Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

19 February 2011

Perjalanan yang penuh dengan tangisan!!

Maaf kerana kesekian kalinya, sejak kebelakangan ini, entry berkisar tentang Nabila menangis. Sudah tentu semua yang membaca bosan dengan entry Nabila dengan 'perasaan syahdunya'. Huhu....

Sudah dua hari tangisan Nabila berkumandang di pagi hari. Entah kenapa pagi-pagi sudah syahdu! Bukannya nak dihantar ke sekolah pun. Hanya ke rumah nenek pagi tadi.

Serius saya katakan, andai kalian di tempat saya, sudah tentu stress di waktu pagi. Dengan keadaan jalan yang sesak, perjalanan yang jauh..(hampir makan masa 2 1/2 jam ke pejabat) dan tangisan si anak membuatkan saya hampir separuh gila di dalam kereta.

Jika dulu, Nabila begitu suka untuk menaiki kereta. Pagi-pagi dia sudah tahu waktu untuk saya ke pejabat. Senyap berada di dalam car seat nya! Sangat baik di dalam kereta. Dan pandai bermain sendiri. Kadangkala saya terdengar Nabila mengeluarkan bunyi-bunyi tertentu..

"buuuu...aaaaa...woooo.."

Kadangkala saya menyanyi. Hehe.. memang kelakar la dalam kereta sempat lagi nak berkaraoke..Tapi yang dengar hanya saya dan Nabila sahajakan. Tak kisahlah bunyinya sumbang mambang. Janji hati ni lepas stress menghadap jalan sesak di Kuala Lumpur ini. Dan bagusnya adalah, Nabila juga turut membunyikan suara sewaktu saya menyanyi. Sangat comel!!

Namun kini, saya amat rindukan suasana begitu. Rasanya sudah lama kami berdua melakukan perkara demikian. Semenjak saya pulang dari Sabah dan Sarawak tempohari. Dan sukar benar untuk melihat si kecil ini tersenyum!

Dalam hati terus berdoa..Berikan senyuman Nabila kepada saya. Saya amat merinduinya...!!

6 comments:

Kasih Ibu Arif said...

Tak pernah bosan dengar cerita nabila!!!

Azma said...

Auntie harap smg senyuman dan keceriaan nabila cepat bertandang semula..kesian ibu tau sayang...

produk ococ said...

sabarlah, samada nabila tak sihat atau tak selesa...hmmm bagi mainan ? atau pasang cd ngaji ? atau pasangkan kartun bg dia tgk..

ieda said...

ngapalah gamaknya dgn nabila ni????akak yg membaca ni pun jadi buntu..ina cuba tak bawa ke mana2 ustaz yg ada..bglah dia doa2kan sikit...usaha saja.

Anonymous said...

sedehnya saya baca coretan noina ni... tabahkan hati ye

Bicara hati ibu aisya said...

Alahai..mengapa dengan kamu wahai anak?Kesian pada nabila begitu juga ina.Sabar banyak-banyak ye ina.
Ina, apa kata cuba usaha apa yg k.ieda cakap tuh.Kita usaha jer..mana tahu ada jalan dan penyebabnya nabila jadi camtuh.
Semoga dipermudahkan.