Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

31 July 2009

Tentang Mata..

Kelmarin aku berbual dengan Kak Aini di dalam YM..Ibu kepada Irdina..Siapa Irdina?Irdina sangat-sangat istimewa buat Kak Aini. Kenapa? Tak perlulah aku ceritakan.Cukup sekadar yang Irdina dan Nabila punya masalah yang sama.

Aku mengenali Kak Aini sejak Kak Aini memberi email kepadaku. Katanya dia salah seorang silent reader blog Yasmin Nabilah. Apa yang membuatkan aku menerima Kak Aini sebagai sahabat adalah kerna nasib anak kami yang sama..iaitu masalah mata. Semua sedia maklum..Nabila ada masalah dari segi penglihatan. Aku masih belum dapat memastikan yang Nabila nampak atau tidak segala keindahan ciptaan Allah di dunia ini. Dan pada Kak Aini lah aku meluah rasa dan merujuk segala perkara yang berkaitan dengan mata Nabila.

Aku cuba untuk berikan stimulasi..berikan cahaya dan mainan..Dan Nabila masih lagi dengan caranya..memandang tanpa sebarang fokus. Sebab apa aku berkata begitu? Sebab aku dapat lihat matanya yang kurang memandang wajah aku. Menatap tidak lama..hanya sesaat dua sahaja. Sedih kerna anak sendiri masih belum dapat melihat wajah ibunya walaupun sudah menginjak ke usia 1 tahun. Bertanya dengan pakar mata, seolah-olah masih lagi menjadi tanda tanya. Mereka juga masih tidak memastikan yang Nabila nampak atau tidak.Semua bergantung pada saraf mata pada otaknya.

Mungkin Nabila nampak..cuma otak tidak dapat menganalisa apa yang telah dia nampak. Sedih tatkala, Nabila lebih cenderung menggunakan deria pendengaran untuk mengenalpasti siapa yang memanggilnya. Namun aku bersyukur, Allah masih lagi menyimpan satu lagi harta untuk Nabila meneruskan kehidupan iaitu mendengar dan pertuturan.

Sejak akhir-akhir ini, Nabila semakin kerap bercakap.Walaupun aku tak memahami sebutir pun, namun aku bersyukur, Nabila masih punya kemahuan untuk bercakap. Tapi aku dapat rasa, masih terlalu awal untuk aku berkata Nabila boleh bercakap. Masa akan menentukan..dan doaku untuk Nabila..biarlah perkara baik ini berterusan dan menjadi lebih baik lagi di masa akan datang.

Wahai mata, berikanlah peluang untuk anak aku melihat segala keindahan ciptaan Allah. Berilah peluang untuk Nabila melihat wajah ibu yang telah melahirkannya dan wajah ayah yang sentiasa berada di hati,walaupun jauh di matanya. Berikan peluang untuk anakku merasai kenikmatan mempunyai sepasang mata yang cantik dan dapat berfungsi baik..Amin..

p/s : Sedih bila ada orang kata anak-anak yang gagal fungsi matanya adalah kanak-kanak buta. Aduhai..aku tak sanggup menggunakan perkataan itu. Berilah peluang pada Nabila dan Irdina untuk meneruskan kehidupan.

30 July 2009

Mokcik dah berkenan..

Hehe..aku macam berkenan pulak ngan high chair nih..jenama Fisher Price..harga pun boleh tahan gak.. Nampak macam tegap dan kemas..hehe..aku mmg puas hati klu brand fisher price nih..rocker ngan buai pun jenama yang sama..sampai sekaang nih..dari baby Nabila dok lanyak rocker dia..sampai kemek bahagian belakang tuh..still maintain jerk condition dia..tak rosak pun..hehe..nak tahan kena la kuar sket duit tuh..huhu..

p/s : tak cakap lagi kat ayah Nabila..nak beli benda nih..masih pikir2 lagi nak beli ke idak..huhu

Walker...

Walker..benda yang sudah lama aku fikirkan untuk Nabila guna sekarang ini. Mungkin ada yang pendapat walker ini baik untuk anak-anak..Mudah untuk mereka belajar berjalan. Mudah bagi orang lain menggunakannya untuk anak mereka..tapi tidak bagi aku.Kenapa aku berkata demikian?

Aku sedia maklum..untuk kanak-kanak seperti Nabila, tak sesuai untuk meletakkannya di dalam walker. Kerana keadaan kaki yang sentiasa menjengkit..maka walker tidak sama sekali sesuai untuk anak-anak ini.Kaki dan tapaknya yang sentiasa menjengkit akan menyukarkan lagi proses pembentukan kaki dan proses untuk dia berjalan kelak.

Dan kelmarin, aku suarakan pendapat aku pada Puan Suhana ketika aku dan Nabila ke sesi fisioterapinya. Puan Suhana mulanya memang tidak menggalakkan aku meletakkan Nabila di dalam walker..Jika aku mahu letakkan Nabila dalam walker juga..Syaratnya aku mesti memakaikan splint pada kaki Nabila.

Dan petang tadi, aku cuba ikut apa yang Puan Suhana katakan. Pakaikan splint pada kaki Nabila dan masukkan ke dalam walker. Reaksinya : Nabila diam...dan cuba merasai duduk di dalamnya..Tak lama..ada la dalam 10 minit..Nabila mula merengek. Tak suka. Diletakkan mainan dan cuba bawa berjalan pun Nabila masih menangis. Bukan sebab sakit kaki memakai splint..tetapi rimas barangkali duduk di dalam walker. Aku fikir mungkin Nabila nak tidur, jadi aku bawa Nabila masuk ke dalam rumah .

Malam: Aku cuba lagi untuk melihat sendiri sama ada Nabila suka atau tidak.Mungkin tadi sebab mengantuk..maka dia pun macam dah takde mood untuk main. Malangnya..Nabila masih jugak menangis bila di letakkan di dalam walker. Dan kesimpulannya, aku rasa memang tak patutlah aku letakkan dia di dalam walker. Dan dia pun seakan faham dan mengerti jika dia menggunakan walker..pembentukan kaki nya juga tidak sempurna.

Mak aku mula bising. Katanya beli sahaja walker yang baru. Yang ringan untuk Nabila. Mudahkan dia untuk bergerak. Walker yang sekarang ini adalah pemberian makcik Abg..dulu cucunya, Sarah , pakai walker tu. Tapi disebabkan Sarah pun takde adik lagi, jadi walker itu dah jadi milik Nabila sekarang. Dan aku mula pening-pening lalat. Nak beli baru atau tidak.

Terasa rugi jika aku beli, jika Nabila tak nak guna. Baik aku gunakan duit untuk beli barang Nabila atau belikan yang ini..


Sebab Nabila masih lagi menggunakan 'rocker' nya untuk makan.


Apa pendapat kawan-kawan?Susahnya nak buat pilihan.



Menangis bagai di dera..huhu..



