28 July 2010

Mencuri masa..

Semalam pulang saja ke rumah, aku terus mencapai Nabila. Kata mak,sepertinya Nabila tak sihat lagi semalam. Mujur juga mak berikan ubat demam pada Nabila semalam.Nampak Nabila ceria sedikit berbanding pagi itu.

Sejak kebelakangan ini,kami sering pulang lewat. Aku akan menunggu waktu maghrib dan solat dahulu sebelum pulang. Risau pula jika pulang waktu maghrib.Lebih-lebih lagi jika melalui hutan rimba templer. Berdoa sentiasa agar perjalanan kami berdua sentiasa selamat. Bukan tiada orang yang melalui jalan itu.Ada. Banyak. Cuma mahu lebih berhati-hati.

Dan sampai saja di rumah, aku terus mengulit bersama Nabila. Bermain bersama sambil tangan tak henti-henti merangsang segala derianya. Nampak Nabila gembira dan ketawa tatkala aku memegang tangannya sambil mengajar Nabila bermain rock-a-stack. Sungguh mencabar untuk aku dah Nabila kerana sudah hampir 3 bulan aku melatihnya menyusun dan memasukkan bentuk-bentuk donut itu ke dalam tiangnya. Sewaktu mula-mula Nabila belajar dulu,tangan Nabila memang sukar dilentur.Pabila kerap dilakukan,tangannya mulai lembut dan mengikut tangan aku untuk bermain .

Kadang-kadang aku rasa ralat kerana tak dapat melakukan segala aktiviti Nabila pada waktu malam.Sehinggakan tak sempat mandi dahulu kerana mengejarkan masa untuk terapi. Aku juga takut Nabila tertidur awal jika aku sibuk dengan hal-hal lain. Aku mengharapkan segala yang ku lakukan dapat menampung setiap minit yang dibuang sepanjang hari.

Namun kadangkala aku hanya merancang. Bila melihatkan Nabila keletihan,aku tak sampai hati untuk melakukan segalanya. Nabila juga letih kerna di sekolah dia telah melakukan pelbagai perkara. Aku hanya meringankan aktiviti seperti memberinya menonton CD Magic English dan menonton CD lagu kegemarannya.

Andai masa dapat dipanjangkan,bermacam yang mahu dilakukan. Aduh..setiap malam sentiasa mengejar masa.Setiap saat sangat bererti buat Nabila..

p/s: mau dowload video Nabila sibuk berborak. Kembang kempis hidungnya.hehe.. Tpi biasalah aku uodate guna phone ni. Tak tau camner nk upload video tuh. next entry la yek..

6 comments:

Naimatul Hafizah Nor Rodin said...

bentuk donat tu, sofie pun ada ina. sofie dah pandai masukkan dlm tiangnya, cuma tunggang langgang lagi tak ikut susunan....

iCaLoVeZiE said...

transfer le kat pc. pastu upload. tak sabo nih! hehe

Noina said...

kak fiza: huhu..nabila still lagi belum menguasai skili itu..hurm.. bila dah ada problem mata..mesti kena asah skill banyak kali..

Noina said...

Ica:hehe..nanti yek..next entry.. :)

A.I said...

Kau dah berusaha lakukan yg terbaek utk dia Na. Insyaallah, ada HASILnya nnt (^_^)

Noina said...

kak Ai: huhu..tak cukup la kak..harap2 la kan kak.. thanks kak.. :)

Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...