Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

15 February 2011

Kenapa kaki ni dik..?


Ya Allah, hanya Tuhan saja yang tahu perasaan saya pagi tadi sewaktu memandikan Nabila. Serius!! Saya terkejut sangat-sangat.

Semalam memang tak perasan kaki Nabila jadi begini. Kerana memakai seluar tidur dan tak nampak di bahagian luka tersebut. Dan petang semalam pun, mak yang memandikan Nabila selepas dia pulang dari sekolah. Pulang saja dari rumah, Nabila tertidur di dalam kereta. Dan saya angkat Nabila terus letakkannya di dalam bilik tidur kami.

Dan saya mengagak sesuatu. Semalam sewaktu di pejabat, sekolahnya menelefon saya. Dan memberitahu Nabila menangis lagi di sana. Saya bertanya andai mahu mengambil Nabila ke sekolah atau tidak. Mereka kata tak perlu cuma mahu memberitahu saya tentang perihal Nabila di sekolah. Saya dah mulai tension. Dan hati ini sepertinya berdegup kencang. Apakah yang berlaku pada Nabila? Setahu saya, Nabila dah ok. Dah tak menangis seperti minggu lepas.

huhu...ibu tau mesti pedih kan adik..sakitnya...!! Perit la ibu tengok kaki tu... :(

5 comments:

ieda said...

melecet kulit...macam terseret something.mungkin sb tu dia menangis masa kat sekolah.esok ina pi sekolah tanyalah depa elok2.
nabila pun pernah juga ada luka kat dada...esoknya akak tanya cikgu.rupanya dia kopek sendiri parut demam campak sampai berdarah.so sekarang ni cikgu dia akan cerita dulu apa2 yg jadi kat sekolah sebelum akak tanya.

Min said...

sian nabila... moga cepat sembuh ye sayang...

Miss Fadhilah said...

ala sian nabila...moga cepat smbuh ye syg..kalau kena kt kita pon sakit nikn pula budak kecik m nabila...

Bicara hati ibu aisya said...

iskk..kita yang tengok ni pun terasa pedihnya apatah nabila yang menanggungnya.Kesian kamu wahai anak.Nabila budak kuat kan?xmau nanes2.

Ina, nanti tanya cikgu sekolah dia naper kaki nabila leh melecet camtuh.

NrlAidaHml said...

kesian nabila..sedih pulak tgk..nanti ibu letak ubat yer dan semoga luka nabila cepat sembuh...