11 April 2011

Teruja melihat aksinya..

Sebenarnya saya dalam perasaan keterujaan. Semua kerana kisah semalam...

Semalam pada awalnya saya dan Abg memang tidak bercadang untuk membawa Nabila ke mana-mana. Dan kemudian saya membaca mesej di facebook dan rupanya Nabila ada jemputan ke majlis hari lahir Hazim, anak kak Faizah. Berkali juga Kak Faizah menelefon saya menjemput datang ke rumah, makanya saya mengambil keputusan untuk datang bertemu Hazim.

Dan selesai di majlis Hari Lahir Hazim, kami ke Sunway Pyramid. Bertemu Ummi Alisya. Rindu pada di kecil itu dan menurut Ita, Alisya sudah mulai bersuara. Alhamdulillah. Saya sendiri nampak Alisya menggerakkan mulutnya, seolah-olah mahu bercakap dengan saya..Aduhai..comelnya.. :)

Nabila pula, sepanjang perjalanan ke Sunway, asyik tersenyum dan ketawa berdekah-dekah. Dia sudah mendapat satu lagi skill baru. Mengajuk cakap ibu! hehe..

Nabila suka benar sebut "Aaaaaaaaa...." Dan kemudian dia akan ketawa. Entah apa yang menggelikan hatinya , saya tak pasti. Dan saya cuba mengajuk kembali katanya.. "Aaaaaaaaa..." Dan kemudian saya tak sangka rupanya Nabila juga menyebut kembali perkataan yang sama. Dan kemudian kami ketawa bersama. Sangat comel sekali... :)

Entah berapa kali dia lakukan perkara tersebut, saya tak kira pula. Tapi memang banyak! Seolah-olah dia tahu apa yang diucapkan dan tahu perasaan gelihati. Saya tak sempat merakamnya, kerana terlalu teruja bermain dengan Nabila.

Mungkin inilah yang Nabila bayar sewaktu dia demam sebelum ini. Saya tidak pasti adakah perkara ini akan berterusan, namun saya gembira dengan perubahannya. Tidak banyak, sedikit pun membuatkan hati saya cukup-cukup gembira. Alhamdulillah...:)

4 comments:

Jue-Isteri_Ibu said...

alhamdulillah..teruskan nabila...

Bicara hati ibu aisya said...

Wahhh...syoknya dengar nabila dah pandai mengajuk cakap ibu dan ketawa berdekah2 yeh.
Ibu ayu jealous ar xjoin nabila dan alisya dating.hihihik

azrine said...

Alhamdulillah..saya turut gembira dengan perkembangan Nabila.. semoga Nabila akan terus bersemangat untuk terus maju ya sayang..insyallah..mudah-mudahan Allah SWT permudahkan segalanya.Aminn..

mama akid said...

alhamdulillah..caiyok2

Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...