Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

11 February 2011

Ibu cengeng hari ini!!!

Ini status di FB hari ini...

"Kesabaran diuji lagi hari ini..Sabar..sabar dan terus sabar..."

Benar! Kesabaran ini diuji lagi. Dan agaknya entah berapa kali saya menangis. Melihatkan perilaku Nabila sangat menguji kesabaran ini.

Entah serba tak kena pada hari ini. Pada awalnya saya menyiapkan Nabila untuk ke sesi fisioterapinya. Temujanji pada jam 8.30 pagi. Dan semahunya saya tidak mahu lewat pada temujanji kali ini. Sudah menyiapkan Nabila, mahu menggosok baju kurung pula, Nabila dah mula buat hal. Menangis tak henti-henti. Dalam buai pun tak mahu tidur. Padahal saya tahu matanya memang mengantuk sangat ketika itu.

Puas memujuk dan sudahnya saya mengambil keputusan untuk tidak ke pejabat hari ini. Sebab tiada siapa di rumah mak dan kalau ditinggalkan di sekolah sudah pasti haru biru lagi. Jangkaan saya tepat. Rupanya Nabila masih lagi mahu menguji saya.

~tangisan ini..~

Entah berapa kali hati ini 'panas' melihatkan Nabila yang merengek. Bagai setan merasuki jiwa, hinggap juga se'das' dua tangan ini ke punggung Nabila. Menjerit sakit anak itu..dan kemudian, saya menangis sama bila Nabila menunjukkan rasa sakitnya. Merajuk. Ya Allah...apa yang dah saya buat!!!!

Kesabaran di tahap puncak..dan kasihan abg. Beberapa kali saya mengejutkannya supaya membantu untuk memujuk Nabila. Serius..kalau tak, rasanya mungkin kesabaran akan terbang melayang nanti...

Abg cuba memujuk. Dan saya berkata pada Abg supaya mengikuti langkah yang telah dikatakan oleh Kak Ieda, mama Nabila. Hampir berjaya, namun rontaan Nabila mulai kuat kembali. Dan saya terus membawa Nabila keluar dari rumah. Cuba berbuai di luar rumah..dan tiba-tiba kata Abg, mahu mengajak saya membeli makanan di luar. Ya, saya tak sempat untuk melakukan sebarang kerja rumah hari ini. Rumah tunggang langgang dek kerana cuba memujuk Nabila sepanjang hari.

Kami singgah sebentar di kedai ikan..dan membeli ikan baru untuk akurium kami. Dan Nabila senyap ketika berada di dalam kedai ikan. Dan pabila kaki ini melangkah keluar dari kedai..Nabila mula menangis semula.

Selesai di kedai ikan, kami terus pulang dan Abg memulakan operasi membersihkan akurium..sementara saya, memandikan Nabila. Sewaktu Abg sibuk mencuci akurium di luar, datang jiran yang menegur Abg. Katanya dia terdengar suara Nabila menangis sepanjang hari. Dan suara Nabila sayu saja kedengaran di rumahnya. Aduhai...!!!

Dan sewaktu entry ini di taip, saya lihat mood Nabila mulai baik. Sedang menonton TV dan bermain seorang diri. dan sempat mengambil gambar ini..

~nampak tak mulut Nabila ternganga..dia tgh ketawalah tuh..~

Saya dudukkan Nabila..dan bermain dengannya. Saya nyanyi lagu "Tepuk amai-amai" . Nampak muka dah mula nak senyum..tapi senyuman tak selebar selalu. Mungkin masih marah lagi..

Dan saya memanggil nama Nabila..di telinga kanan dan telinga kiri. Telinga kanan, cepat saja dia berpaling ke kanan.Dan memandang tepat ke arah saya. Saya cuba sebelah kiri pula. Agak lambat namun kepalanya berpusing dan menjeling ke arah saya. Dan saya nampak anak matanya tepat memandang ke arah saya. Tidak juling dan tidak merata-rata bebola matanya. Sangat tepat!!..Dan ketika itu air mata ini tumpah lagi..syahdu bila melihat momen tadi. Jarang benar dia memandang tepat ke arah mata ini..

Benarlah, hari ini rasanya saya memang banyak menangis hari ini..entahlah..hal anak..memang sayu!!

p/s: Moga esok Nabila kembali tersenyum semula..Amin.

4 comments:

Mamanurin said...

dia kepenatan agaknya inam kepenatan yang takmampu dia nak bagitahu kat ibu dia..tapi dlaam dia menangis, dia pasti berikan another news kat ina kan..dia belajar sesuatu yang baru.mungkin dgn menangis, urat-urat mata dia tak tegang lagi, dannabila dapat fokus mata dia pada ina..hahaha mama macam doktor dah..nabila good girl la ibu.

senyumm said...

sy bangga dgn akak,akak penyabar orgnye..ade ank jiran sy dh umur 12thn mcm nabila jugak dlu..tp umi dia sabar mcm akak,jmp pakar sne cni..alhamdulillah skrg dh blh jln w/pun blm sempurna.. plg srnok,sy tgk die pandai pakai kasut sendiri..lambat tp die ttp usaha..sy doakan segala kebaikan utk nabila,insyaALLAH

Qastalani® said...

(sy baca pun rasa syahdu!)

Sedebuk aksesori wanita untuk yang bertuah. Mudah aje pun nak join Giveaway nih. Meh le~

Bicara hati ibu aisya said...

Alahai..kenapa kamu menangis anakku?Moga segera pulih ye nabila sayang.xmau nanes2 lagi.sian kat ibu.nabila kan good girl.

Ina, kuatkan semangat..tingkatkan kesabaran, insyaallah pasti ada hikmahnya nabila begitu. Tengok, dia dah tunjukkan satu pencapaian yang bagus kan?

Doa dari ayu sentiasa utk ina dan nabila agar segalanya dipermudahkan.