Seronok lagi berada di dalam ini..Buai..melayan perasaan..huhu..

p/s : Alhamdulillah..berkat doa kawan-kawan semua.. Nabila dah kembali sihat dari demam. Cuma tinggal selsema sahaja yag masih degil untuk meninggalkan Nabila..

27 July 2009

Gedangsa, KFC dan Demam..

Minggu lepas..aku balik ke Rawang lagi. Ke Gedangsa lagi..dan 'bertempur' dengan Nabila (mcm nak berperang pulak..hurmm..Memang perang pun..perang mulut)..

Entah kenapa la mood Nabila Sabtu lepas tak baik..Sesudah selesai berurut kena berdiri pulak. Bantai si Nabila ni menangis sekuat-kuat hati sehingga Kak Raw sendiri cakap.. "hoohhhuiiiii".. Nak suruh Nabila diam la kononnya..Huh..usah harap la Acik Raw.. Nabila ni keras hati..cam ibu dia jugak..Klu dah marah..nasib la orang-orang sekeliling dia abis di amuknya..! Garang tau Nabila nih! hehehe..

Mesej kat Ita..tanya sama ada Ita datang ke idak..rupanya Ita tak dapat datang. Sarra tak sihat..Dedau..mcm nak demam..hurmm..nama pun kembar..bila sorang nangis..yang sorang lagi pun nangis gak la..Nabila merengek-rengek sepanjang jalan. Aduhai..lama betul Nabila tak nangis-nangis kat dalam kete nih..Mau pecah gegendang telinga bila Nabila menjerit kat telinga aku. Nabila pulak tak nak baring dia nak berpeluk ngan aku..mcm org dukung..cuma keadah je lain, dlm keadaan aku tengah duduk..huhu..Tahan jelah..demi Nabila jugak.

Sampai je umah..Nangis lagi..letak kat rocker..buai-buai..pastu terus terlelap..tapi tak lama..tak sampai pun 2 jam..balutan kat kepala dah tanggal..sakit kot..hurmm..badannya aku tak nak bukak lagi.. Rugi tau.. Dah la penat tunggu turn..dapat si Nabila nih..nangis-nangis sket merayu nak suh buka..hurmm..keraskan hati..nak baik punya pasal, pekakkan telinga je lah..hehe..Tapi aku kecundang jugak..Jam yang ke 3.. tak dapat tahan dah telinga ni dek tangisan yang nyaring..minta izin abg bukak balutan badan..dan bila abg kata ok je..sepantas kilat aku buka..huhu..Dan Nabila pulak time tu..tangisan dia makin reda.dan terus hilang..hehe..diam ..dan terus tidur..Nak wat camner..setakat tu aje rezeki ko adik..!

Malamnya..malas nak makan nasik..konon-konon nak ajak makan Pizza kat Rawang..hurmm..paham-paham je lah orang Rawang nih..bila gaji je..semua kedai penuh..huhu..kempunan Mokcik..Abg kata makan KFC jelah..ok lah tu..janji makan..hehe..selesai makan..gi jalan-jalan..nak tau gi mana? hehe..gi bank..membayar hutang piutang yang banyak..huhu..

Nabila buat muka comel..suka aku tgk gambar nih..aku memang pelik sungguh nih..Semua dok pandang Nabila masa aku dan abg mula-mula masuk ke KFC. Plak tuh..masa aku makan..Abg tolong pegang Nabila sebab Nabila dah mula merengek dlm stroller.Pastu ramai yang dok ushar Nabila. Aku tak paham sungguh..hurmm..pelik sgt ke anak aku nih..huhu..Apsal lak ushar-ushar..ingat Alien Workshop ke? (Ayat nak sedap ati.." Ke..dorang jeles tgk anak aku comel dan cantik..hehe.."gediksss...).


Dan malam tadi..insiden tak patut terjadi telah berlaku pada aku, abg dan Nabila. Mulanya camni...Patutnya aku kena balik malam tadi gak..sebab esoknya dah nak keje. Abg plak balik lambat..kena siapkan keje dia dulu..Penyudahnya..balik dalam keadaan kelam kabut gak la. Cadangnya nak beli susu Nabila..terus cancel..pasal kedai pun dah nak tutup..huhu..

Sampai je kat area Taman Rawang..dekat-dekat ngan Taman Tun Teja..terus aku seluk beg..nak cari botol susu Nabila. Aikk..mana botol nih!..Nabila dah mula menunjukkan taringnya..warming up suara..Aku tanya la kat Abg..mana dia letak botol tadi..dia ingat aku dah amik..letak kat dlm beg. Aku check sekali lagi..memang SAH TAKDE.

Apalagi..patah balik la..hurmmm...memandangkan jam pun dah hampir kul 10 malam..aku cadangkan kat abg..supaya tido je kat Rawang malam tu..dan bertolak balik ke KL pepagi subuh..Aku tanya abg dulu..pasal dia yang nak drive balik Rawang sensorang gak nanti..Dah dia kata ok..apa lagi..kitaorg..tapau makanan..pastu balik Bukit Sentosa balik. Sampai kat umah..tgk botol susu tu 'tertonggok' kat meja depan TV..huhu..nak wat camner..Nabila pulak dah kamuk-kamuk..aku ingat dia nak tidur..rupanya dia tak selesa..

Selsema anak aku rupanya..huhu.Punya la payah dia nak tidur malam tadi.Aku pulak ngantuk tahap gaban dah nih..abg pun sama gak..layan Nabila sampai pejam-pejam mata..hehe..tak biasa la konon..Pasal Nabila ni jarang ngamuk waktu malam..hehe..

Sampai la ke pagi..sebelum nak gi keje tadi..aku bagi ubat demam. Nampak cam ok..Rupanya tak..huhu..Mak aku cakap asyik menangis je Nabila..sampai nak masak pun tak boleh..adui..dah la petang nak gi buat fisio..huhu..nak cancel rasa sayang lak..pegi jelah..

Sampai je aku cakap la kat Puan Suhana yang Nabila demam.Dia kata napa datang gak..leh set up appointment lain..huh..malas aku..dah la skip 2 minggu.rugi ooo...

Buat exercise ringan-ringan je..yang buat pun bukan Puan Suhana..budak praktikal dari UITM..Pastu kena berdiri pulak si Nabila..Bantai dia menjerit kat tengah-tengah gym org dewasa tuh..huhu..malu mokcik..buat muka tebal je lah..tak selesa kot..tak sampai sejam pun terapi dia.Balik terus aku..hehe..

Klu dipikir-pikirkan sian gak si Nabila nih..aku dera dia hari ni..hurmm..ok la..tadi ibu dah cakap..malam ni kita rehat saja yek nak..takde exercise..ok!



Rindu pulak pada 'mika-mika' nih..terutama anak aku yang sorang lagi tuh..Sarra Debokss..Ummi dah ajak Ibu datang umah tau Sarra..harap-harap Ibu dapat datang la yek..hehe..leh Nabila mandi kolam ngan Sarra.. :)

24 July 2009

Kakak Nano dan Pegang Kaki..

