..teruskan perjuanganmu di sini. Ibu akan sentiasa menyokongmu..!

p/s: Semalam bertanya pada pihak pengurusan. Untuk cuti separuh gaji. Aku sudah maklumkan perkara ini kepada Ketua Seksyen aku dan juga semua rakan-rakan di pejabat. Nampaknya semuanya green light. Dan rasa macam sudah berkira-kira untuk mengambil cuti selepas Raya Puasa nanti. Selama sebulan. Harapnya semua berjalan lancar..Amin..:)

7 comments:

eRaY said...

nabila anak yang baik
insyaallah dia ingat pesan noina

eray doaakan segala yang terbaik utk nabila :)

MeMoRi Di HaTi said...

mama nabila, see..nabila kan dah pandai..insyallah, dia anak yang tak akan membiarkan mama dgn papa dia sedih..dia akan berusaha..mama nabila kena bagi sokongan kat dia berterusan, jgn putus asa utk dia, sb kanak2 ni tahu bila mak ayah mereka putus harap paa mereka..chaiyok nabila!

ieda said...

moga ina berjaya dapatkan cuti tu..amin.

Noina said...

eray: Amin.. Insyaallah.. :) Terima kasih eray

Noina said...

mamanurin: huhu..harap2 perkara yang baik akan berterusan kan..seronok bila tgk anak berubah sikit demi sedikit..nampak juga usaha..rasa berbaloi2..hehe..

Noina said...

kak ida: Insyaallah..surat dah buat dah kak..cuma tinggal nak lampirkan dokumen sokongan je.. :)

ibuayu said...

nabila suka dah ye nak ke sekolah..
Ina : apapun keputusan yg diambil pastikan ia bukan kerna hati dan perasaan diri sendiri sahaja tapi juga suami kita. Semoga ina berjaya ye...sayang nabila..

Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...