01 April 2011

Juling?

Semalam saya membelek gambar lama Nabila. Gambar sewaktu dirinya masih kecil lagi. Belum pun mencecah umur setahun. Dan sebenarnya hati saya sakit melihat gambar ini...

Jelas kelihatan mata Nabila yang sedikit juling pada sebelah kiri. Eh..bukan sedikit..tapi banyak!! Saya tahu Nabila mempunyai masalah ini, dan pernah dulu saya utarakan masalah ini kepada doktor mata. Namun faham sajalah. Mereka tidak mengendahkan sangat mata Nabila itu. Yang penting mata itu mampu untuk melihat!

Puas saya mencari maklumat bagaimana untuk membantu memulihkan mata Nabila yang juling. Anak-anak Cerebral Palsy memang selalu dengan keadaan mata sedemikian. Saya tidak pasti mengapa namun apa yang saya tahu semuanya berkaitan dengan aktiviti otak mereka.. :(

Kini saya dapat melihat juling Nabila agak kurang. Kadangkala saya nampak kedua matanya tepat memandang saya atau objek lain. Saya tidak pasti apa aktiviti yang saya lakukan kerana saya melakukan aktiviti untuk Nabila secara random. Tidak bertumpu pada satu bahagian sahaja. Dan saya juga tidak pasti apakah aktiviti yang telah memulihkan matanya.

Mungkin juga lampu-lampu yang saya selalu mainkan..atau Nabila bermain dengan flash card..atau atas rawatan bersama Kak Raw. Wallahualam... Saya hanya mencuba apa yang saya tahu ianya bakal membawa kebaikan kepada Nabila..

Syukur kerana matanya tidak lagi seperti dulu. Saya juga perasan dia sudah mulai respon tatkala saya dan keluarga memanggil namanya. Dia cuba untuk memandang. Namun kadangkala tersasar juga. Ya saya tahu, anak microcephaly memang perlukan banyak kesabaran dan tekun dalam mendidiknya. Kerana perkembangan mereka memang lambat mengkut tahap perkembangan otak mereka. Kadangkala saya sendiri menilai tahap Nabila. Adakah dia sudah mencapai tahap umur 1 tahun? atau masih lagi hanya berusia 2-3 bulan..? Entahlah..

Untuk anak sebegini saya harus terus dan terus lagi usaha. Mungkin saya perlu bersabar lagi dalam jangka masa yang panjang. :)

3 comments:

MaMa ArIaNa.. said...

insyallah dng kesabaran dan usaha2 yg ibu dh buat untuk nabila mudahan2 dng kuasa tuhan nabila akan pulih jua....amin

nuyin2u said...

tembamnya nabila masa kecik

MaMaNuRiN said...

insyallah ina..wow nabila macam anak sedara mamanurin je, tembamnya sama je masa kecik..geramnya pipi dia

Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...