Kakak Nano? Sape tuh..hurmm..anak jiran aku. Nano ni baru berusia 6 tahun. Kalau kawan-kawan nak tahu..dia ni flower girl aku masa kawen..hehe..budaknya comel bangattt..geram betul aku tgk muka dia masa kecik2..sekarang ni pun comel jugak..hehe..bertambah cantik..

Nak jadi cerita..Nano ni sekarang dah tak nak gi Tadika. Sebab cikgu dia marah dia..b***k berdiri..Si Nano nih memang tak tahu b***k duduk..sian betul..pasal mak dia tak ajar. Lupa plak..Nano ni jiran aku punya anak tiri. Sekarang ni dok kat umah mak tiri dia a.k.a jiran aku pasal mak dia keje kot. Plak tu tak sekolah kan..bahaya plak dok sorang-sorang.

Sekarang ni asyik dok bertandang rumah aku. Nak main dengan Nabila katanya. Nabila pulak, macam seronok je kakak Nano datang. hehe..dah pandai nak kawan..walaupun tak berapa pandai nak main.Takpe slow2 yek nak..!

Ni dia ha..kakak Nano..teman sepermain Nabila..


Comel tak kakak Nano..hehe..chubby cam Abg Rayyan jugak. Nano ada cakap ngan aku..dia tak nak main dengan budak-budak sebaya dengan dia sebab budak-budak tu buli dia..tinggalkan dia. Nano ni lembut tau orangnya..hehe...tengok la siap peluk si Nabila masa nak amik gambar.Plak tu..siap ikut aku ke dapur klu nak mandikan Nabila..pastu siap tolong aku nak siapkan Nabila..kira boleh harap la budak ni..hehe..


.


Ni pulak kisah Nabila pegang kaki.. Aku sebenarnya teringin sangat nak tengok Nabila pegang kaki..ni ada gambar dia..jap yek


Kalau nak diikutkan, bukan setakat kaki je boleh dipegang..malah lebih dari itu. Cuma aku nak sedapkan hati..dan teringin untuk lihat Nabila memegang kakinya sendiri..Aku pun cuba la letakkan tangan dia di kaki dia..Hurmm..ada la dalam 10 saat dia pegang kaki dia..Dan sempat aku standby camera sebelah aku.hehe.. Mungkin ada yang tertanya..apa perkembangan Nabila ini sebenarnya.. Nabila masih lagi belum untuk memegang kaki sendiri. Sungguh..aku sendiri semakin risau sebab Nabila sudahpun menjangkau usia 15 bulan. Masih belum menampakkan dirinya yang mahu untuk memusingkan badannya dan memegang mainan.

Aku sebenarnya 'down' hari Rabu lepas. Aku terasa seperti aku lambat untuk berikan Nabila latihan atau terapi yang aku buat sendiri di rumah. Entah kenapa..sejak seminggu lepas..aku memang terasa penat sangat. Pulang dari pejabat..aku terus kejarkan Nabila..Mandikan, dan membawa Nabila bermain di luar. Dan malamnya, aku memberi makan, dan terus melayan Nabila. Dan ketika lakukan terapi mata, aku sendiri tertidur. Dek kerana bilik yang sengaja digelapkan untuk Nabila menampakkan cahaya dari mainannya. Sedar-sedar, Nabila sudah menendang-nendang aku, seolah-olah mengajak aku bermain dengannya. Sudahnya terapi entah ke mana..aku entah kemana. Kasihan Nabila..

Dan splintnya pula, aku dah 3 hari tak pakaikan ke kaki Nabila. Terlupa. Sebab terlalu mengantuk.Aduhai anakku..ibu minta maaf. Sebab tidak menunaikan tanggungjwab ibu untuk mu anakku.

Tak patutnya rasanya berterusan begini. Entahlah..agaknya aku perlu bercuti untuk berehat.. !

20 July 2009

Kepada semua followers..

Assalamualaikum..Entry ini khas buat semua followers blog Yasmin Nabilah. Sedar tak sedar dah hampir setengah tahun aku ber'blog' dan mencurahkan segala pengalaman aku dalam menjaga Nabila. Buat mereka yang ikuti blog ini..aku ucapkan terima kasih. Sebab tanpa kalian, aku juga tidak dapat mengutip pengalaman dan segala pendapat yang telah kalian berikan untuk aku menjaga anak seistimewa Nabila. Tak terbalas rasanya jasa kalian yang telah memberi semangat pada aku dan abg untuk meneruskan hidup dan berusaha untuk memulihkan Nabila. Bagi aku sokongan kawan-kawan amat penting. Walaupun kawan-kawan dari alam maya yang aku sendiri tidak pernah kenal dan bersua muka.

Aku dapat banyak 'feedback' dari apa yang aku tulis. Bagi aku hanya 1 sahaja niat di hati ini. Untuk membantu dan mendapatkan maklumat serta menjalinkan silaturrahim sesama mereka yang punya nasib yang sama seperti aku. Bukanlah populariti yang dicari, aku cuma mengharapkan segala apa yang aku curah walau tidak sebanyak mana inputnya, dapat beri manfaat pada ibu bapa di luar sana. Aku dan Abg juga bukanlah insan yang 'perfect'. Bukan insan yang telah berjaya merawat Cerebral Palsy. Bagi aku bukan mudah untuk mendekati kejayaan. Kesungguhan dan berkat kesabaran serta dorongan keluarga dan kawan-kawan lah yang telah buat kami sekeluarga bangkit.

Namun, apa yang dicoretkan disini tidaklah sebanyak mana. Ini sekadar pengalaman aku sahaja. Aku mengharapkan ada lagi insan-insan yang sudi bercerita tentang anak mereka..tentang pengalaman mereka dalam mendidik anak-anak istimewa. Bukan niat untuk membuka pekung di dada..Niatlah untuk membantu sesama insan di kalangan kita yang mungkin tidak bernasib baik seperti orang lain. Blog Nabila ini sendiri di inspirasikan melalui penulisan Kak Amalina. Ya, Kak Amalina lah blog yang pertama sekali aku buka. Blog yang bernama All About Nurul Afiqah.. Cuma aku ketika itu menjadi silent readernya sahaja. Dan kemudian aku cuba ingin berkongsi maklumat aku tentang Nabila, sama seperti apa yang telah di buat oleh Kak Amalina. Cerita yang sama iaitu Cerebral Palsy.

Pada semua, terima lah hadiah tidak seberapa dari Nabila buat semua..



