06 February 2011

Sawan & Demam? Obatnya jalan-jalan....

Semalam aku tak sempat mencoret apa-apa di dalam blog tentang Nabila. mahu bercerita lanjut tentang kisahnya semalam..namun terbantut kerana sibuk memantau suhu badannya...

Dan aku tepekkan semalam status ini di facebook..

"Pelik dengan Nabila hari ini. Asik tido..dan nampak badan dia lemah skali..Tadi rasanya dah 5-6 kali mulutnya kuarkan buih..mata tu celik..tapi mcm separuh sedar..Sawankah?Ya Allah..takutnya..Ni baru lepas muntah..pastu tidur lagi..Makan minum pun tak nak..napa ni dik...??"

Risau..Memang risau..Pada mulanya aku tak perasan Nabila sedang demam.Sebab badannya tidak menunjukkan tanda-tanda demam. Cuma Nabila nampak lemah sekali. Tak mahu bermain seperti sediakala. Dan aku pada awalnya membiarkan Nabila tidur. Dan dalam fikiranku, mungkin Nabila tak puas tidur malam itu.

Dan kemudian, Nabila seakan tersedar dari tidurnya. Matanya celik, namun air liurnya berbuih. Dia seakan tegang dan cuba untuk mengawal air liurnya..Puas aku tepuk Nabila supaya sedar..dan hampir 30 saat, Nabila sedar kembali, dan kemudian melelapkan matanya semula. Dan kejadian ini berlaku berulang kali sedari tengahari sehinggalah jam 6 petang.

Hatiku risau usah ceritalah..Dan berat hati ini mengatakan ianya serangan sawan. Tak silap aku ianya pernah berlaku dulu..namun dek kerna ceteknya akal ini, aku tak mengambil berat akan hal itu.

Dan setelah ianya terjadi hampir 5-6 kali..dan bila Yani Mama Sofea menyuruh aku memeriksa suhu badannya, barulah hati ini tergerak untuk ambil jangkasuhu..Dan..MasyaAllah..Suhu badan Nabila menginjak ke 39 darjah. Serius..Badan Nabila memang tak panas sangat time tu..Dan terus aku dan Abg membawanya ke klinik..

Bila sampai di klinik, aku menceritakan pada doktor tentang Nabila. Dan katanya..

"Hurm..biasalah budak macam ni memang slalu kena sawan..."

Aduhai tuan doktor yang sangat BUDIMAN! Kalau kau cakap perlahan pun aku dengar ok! Huh! Memanglah budak brain injured cam Nabila ni memang biasa kena sawan..tapi boleh tak kau jangan jawab gitu. Aku dah la tengah susah hati..Bleh pulak kau layan acuh tak acuh jer.Huh! Mana perginya tanggungjawab kau sebagai doktor. Aku rasa doktor kat Malaysia memang patut kena pegi kursus cara melayan pesakit dan penjaga. Bagilah ayat yang menyenangkan sikit..Ni ayat nak buat orang sakit hati lagi adalah!

Serius! Aku tension tentang hal itu..Dan malas nak fikir panjang..terus saja aku melangkah keluar..!

Dan malamnya, suhu badan Nabila masih belum turun..Panas namun Nabila tak merengek. Baik benar dia malam itu. Tidur pun nampak tenang. Cuma jam 4 pagi, setelah terasa dirinya sudah kembali sihat, mulalah mengajak ibunya bermain pagi-pagi buta nih. Huhu..layankan saja..Kejap kat tingkat atas..kejap kat tingkat bawah..dan sudahnya, Ayah Nabila mengejutkan aku subuh pagi itu. Aku terlena di ruang tamu, manakala Nabila di dalam buaian.

Dan paginya, sepertinya Nabila sudah kembali pulih. Dan sempat mengambil gambarnya bermain di tengah rumah tadi...

~tengah tengok TV..cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah..hehe~

Dan ini pula..sewaktu tengahari tadi..

~main tepuk amai-amai~

~main kayu kayan nih..konon-konon macam kusyuk jer..lain yang disuruh..lain yang dibuatnya..~

~Huh..mengamuk sudah!! Ibu adik nak susu!!~

Petang..Nabila mula menunjukkan taringnya. Serba tak kena dibuatnya..Berbuai la kami berdua di luar rumah..Huh!! Bila nampak langit..senyap! Nampak sangat la si kecik ni nak jalan.

Start kereta, terus gerak jalan. Ingat nak bawak Nabila ke KLCC..Nak try bawa dia ke taman permainan di situ. Alamak aiiii.. hujan la plak. Terus menuju ke Subang Jaya.. (sebenarnya dah tak tau nak kemana..)

Dan inilah lagaknya...

~senyum sengih minah Bella nih~

Dan sempat gak la merasa Nabila main kat sini..


