09 February 2011

Andai ibu tahu apa yang kamu tangisi....!!

Ya Allah..Saya dapat rasakan bahang tekanan perasaan hari ini. Kesabaran ini tercabar dengan kerenah Nabila. Bisikan syaitan senantiasa mahu saya memarahi anak itu..namun apakan daya Nabila..bukan kehendak dia untuk menangis begitu..!! Jauh di sudut hati semahunya saya tak mahu melihat air matanya jatuh...Setitik pun!



Seperti yang sedia maklum..Nabila demam sejak hari Khamis lepas. Demam yang sentiasa on off membuatkan saya sentiasa berjaga-jaga. Menjelang malam, badannya panas. Siang nampak elok, namun moodnya masih 'ribut taufan puting beliung'.

Dan semalam memang upacara kemuncaknya! Nabila menangis tanpa henti. Dan sepanjang jalan dari rumah mak ke Rawang dipenuhi dengan tangisan. Mujur juga jalan tak sesak, namun tangan dan mulut ini tak henti-henti memujuk anak yang hatinya sedang bergelora. Ya Allah, doa saya janganlah Nabila berkeadaan seperti dulu. Masih ingatkah kalian tentang entry ini ? Serius saya tak mahu ianya berlaku lagi. Ianya sangat menyesakkan dada!!

Dan malam tadi, Nabila mula menunjukkan taringnya. Tidur sedari jam 8 malam dan bangun pada jam 11 malam. Mata ini baru saja mahu lelap, sudah terdengar tengisan si kecil ini. Cuba memujuk, namun gagal.. Matanya sukar di lelapkan kembali..Lama-kelamaan Nabila senyap. Rupanya dia dah tidur kembali...

Dan pagi tadi Nabila bangun sewaktu ayahnya pulang dari kerja. Matanya bulat..Sepertinya dia pelik kerana dia masih belum siap dimandikan untuk ke sekolah. Hari ini Nabila ada appointment dengan doktor peadiatrik. Dan sewaktu saya menyiapkannya, Nabila menangis tanpa henti. Mungkin dia ingat saya menyiapkannya untuk ke sekolah. Berulang kali saya katakan pada Nabila yang dia akan berjumpa dengan doktor, bukan pergi sekolah....!!

Saya dan Abg sepertinya mula merasai tekanan itu. Mendengar Nabila menangis membuatkan hati kami berdegup laju. Sesak nafas ini. Banyak mata yang memandang sewaktu kaki ini melangkah ke ruang pendaftaran. Tangisannya memenuhi segenap ruang dalam klinik. Saya terus saja menolak Nabila keluar sementara menanti giliran dipanggil . Dan selesai di pendaftaran, masuk ke klinik..tangisan Nabila masih lagi tak berhenti. Saya dan Abg hanya berdiri di depan pintu masuk. Tak mahu ke dalam kerana risau mengganggu bayi lain dan perents yang ada di situ. Bukan gangguan apa pun..ganguan bunyi jer..huhu..

Tentang temujanji bersama pediatrik..bakal saya ceritakan pada entry seterusnya. Banyak perkara yang kami perkatakan tentang Nabila...

Berbalik pada perihal Nabila.. Sepanjang berada di hospital..tangisannya sememangnya sukar dihentikan. Sehinggakan saya berkata pada Nabila..

" Adik, sudahlah tu dik..tak penat ke memangis nih..ibu dengar pun penat tau..letih menangis nih..."

Dan laungan lebih kaut kedengaran. Sepertinya dia faham kata saya. Andai ada perkara yang akan berlaku pada Nabila selepas ini, saya terima. Saya tahu setiap kali Nabila 'buat perangai' pastinya sesuatu yang akan berlaku pada Nabila. Selalunya yang baik. Dan saya cuba untuk berfikir positif. Tak pe..sabar itu separuh dari iman. Saya harus sabar dengan apa yang telah Allah berikan pada saya kali ini. Saya tahu pasti ada manisnya setiap apa yang berlaku pada Nabila.

Dan ketika entry ini di taip, Nabila sedang tidur nyenyak.. dan sempat mengambil gambar ini..

~Sengaja di juntaikan kakinya..dan ketika itu aku ternampak Nabila tersenyum~



Saya masih berkira-kira untuk ke pejabat esok. Suhu badan Nabila masih lagi 38 darjah. Dan tadi doktor memberikan ubat demam baru untuk Nabila. Ubat yang kedua. Dan harapnya demamnya akan kebah..

6 comments:

Azma said...

Aduhh... senak kepala kan bila jadi camtu. Kalau akak mesti dah hangin satu badan. Smg kesabaran sentiasa menjadi kawan baik ina ye.. Jgn jadi cam akak ni..huhu..

Min said...

hang in there ina... be strong!

mamasoffy said...

Salam..

Nabilah sayang..cepat la sembuh ya...

nuyin2u said...

moga nabila cepat sembuh

Ibu Arif Atan said...

Nabilah... cepat sembuh ya, ibuarif sentiasa doakan nabilah... jgn nangis2...

Bicara hati ibu aisya said...

Moga cepat sembuh nabila sayang.xmau nangis-nangis yeh

Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...