Dan aku telah menerima satu poems dari Zalina iaitu qasehaina.blogspot.com. Poems ini dicipta oleh ibubapa yang punya anak austime di JB dan telah di ubahsuai oleh Dr. Alina. Zalina memberikan poems ini kepada saya kerna poems ini banyak memberi kekuatan mental kepadanya. Dan ia telah berikan poems ini kepada saya melalui email tadi . Terima kasih Zarina..:)

I`m sending u a special child to cherish in my name,
For u to love with all ur heart n teach her juz the same,
For she is not like other babies, nor will ever be,
But u can love her just the same n take care her 4 Me,
She may not hear. see or run or learn as other do,
but she'll be yours and she will take her guidance all from u,
The road is hard, she'll break ur heart,
You'll cry a million tears
But I promise when she smiles at you,
the pain will dissapear,
I know you'll cry "why she, why us" but I needed the teachers true,
And that is why we care and trust i've selected you,
so please don't turn ur back on her, although she may be slow,
if you'll accept her as she is, together u will grow,
she needs to learn the skills of life,
for that i've chosen u,
and with ur love to guide her
i'll know u see her through
don't try to see the future, i promise that to none,
just live each other all it's worth
and enjoy my special one

19 July 2009

Cuti sepanjang minggu ini..


Assalamualaikum..seperti yang aku katakan pada entry lepas, Aku, Abg dan Nabila pulang ke Ipoh. Sebelum pulang ke kampung, aku ke Gedangsa dulu. Kita cerita tentang Gedangsa dulu..

Kami sampai dalam pukul 9 pagi. Ramai betul. Minggu lepas mungkin ramai yang tak pergi. nasib baik la Nabila dah mula buat tolak tulang. Tolak tulang tu kena buat waktu pagi. Tak boleh buat petang. Jadi Kak Raw memanggil semua budak yang buat step tolak tulang. Dan giliran Nabila tiba jam 11.30 pagi.

Dan Kak Raw berpesan sebab kali pertama Nabila buat, jadi kemungkinan Nabila akan demam. Alamak, aku tak bawak ubat demam pulak. Abg kata takpe, nanti boleh gi klinik kat Ipoh kalau Nabila demam. Dikhuatiri panas dan demam, Kak Raw tak buat rawatan minda untuk Nabila. Tangan pun dibalut ringkas sahaja. Ok lah tu, janji balut.

Selesai semua kami pun terus gerak ke Ipoh. Owh..lupa aku nak cerita. Setibanya kami di rumah Kak Raw, Abg cuba parking kereta di tepi jalan. Sedar tak sedar dia undurkan kereta dan tiba-tiba bunyi sesuatu kat belakang. Makcik-makcik kat kedai makan dan terjerit-jerit. Rupanya abg terlanggar pili bomba. Nasib baik pili bomba tu tak pecah. Kete abg kemek sket..huhu..


Nabila dan ayah tengah tunggu nasi goreng masa malam Sabtu arituh...kemain seronok lagi dapat kuar anak dara aku nih..hehe..


Sampai di Ipoh, kami berehat sebentar, dan kemudia kami ke Jusco Ipoh. Sebab handphone aku ada masalah sket dengan line Maxis. Bil dah bayar tapi masih tak boleh guna hp. Tertunggak punya pasal..hehehe..

Selesai di Maxis, kami jalan-jalan di dalam Jusco. Aku terlupa membawa pampers dari rumah dan sudahnya terpaksa membeli pampers baru. Nasib baik ada spare satu pampers dalam beg. Dan Abg membeli Pediasure perisa coklat untuk Nabila. Saja sebab kesian kat Nabila. Jemu ngan perisa vanila sahaja.Nabila pun sama cam ibu dia jugak..suka coklat..hehehe..

sepanjang jalan, tido aje dalam stroller.Padahal masa kat umah mak mertua aku tadi, sempat lagi nangis-nangis nak suh ajak keluar umah..hehe..



Dan malamnya,selepas makan malam, badan Nabila tiba-tiba hangat. Abg terus beli cool fever untuk Nabila..Tapi satu je perkara yang malam tadi Nabila buat..Tak tido malam..sampai kul 12 lebih baru tido..hehe..Itu pun aku tido dulu baru dia tido. Bila aku bukak mata tengok Nabila dah tido.huhu..






Dan tadi, kami pulang jam 4 petang. Selamat tiba di Rawang jam 6.30 petang.Alhamdulillah..ni ada sikit gambar2 Nabila..hehe..



17 July 2009

Napa dengan mata aku ni?

Assalamualaikukum. Hari ini aku balik ke Rawang. Sebab esok cadangnya aku akan ke Gedangsa dan terus pulang ke Ipoh.

Aku coretkan sesuatu di blog aku hari ini. Takut tak sempat meninggalkan apa-apa berita dalam 2-3 hari ini. Tadi aku drive sendirian menuju ke Rawang. Nabila pada mulanya bermain-main di dalam car seatnya, entah macamana, aku pandang sekali lagi, aku lihat Nabila dah tidur.Alahai kesiannya Nabila.

Kereta kiri dan kanan aku laju betul. Banyak kereta pulak hari ini. Mungkin semua sibuk nak balik kampung barangkali. Dan aku sampai di jalan yang menuju ke Templer Park. Sudahlah lampu jalan memang takde di situ, aku pulak terpaksa melajukan kereta semasa menuruni bukit. Sebab banyak kereta laju-laju belaka. Aku pulak sejak kebelakangan ni, memang ada masalah sikit untuk membawa kereta di waktu malam. Bukan tak biasa, tapi mata aku yang semakin kurang nampak akibat silau-silau lampu kereta. Dan sudahnya, alhamdulillah, aku selamat juga tiba di Bukit Sentosa.

Setiba di rumah, ayah Nabila terkejut bila aku yang mengetuk pintu. Dia baru je bercadang untuk pulang ke Gombak. Katanya tak sempat menelefon aku tadi kerana bateri handphonenya habis. Dan aku yang kelaparan, terus aku mengajak abg keluar makan. Pada mulanya tekak ni teringin nak makan KFC, sebab kesian pada Nabila, aku batalkan hasrat aku. Kesian pada Nabila sebab sejak dari tadi 'terhenyak-henyak' dalam kereta.

Apapun aku dah mula rasa susahnya untuk aku membawa kereta pada waktu malam. Dulu sewaktu nNabila dalam perut lagi, aku sering keluar awal ke pejabat dan pulang agak lewat. Dan mata aku seperti biasa seakan lali dengan cahaya lampu. Tapi sejak bertukar kerja baru, aku dah lambat keluar rumah, dan pulang awal. Sebab dekat dengan rumah mak.Harap-harapnya tak de masalah tentang perkara macam ni.

p/s : sebenarnya aku pakai 'spec' , cuma jarang pakai. Hanya ketika membawa kereta sahaja aku pakai. Rimas dan lemas..huhu. Aku sering berkata pada kawan-kawan aku, tak usah senyum pada aku jika saling berjauhan. Aku akui memang aku tak nampak..huhu..

16 July 2009

Nabila dan Splint..

Assalamualaikum..apa saja arini yek? Hari ini Nabila ke hospital lagi. Sesi cara kerja hari ini. Aku datang seorang bersama Nabila. Tidak ditemani oleh ayah Nabila sebab ayah Nabila kena keje.

