Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

02 February 2011

Tepuk amai-amai...

" Tepuk amai-amai belalang kupu-kupu
Tepuk Nabila pandai siang malam upah susu
Susu lemak manis santan kelapa muda
Nabila jangan menangis ibu nak buat kerja.."

Lagu yang sering kunyayikan untuk Nabila. Sangat klasik!!

Sedari dulu aku mengajar Nabila bertepuk tangan. Pada awalnya keras bila kedua tangannya disatukan. Namun, bak kata orang, latihan berulang kali untuk anak brain injured ini pasti akan membuahkan hasil. Cuma kesabaran dalam diri ini perlu ditingkatkan lagi.

Sememangnya aku bukanlah penyabar orangnya. Namun, bila memikirkan kondisi Nabila itu, membuatkan aku cuba menguatkan diri. Dan sentiasa ingat hasil usaha sahabat ini. Jiey Mama Rayyan selalu menjadi sumber inspirasi aku. Aku selalu mengingati setiap keazamannya demi Rayyan.

Kebelakangan ini aku menyedari tangan Nabila sentiasa berpegangan antara satu sama lain. Dan pabila aku menyanyikan lagu tepuk amai-amai, Nabila cuba memegang tangan kanan dan kirinya seolah-olah seperti mahu bertepuk tangan. Dan semalam, ianya lebih nampak ketara. Mak juga perasan tentang perkara itu.

Tanpa aku sedar, air mata ini bergenang bila melihatkan telatahnya itu. Sayu namun aku gembira. Sekurang-kurangnya Nabila cuba melakukan sesuatu yang telah ku ajari dulu. Biarpun orang kata ianya hanyalah pencapaian kecil..namun aku gembira sangat. Bukan mudah untuk seorang anak brain injured melakukan perkara sedemikan rupa.

Alhamdulillah..Dan semalam, aku mencari sesuatu untuk Nabila. Aku cuba mencari toys yang boleh membantu dari segi skill motor halus. Dan sampai saja di rumah aku terus mencuba permainan tersebut untuk Nabila. Pada mulanya tangan keras dan agak sukar untuk membantunya memegang bola-bola tersebut. Dan berulang kali kucuba, akhirnya tangannya sudah mahu mengikut rentak permainan tersebut.

Permainan yang mudah. Bola-bola dipegang dan diletakkan di dalam bekas yang disediakan. Dan selesai bermain, puji-pujian ku berikan padanya sambil bertepuk tangan. Mulanya mulutnya muncung panjang, dan setelah 2-3 kali dipuji, Nabila tersenyum lebar. Anak ini sudah pandai!, bisik hatiku.

Dan hati ini akan cuba dan cuba lagi berusaha untuk anak ini. Moga perjalanan anak ini dipermudahkan. InsyaAllah..Amin..

8 comments:

Unknown said...

Yang penting kene rajin kan Ina..?rajin melayan ngan pelbagai kaedah...tp Nabila bijak...

ieda said...

practice makes perfect...good for u nabila...rajin2 berlatih ok...

Min said...

indeed! she is getting clever and clever each and every day...! Alhamdulillah!

Yasmin Nabilah.. said...

nana: betul..pastu slalu repeat yang kita buat..klu anak normal..ajar skali dah terus pandai..hurm..anak2 brain injured ni mmg perlu banyak kesabaran...

Yasmin Nabilah.. said...

kak ieda: betul kak..insyaAllah..moga2 terus dan terus lagi belajar.Amin..

Yasmin Nabilah.. said...

Kak Min: Alhamdulillah..pun dah pandai ngelat juga...hehe..

Azma said...

Ina, anak2 CP ni sebenarnya pandai. Boleh berfikir dan berkeinginan meluahkan perasaannya. Cuma, kekurangan yg dimilikinya menyukarkan semua proses itu. Ina usaha la ye..insyaAllah..jgn cepat jemu, sabar selalu..good luck kay!

Yasmin Nabilah.. said...

Kak Azma: InsyaAllah..betul kak..dorang memang bijak kan.. :)