Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

25 February 2011

Andai ibu dapat memberi mata ini untukmu....

Kebelakangan ini saya sering berfikir. Tentang penglihatan Nabila. Bagi saya, ianya sangat penting untuk si kecil ini untuk terus maju. Pelbagai tanggapan negatif muncul dibenak saya. Saya cuba tepis, namun kadangkala gagal!

Andai mata cantik itu boleh melihat keindahan alam, alangkah indahnya.
Andai mata cantik itu boleh melihat wajah kami berdua, alangkah bahagianya.
Andai mata cantik itu dapat digunakan sebaik-baiknya untuk perkembangannya, alangkah baiknya.

Saya sayu pabila terserempak dengan orang buta melintas jalan. Atau orang buta sedang berjalan perlahan di kaki lima. Dan jangan tak tahu, setiap kali cerita Hani (TV3 setiap selasa 9.00 malam) saya akan menangis melihatkan pelakon yang bernama Ummu Hani sedang melakonkan watak sebagai orang buta. Saya sedih. Dan ketika itulah saya ternampak Nabila.

Saya sering berfikir, andai Allah meminjamkan penglihatan yang baik untuk Nabila, sudah pasti dirinya berkeadaan lebih baik lagi. Malah mungkin juga perkembangannya kini boleh dibanggakan.

Andai diberi pilihan, mahu saja saya berikan mata ini kepadanya. Saya sudah puas melihat dunia ini. Saya mahu Nabila menikmatinya pula. Namun apakan daya saya...

Saya berdoa dan terus berdoa untuk deria yang satu ini. Mohon agar anak ini diberi peluang untuk melihat. Dan mahu anak ini terus berjuang. Untuk dirinya......

~Mata yang sangat cantik~

p/s: saya takut untuk ke HSB Isnin ini. Setelah sekian lama menunggu..Nabila akan diperiksa sekali lagi oleh optometrist. Harapnya segalanya baik dan lancar..Tiada berita yang membimbangkan saya dan Abg..Amin..

8 comments:

Fysa Ismail said...

insyaallah..moga nabila daapt melihat dengan baik kemudian hari...

Alin Marlini said...

Saya jugak sedih melihat citer Hani tu sbnrnya..kerana anak saya jugak dalam peroses pemulihan kaki akibat kemalangan. Bila sy lihat citer tu pasti sy sedih sgt..sb dr manusia normal mungkin mejadi cacatkan. Begitu juga bakal berlaku pd anak saya (menurut kata doktorlah). Tapi saya selalu berdoa agar dia boleh berjalan seperti sediakala. Saya juga hampir menitis air mata ketika menulis kata2 ini pd awak. Beban awak lagi berat dr apa yang saya tanggung rupernye..Semoga Allah memberi sinar cahaya buat adik nabila.

Anonymous said...

dulu mase akim kecik2 pun mcm tu..skrg pun matanya kena betul2 fokus kalau nak tengok sesuatu..

jgn pikir bkn2..akak doakan nabila sihat sentiasa :)

Kamsiah yusoff said...

salam
didoakan adik Nabila dalam perlindungan ALLAH sentiasa...tabahkan hati ya

LYAfrina said...

insyallah...
segalanya akan dipermudahkan..
tapi .. walau apapun y berlaku.. kita harus meredhainya... insyallah... ada hikmah di kemudian hari

Bicara hati ibu aisya said...

Amin.
Insyaallah..moga segalanya dipermudahkan buat nabila..

ieda said...

ina..insyaAllah bila nabila makin besar otot2 matanya jadi lebih kuat & penglihatan dia lebih baik.

CuppyCakeMommy said...

saya aminkan banyak2..

btw..theres educational toys for ian at my blog..do cekidout it ok