Dan seperti biasa aku terus masuk ke bilik terapi. Dan kemudian, Puan Sally bertanya pada aku, tentang splint. Aku menyatakan yang Nabila masih lagi belum mempunyai sebarang splint pun, baik kaki atau tangan. Pernah aku suarakan perkara ni kepada Puan Sally, bilakah sepatutnya Nabila perlu buat splint. Katanya tunggu dulu. Tadi entah macamana, mungkin tergerak hatinya, sebab melihatkan kaki Nabila yang suka ditegang-tegangkan, maka dia mengambil keputusan untuk buat splint itu pada hari ini. Dan tentang tangannya pula, Puan Sally kata tidak perlu sebab Nabila dah mula kurang menggenggam tangannya. Alhamdulillah. Bolehlah tumpu pada kakinya.
Mulanya, aku agak risau untuk memakaikan splint ini. Takut Nabila tak selesa. Tapi aku perlu kuatkan semangat, sebab segalanya untuk kebaikan Nabila juga. Bahaya jika dibiarkan kaki Nabila tanpa memakai apa-apa alat sokongan.
Dan tadi, alhamdulillah, aku cuba memakaikannya pada Nabila. Alhamdulillah, Nabila tak merengek atau menangis kesakitan. Aku harap perkara ini berterusan. Insyaallah..


Ini lah dia splint kaki Nabila.Aku tak tau la hospital lain macamana bentuknya. Klu ada sesapa yang nak bagitau tentang splint ni silalah yek..Ina pun tak berapa tahu sangat info splint ni. Yang Ina tahu, dia akan membantu membetulkan kaki Nabila. Kalau yang macam kasut tu apa pulak yek. Yang itu untuk jalan ke? Hope ada sesapa yang boleh beri info. Pasal klu kat hospital ni, kena mintak mcm2 baru dia layan. Kalau kita diam je, mmg dia tak layan la kita.huhu...

Nabila sedang menunggu 'kasut' barunya siap..Sampai terb***k pulak tu..hehe..


Puan Sally sedang menyiapkan 'kasut' Nabila

15 July 2009

Melawat kawan di hospital & ke One Utama


Assalamualaikum..Ahad lepas..tiada apa yang kami berdua lakukan di rumah. Hanya menunggu ayah Nabila pulang dari kerja dan kami bersiap-siap untuk pulang ke Gombak.

Jam 1 tengahari, aku mendapat sms dari kawan baik aku, Su. Katanya dia dah bersalin. Eh..bila? Kat mana? Sihat ke dia? Terkejut sebab mengikut perkiraan dan firasat aku, masanya belum tiba lagi. Mungkin baby dia dah tak sabar untuk keluar barangkali. Dan lebih mengejutkan, Su bersalin di Hospital Sg. Buloh. Bukan di Klang atau HKL. Kerana Su bekerja di HKL dan tingal di Klang.

Rupanya, air ketuban Su pecah ketika dia melawat saudaranya di Sg. Buloh. Dan terus bergegas ke hospital. Dan terus bersalin di situ. Katanya, suasana persekitaran di hospital itu tidak menyeronokkan. Entah lah.. Lain orang lain pendapatnya. Aku punya pengalaman yang berbeza ketika melahirkan Nabila di situ. Segalanya baik, walaupun nasib tidak menyebelahi aku. Aku tahu doktor disitu telah cuba sedaya upaya meneyelamatkan Nabila dan aku. Malah jururawat di situ tidak marah pada aku. Semuanya baik-baik belaka. Seperti yang aku katakan tadi, ikut pada nasib juga..

Dan petang, jam 6, aku bertolak dari Bukit Sentosa dengan menaiki kereta aku, manakala abg pula, membawa keretanya. Kerana aku akan terus sahaja pulang ke Gombak bersama Nabila, dan Abg pula akan pulang ke Bukit Sentosa. Setibanya di hospital, aku dan Nabila tak dibenarkan masuk. Sebab kes H1N1. Aku sememangnya tidak tahu peraturan baru itu. Patutlah aku lihat ramai kanak-kanak bawah 12 tahun, berkeliaran di sekitar lobi hospital.

Abg terus mengambil Nabila dari aku dan menyuruh aku naik ke wad sendirian. Aku pun naik ke wad 6C. Teringat kenangan aku tatkala melintas dihadapan pintu masuk ke NICU. Di situ lah segala-galanya bermula. Segala kisah Aku, Abg dan Nabila.

Aku menuju ke wad 6C. Di wad ini juga aku ditempatkan ketika aku bersalin dahulu. Segala kenangan bagai " di rewind " semula. Aku masih ingat lagi aku ke bilik memerah susu. Di situ lah aku memerah susu untuk diberikan pada Nabila. Sayu rasa hati. Namun Su bukan la di katil yang sama dengan aku dulu. Jika sama, mungkin aku akan menangis bila mengenangkan katil yang banyak meninggalkan sejarah untuk aku.

Tak banyak yang dapat aku bualkan dengan Su. Su masih lagi kelihatan letih, namun melihatkan anaknya, aku terasa seperti segala kenangan bersama Nabila menjelma semula. Aku agak kekok memegang anaknya walaupun beratnya hanya 2.4kg sahaja. Aku berkata dengan Su, aku dapat memegang Nabila pun bila Nabila sudah berusia seminggu. Sedihnya. Tapi aku bersyukur, segalanya selamat. Su dan bayi yang masih belum diberi nama itu, selamat dan menunggu masa untuk keluar dari hospital.

Sesudah itu, Aku turun semula ke bawah. Nasib baik Nabila tak meragam. Dan aku mencadangkan pada Abg untuk singgah makan di mana-mana. Mulanya kami sendiri tak tahu hendak kemana kerana masing-masing membawa kereta. Sudahnya, abg membuat keputusan untuk meninggalkan kereta aku di hospital, dan aku serta Nabila naik kereta abg. Kami terus menuju ke OU.

Setibanya di sana, aku terlupa untuk membawa pakaian yang sesuai untuk Nabila. Kerana aku memakaikannya skirt. Kurang sesuai untuk keadaan yang sejuk dan ayahnya terus mengajak aku dan Nabila ke Jusco. Beli baju baru. hehe..seronoknya. Raya ni tak payah la beli baju lagi yek Nabila..Tiap2 kali keluar mesti beli baju. Hehehe..Sampai dah tak muat almari kat rumah mak tu.

Dan kami makan, sesudah itu, abg menghantar aku semula ke hospital. Aku dan Nabila pulang ke Gombak. Nabila memang suka berjalan. Kasihan dia, walaupun dia masih tak mengerti, tapi bila aku siap-siapkan dia untuk keluar berjalan-jalan, dia pasti akan tersenyum meleret. Seakan faham apa rutin dia setiap minggu. Bagi aku, inilah peluang aku untuk bawa dia berjalan. Andai di izinkan Allah, aku ingin sekali melihat Nabila berjalan sendiri sambil tangannya dipimpin oleh aku.Bila kah aku akan dapat rasa itu semua? Aku perlu usaha lebih keras lagi. Insyaallah...