Bila melihat anak orang lain sedang seronok berlari sana-sini..tiba-tiba hati ni sayu. Andai Nabila sihat..pastinya dia juga sama seperti anak-anak itu. Takpelah dik..dah rezeki kita begini..Ibu terima dengan hati yang terbuka. Akan ibu bagi apa yang patut Nabila rasa sama seperti anak-anak normal yang lain..

Kami menyinggah ke satu kedai ini. Sedang mencari baju untuk Nabila..sales girl datang dan bertanyakan umur Nabila..

"Umur berapa bulan ek?"

Abg yang tolong jawabkan..

"3 tahun.."

Kata Abg, dia nampak budak itu dengan muka terkejutnya. Dan mata budak itu asyik memandang Nabila sehinggalah kami keluar kedai. Perasaan aku? Huh! Tak heran dah! Dah selalu kena ayat dan pandangan mata itu..so tak rasa apa dah..

Hurm..Jangan ingat anak semua sihat ok! Anak special sekarang ni pun dah banyak berjalan-jalan kat shopping complex tau. Dan banyak parents yang punya anak special dah tak simpan atau sorok anak mereka lagi..So, kalau rasa-rasa nampak budak tu lain dari anak-anak tipikal, janganlah renung sampai nak terkeluar bijik mata tu. Hurm..budak tu pun tak senang orang dok asyik pandang dia je.


p/s: Hurm..Nabila tewas untuk contest babymanja. Ala yang kedai Manjaku tuh. Huhu..takde rezeki lah adik..Tapi apapun terima kasih pada semua yang vote Nabila..Ramai gak yang vote..Dan rasanya dah tentu Nabila sorang saja anak special yang masuk contest tuh..huhu..Yang menang semuanya anak tipikal. Comel gak anak-anak kecil yang menang tuh.... :)

12 comments:

Yana@Noni said...

Ina...akak paling takut bila Humaira diserang sawan...last 2 minggu lepas...kene time demam...sampai kene tahan wad...memang sedih bila tgk keadaan dia ms tu...doa akak janganlah sawan tu br effect pd otaknya..apapun akak dah lega sikit coz scan MRI dah settle...dr situ doc boleh kesan tang mana punca CP Humaira kan..hmmm..tgk Nabila baring tgk tv seronok plak akak...sekurang-kurangnya Nabila mampu menikmati persekitarannya...apapun moga Nabila sentiasa diberi kesihatan yg baik k...aaamin:-)sayang Nabila!!

ismani said...

sihat2 selalu ekk nabilah.. kuat semangat n ceria2.. hikhikhik.. ina pon kuat juga tau.. tau kan yg kekuatan ina tu jadi inspirasi nabila. Akak doakan perjalanan kita akan dimudahkan.. amin

ieda said...

ina...agaknya salsgirl tu tengok nabila ni macam anak2 lain..takde kekurangannya.sebab tu dia terkejut bila tahu umur nabila yg sebenar.

nuyin2u said...

mainan kayu kayan tu beli kat mana

Bicara hati ibu aisya said...

Alahai tomeinya muka nabila jalan-jalan tuh.Geram tgk.moga sihat2 selalu ye nak.

ruza said...

Sabar ye ina...saya pun biasa cam tu. Terutama budak2. Len macam je pandang anak kite. Dah besa tp masih dln stroller. Cuba bile demam selalu tuam dahai & basah2 kan badan die. Itu yg slalu saya wat tuk Haziq. Kalau sawan, saya peluk die erat2 Alhamdulillah cepat reda serangan die. Tapi kalau kena demam panas mmg kite kena jaga die dgn basah2 kan bdn spy cepat sejuk. Takut efek kat brain die lagi. Risau kan!! Tabahkan semangat ye dik.

Yasmin Nabilah.. said...

Kak Yana: Nabila dah buat dah MRI..tapi tak tau lah kena repeat ke idak ni..masalahnya tak confirm tu sawan ke idak..huhu..

Yasmin Nabilah.. said...

Kak Ismani: terima kasih kak..Amin..harap sngt Nabila lekas2 sembuh..risau tgk dia demam tak baik2 nih..

Yasmin Nabilah.. said...

kak ieda: huhu..tulah pasal..Nabila nih baby face..org ingat dia mcm baby lagi..padahal dah tua bangka dah..hehehe..

Yasmin Nabilah.. said...

nuyin2u : Beli kat Toy's r us kak..kat midvalley...

Yasmin Nabilah.. said...

Ayu: Amin..Moga Aisya ngan Aireen pun lekas2 sembuh gak..huhu..semua tak sihat..huhu..

Yasmin Nabilah.. said...

ruza: ina dah buat dah..letak cool fever..sejukkan badan dia..kdg2 tu siap siram air kat badan lagi mcm mandi..tak pakai baju..masalahnya demam dia kejap ok kejap tak..huhu..tulah..bahaya klu sawan..mmg risau kan ngan budak2 mcm ni..cepat dtg penyakitnya...

Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...