13 July 2009

Aku jatuh tangga lagi..

Assalamualaikum..betapa cuainya aku hari ini.Hari ini merupakan perhimpunan rasmi di Jabatan aku.Dan aku dikehendaki memperkenalkan diri di khalayak ramai termasuk depan Ketua Pengarah aku.Dan aku orang pertama yang kena naik ke pentas.Mulanya aku memang nak bikin 'slumberland' jer.Alah nak malu apa kan..Tapi dalam hati aku dah terdetik akan jadi perkara yang tak diingini.Pasal aku ni memang jenis kalut sket.Masa aku naik tangga dan beri ucapan serta pengenalan diri..semuanya baik-baik belaka. Tah macamana selesai aku nak turun dari pentas...

"gedebukkk...."(mcm nangka busuk).

Sekali aku terasa aku dah terduduk atas tangga.Tangga pentas tu taklah tinggi..ada la dalam 3 anak tangga. Alih-alih aku dan terduduk dan punggung -aku tepat-tepat kena bucu tangga..Sakitnya hanya Allah sahaja yang tahu.Nasib baik aku dilindungi oleh tiang dewan.Tapi gamat sekejap la dewan.Budak-budak semua dok ketawakan aku..Aduii....bikin malu depan KP je tadi..huwaaaa..

Aku try nak bangun..Tak boleh seh...sakit giler..dah rasa berdenyut-denyut. Pengacara majlis terus pegang tangan aku.Dia kata " selipar licin ye"..terus dia tunjukkan pintu keluar.Aku keluar dan terus masuk ke tandas.Ingat nak tengok ada luka ke tidak.Tapi tak nampak.Pasal tepat-tepat kat punggung..Menahan sakit jelah.

Lepas tu, takkan nak masuk balik ke Auditorium kan.Malu seh..terus aku balik ke cawangan aku..berdenyut rasa tak ingat la..Kemudian aku terus buat kerja-kerja aku.

Selesai perhimpunan..budak cawangan aku semua balik ke pejabat. Semua tanya kat aku ok ke idak.Malunya yang amat..buat tebal muka je la..hehe.

Tengahari..kawan-kawan semua ajak makan.Aku terasa ngantuk sangat,pasal mungkin letih pasal jatuh tadi kan.Aku mulanya nak tidur kat meja je. Tapi makin lama pinggang ni makin sakit. Lastnya aku cakap ngan CC aku dan pegawai aku, nak minta izin ke klinik. Risau gak..takut tulang retak ke apa ker..

Sampai je rumah, mak ngan ayah aku terkejut. Ingat aku balik pasal nak bawak Nabila ke fisio. Aku cerita la yang aku terjatuh kat pentas. Mulanya ayah nak bagi ubat dia. Aku cakap la aku nak amik time slip. Nak check ok ke idak.Nabila mulanya aku nak bawak dia.Tak jadi. Pasal mak kata aku bukan larat sangat. Memang betul pun. Dah sampai rumah ni makin menjadi pulak sakitnya.Aku tgk cermin, sekali lebam dan bengkak la..huhu..sakitnya..!

Aku gi klinik, siap x-ray lagi.Nasib baik tak retak.Doktor kata pungung banyak isi, susah nak retak.Ada ke patut. Klu retak camner. Tapi dia buat gak x-ray tuh. Yelah takut dipersalahkan nanti. Aku lupa nak cerita. Aku ke klinik Rawang. Alang-alang nak gi klinik panel abg, aku leh tgk abg sekali, Abg pun tak sihat. MC arini. Plak tu dia kata dia sakit punggung gak...huhu..apahal lak ni..Laki bini sakit punggung..hehe...

Selesai semua urusan, aku balik ke KL balik. Abg pun aku tengok makin sihat. Rindu kat aku kot..hehe..

On the way nak balik, aku dengar Hot FM, dengar topik kat Borak Jem..hehe..topik pulak kena mengena ngan aku hari ini. "Insiden yang memalukan yang pernah berlaku dalam diri anda"..huwaaaaa..nak nangis pun ada..nak ketawa pun ada..apsal la hari ini semua berlaku mcm dirancang pulak..huhu..Rasa nak tepon je Hot FM, tapi tgh drive. Plak tu punggung ni sakit lagi..huhu..dengar je la..hehe..

p/s : Moral of the story, jangan gopoh gapah sangat.Kadang-kadang firasat dan gerak hati kita ni kdg2 betul..huhu..nyesal tak bagi budak-budak ni cakap dulu kat pentas. Napa la mesti aku dulu..Benda nak jadi kan..nak wat camner.hehehe.

12 July 2009

Gedangsa lagi..

Semalam aku ke Gedangsa lagi..Patutnya dalam minggu ini Nabila akan beralih ke terapi yang baru..iaitu tolak tulang.Itu istilah yang diberi oleh Kak Raw..

Namun..aku dan abg tersalah langkah. Sepatutnya kami kena datang pada waktu pagi..iaitu sekitar jam 8 pagi..Tapi semalam kami tiba hampir jam 2 petang.Bila nampak sahaja wajah aku dan abg, Kak Raw ingin menegur kami.Mengapa kami lambat. Dek kerana dia sedang mengurut dan ibu kepada anak yang diurut tu sedang bercerita tentang bisnes..terbantut hasrat dia untuk menegur kami. Sehinggalah turn Nabila sampai..barulah Kak Raw bercerita. Pada mulanya Kak Raw kata, dia dah pesan kat aku suruh datang pagi. Sama ada aku tak dengar atau aku tak ingat, aku pun tak pasti. Aku siap bercerita lagi yang aku berehat-rehat di rumah sambil menonton TV sebelum bertolak ke Gedangsa. Abg pula 'charge' tenaga dia..Sebab malam Sabtu tu, abg langsung tak dapat tidur ditempat kerja.

Tapi ada hikmahnya kenapa kami tak buat 'tolak tulang' tu semalam.Sebab rupanya Kak Raw terlupa yang Nabila masih lagi belum buat sesi 'tolak rusuk' . Aku pun tak faham sebenarnya..yang pasti prosesnya..Nabila diletakkan di atas bola..Kak Raw pegang kaki Nabila..dan Abg pegang kedua-dua tangan Nabila.Abg akan kira 1,2,3 dan mereka berdua sentap secara serentak tangan dan kaki Nabila.Memang agak mengerikan.Abg sendiri takut nak lakukan sebab takut tangan Nabila patah atau terkehel.Emm..aku hanya memandang dan berharap segala usaha ini akan berhasil.

Kak Raw berkata lagi, proses ini mungkin meletihkan Nabila, dan Kak Raw berpesan balutan dikepala boleh dibuka dengan cepat.Sebab khuatiri Nabila letih.

Dan dalam kereta..sepanjang perjalanan, Nabila menangis.Tidak seperti minggu-minggu sebelumnya..Nabila nampak ok. Tapi semalam Nabila menunjukkan 'taringnya'. Tak mengapa..sebab bagi aku semua ini perkara biasa..malah aku pernah 'handle' Nabila dengan keadaan yang lebih teruk lagi berbanding semalam.

Apapun, niat penting dalam melakukan segala rawatan. Bak kata Kak Raw semalam..jangan hanya berharap Nabila boleh berjalan.Pastikan niat kita itu betul.Pastikan Nabila boleh buat lebih dari berjalan.Mahukan dia boleh mengurus diri, ke sekolah, dapat belajar di Universiti dan mendapat pekerjaan yang baik. Dan sekiranya ada jodoh, berkahwin dengan lelaki yang baik.Itu yang sepatutnya. Dapat atau tidak segalanya yang kita impikan hanya Allah s.w.t sahaja yang tentukan. Jika tidak berjaya..Redha dengan apa yang telah ditentukan.Segalanya ada hikmah dengan apa yang berlaku pada kami.Sebab selama ini aku tidak berharap apa-apa.Aku takut kecewa. Ibu mana yang tak mahu anak berjaya. Dek kerana termakan kata-kata doktor..yang sering berkata Nabila susah untuk pulih, jadi aku hanya berharap dia boleh berjalan.Aku perlu tukar 'mentaliti' ini. Ya..Aku, Abg dan Nabila mesti boleh.. Amin..

Mekanikal dan Software Nabila..

Assalamualaikum..hurmm..berlintas langsung dari rumah kat Rawang..Seperti biasa hari aku ke Gedangsa lagi..emm..nanti aku cerita tentang hal Gedangsa..Tapi sekarang nih..ayah Nabila tadi dok ckp ngan aku..dia kata..

" Nabila ni mekanikal bagus.."

"Mekanikal? Kenapa ckp mcm tu?" Aku bertanya.. Pelik..

"Yelah..adik ni mekanikal ok..bergerak ok..Tapi software dia ada masalah.." kata abg.

"Software?" Pelik lagi aku nih..

"Software tu otak..kak Raw pun cakap pergerakan dia ok..kat fisio pun sama..cuma otak jer ada masalah. Kalau komputer leh ayah formatkan..ni bahagian software dan bahagian processor masalah..camner nak repair.."

hehe..nak tergelak pun ada bila Abg guna istilah mcm tu kat Nabila..hurmm..Tapi apa yang abg kat tu betul jugak..Macamana kami nak beri segala input pada otaknya..dan perbaiki bahagian otaknya dah rosak itu..huhu

"hurmm...ibu ada cara ayah..kita masukkan Nabila dalam perut balik..pastu bersalin sekali lagi..hehe.." aku ketawa.

"Eh, tak nak lah ayah..sakit lah..masa Nabila dulu pun dah cukup jeran.." aku terus teringat mcmana aku lahirkan Nabila dulu..Sangat-sangat ngeri dan membimbangkan..

.


Apa yang kami bualkan hanyalah borak-borak kosong..Mungkin orang seperti kami yang punya anak seperti Nabila pasti akan berasa seperti tidak sabar untuk melihat segala perkembangan Nabila dengan baik..Mana mungkin semuanya boleh dilakukan dengan pantas dan sekelip mata..Ia perlukan KESABARAN yang tinggi untuk mencapai segala kejayaan yang diinginkan.Seperti Nabila juga punya keazaman yang tinggi..Lihat sahaja dia..mahu lakukan semua yang kanak-kanak normal lakukan..cuma tak berdaya kerana dek otak yang menghalang segala keinginannya..Apapun..Aku dan Abg mengharapkan segalanya yang kami impikan untuk lihat Nabila berjaya akan tercapai..Amin..

11 July 2009

Nabila makin kurus..

Assalamualaikum..hurmm..ramai dah tegur nih..Nabila makin kurus..dan bila aku dukung dia..Nabila makin panjang..Tak tau nak buat camner lagi..Nabila memang tak suka makan..Susu pun kurang..Tapi satu jer yang makin baik..Sembelit dia dah berkurangan..jarang sekali dia b***k keras dah..Alhamdulillah..

Apa yang perlu aku lakukan? Nak paksa ke? Sian pulak..mengunyah mmg ok..Bab nak masuk makanan dlm mulut mmg payah..mcm entry lepas-lepas..aku cerita tentang susahnya Nabila nak makan..

hurmmm...apa mokcik nak buat nih...?

*kurus yang menampakkan tulang temulang Nabila..huhu..berat masih 7 kg lagi.. :(

10 July 2009

Bermain perasaan..!

Assalamualaikum..main perasaan..? Apa tuh? Nabila sudah pandai bermain perasaan dengan aku. Dengan semua orang. Mungkin pelik bagi sesiapa yang membaca, tapi itulah Nabila. Microcephaly dan kerosakan otak yang Nabila alami buat aku kagum dengan apa yang dia lakukan sekarang ini.Sama seperti budak normal.Dia boleh mengeluarkan perasaannya..seperti marah,gembira,ketawa,sedih dan sebagainya. Aku pernah berjumpa dengan seorang anak ini. Kanak-kanak itu tidak mempunyai deria rasa dan perasaan seperti Nabila.Ini bermaksud..jika sakit atau gembira..anak itu hanya mendiamkan diri sahaja.Kasihan. Aku bersyukur padaMu Ya Allah kerana memberi aku peluang untuk merasai segala perasaan Nabila. Segala sedih dan tawanya jadi ubat buat aku.

Kalau aku cerita tentang kebolehan Nabila ketika ini bila umur dia sudah menginjak ke 15 bulan..Memang banyak yang aku nampak perubahan dia. Namun itu tidak membuatkan aku boleh bersenang lenang dan bergoyang kaki tanpa buat apa pun. Seperti tadi (malam jumaat), aku melakukan sesi terapi lagi dengan Nabila.Walaupun tak sehebat dan sebanyak mana yang boleh dilakukan, aku cuba juga. Aku tak nak menyesal dikemudian hari, dek kerana tak melakukan apa-apa bila aku berada disampingnya.Sudahlah diwaktu siang aku bekerja. Malam pula, nak tak nak, aku perlu juga menghabiskan masa bersama Nabila.Sebab ini sahaja masa yang aku ada.

Tadi sesi terapi yang aku buat sendiri..Tak mengikut sequence pun..sebab aku buat atas mood Nabila juga.Aku tak suka memaksa dia.Sebab bila menangis, pasti tiada apa yang aku dan Nabila akan dapat nanti.Hasilnya pasti mengecewakan. Dan, mula terapi..Nabila seakan enjoy..dia sekarang memang suka aku dudukkan dia dan tangannya cuba belajar untuk menyokong badan. 2 hari ini, aku dapat rasakan Nabila cuba untuk lakukan.Alhamdulillah Nabila seronok dan suka bila aku lakukan begitu berkali-kali.Dan mulutnya mulai bising. "huwaaaa...aaaaaa...buuuuuu..ooooooo" . Tu antara perkataan yang sering keluar dari mulut Nabila.Mak kata Nabila mcm nak bercakap.Tapi bunyi macam mengeluh. Mungkin penat barangkali. Yelah..tenaga dia memang terhad.

Dan bila penat sangat Nabila akan merengek..rengek dia bagai sengaja dibuat-buat. Aku sengaja membiarkan dan berkata " Nabila saje yek..tak yah tipu ibu..ibu dah tau taktik Nabila"..hurmmm.. aku cakap begitu macamlah Nabila tu dah besar..hehe..

Bila kehendaknya dipenuhi..Dia akan memandang ke atas, kearah muka aku..kemudian senyum-senyum.Alahai anakku..Napa dibuat muka comel itu..?!

Walaupun apa yang aku ceritakan tak sehebat mana tentang kebolehan Nabila..Tapi bagi aku itu dah cukup buat aku gembira dan bangga sangat dengan seorang anak yang bernama YASMIN NABILAH. Biarpun Nabila begitu, aku tahu ramai yang sayang padanya. Bak kata jiran aku tadi bila melihat gambar Nabila di skrin laptop ini.."NABILA MEMANG NAMPAK MACAM BUDAK NORMAL." Bagi aku normal atau tidak, semuanya tak penting..yang penting aku perlu usaha untuk berikan apa sahaja untuk memulihkan dia. Ya Allah..Kau perkenankanlah hajat hambamu yang kerdil ini.Ku pohon padamu,berikanlah sedikit sinar cahaya buat anak ini.Berikan ketabahan dan kekuatan untuk aku berusaha demi anak ini..AMIN..

.

p/s : tadi mak aku berkata..teringat masa Nabila masa kecil-kecil dulu..dengan kuat menangis nyer..dengan ragamnya..dan macam tak sangka Nabila dah besar..Besar di tangan dia..Dan sekarang Nabila dah tak banyak ragam lagi..Alhamdulillah..

09 July 2009

Bila yek Nabila suka nak buat terapi?

Assalamualaikum..hurmmm...cam tak hepi jerk aku punya tajuk kat atas.Memang tak seronok sangat..Ni bukan sebab tak sabar-sabar atau nak 'kondem' Nabila..tapi sebagai ibu..aku punya harapan yang tinggi untuk Nabila.Mahukan segalanya terbaik buat dia.Dan mahukan segala rawatan yang dia perlukan cukup untuk buat dia boleh berdikari sebelum aku pejam mata..

Mmg itu niat aku..Aku terima jika apa yang aku impikan tak mencapai 'target' yang aku idamkan.Aku bukanlah seorang yang suka memaksa dan terpaksa melakukan suatu perkara yang aku rasa aku tak mampu nak lakukan.Cuma aku terkilan bila Nabila tak dapat melakukan terapinya dengan baik. Sebab Nabila memang seorang kanak-kanak yang SANGAT-SANGAT CEREWET.Segala
kehendaknya perlu dituruti, dan hasilnya Nabila akan berikan suatu 'pulangan' untuk aku. Contohnya, jika aku berikan dia rehat dan tidur secukupnya sebelum sesi terapi bermula, pasti Nabila akan berikan kerjasama yang baik dalam sesi terapinya..Hurmmmmm..camner kalau mood dia tak baik? Aku taknak bazirkan masa terapi dia dengan melayan tangisannya sepanjang masa..dan bila keluar dari bilik terapi atau gym..Nabila akan tersenyum tersengih memandang aku dan abg..Sabar jelah..

Aku tak pasti ada luar sana yang sama nasib dengan aku..Membawa anak yang punya banyak ragamnya dan tidak mahu bekerjasama dalam sesi terapinya.Tetapi setiap kali aku ke OCC atau Fisio, aku akan jumpa anak-anak yang senasib dengan Nabila dan mereka begitu gembira bila sesi terapi dilakukan.Dan aku seperti 'kejelesan '(ada ker perkataan nih?) bila tengok anak orang lain 'enjoy' dengan sesi terapi mereka.Kalau rawatan dengan Kak Raw tuh memangla..aku tak kisah sangat sebab stail Kak Raw memang 'ganaz' giler..hehe..

Apapun aku masih mengharap kalau-kalau Nabila akan cepat-cepat 'tersedar' yang ibu dan ayah dia mahukan dia lakukan terapi itu dengan bersungguh-sungguh..Ibu rasa Nabila mesti tahu kan..Buat yek nak..Tak moh nangis-nangis lagi.. :(

08 July 2009

Gambar di Gedangsa..

Seperti biasa, Sabtu lepas aku ke Gedangsa.Aku dah ceritakan pada entry pertama bulan ini..tentang ke Gedangsa..berjumpa dengan Ita..dan aku di temani oleh Ayah dan Mak aku..ni aku ada attach sket gambar masa kat sana..lupa nak masukkan masa entry 1st dulu..layannnzzz....



p/s : Yang Ayah aku pegang tuh bukan Nabila tau..tu Sarra deboks..hehe..seronok Sarra bila Mak ngan Ayah aku pegang dia.. :) (Sarra nak dok ngan nenek Nabila yek..hehe)

07 July 2009

Present dari UmmiSarra..

Assalamualaikum..entry nih sesaja nak buat..pasal arini Nabila pakai baju tido pemberian ummi dia..sapa lagi klu bukan Ummisarra..emm..banyak sebenarnya Ummisarra dah bagi kat Nabila..cuma Ibu Nabila nih tah bila la nak belikan untuk Sarra pulak..huhu..Ibu tak pandai pilih la Sarra..Baju Nabila pun dah mcm baju baby boy pun ada..hehe..Ummi mmg pandai pilih..tgk aje la gambar kat bawah..ni antara koleksi yang Ibu simpan dan pakaikan kat Nabila..semua comel-comel belaka..memang pandai Ummisarra ni pilih..!Thanks yek Ita..banyak betul..setiap kali jumpa ada jer buah tangan untuk Nabila..dah naik segan mokcik nih..hehe.. :)


Ni sebahagian jer..ada lagi..tak sempat nak amik gambar-gambarnya.. :)

06 July 2009

Abg Rayyan Nak Pindah Dah


Assalamualaikum..Ni la Abg Rayyan Firdaus..Teman sepermain Nabila..Lama dah aku nak tunjukkan gambar si Rayyan nih..Tapi takde kesempatan pulak..hehe..pasal bila aku amik je gambar si Rayyan nih..dia mesti lari..takpun..buat aksi2 yang tak sepatutnya..Mmg nakal..hehe..Tadi baru lepas kena 'cepuk' ngan ayah dia..Aku tgk dari jauh jer..pas amik2 gambar tadi..dia berlari balik umah..Tgk ayah dia dah balik..Tak lama pas tu mak dia kuar..Agaknya nak bawak Danial (adik dia gi klinik untuk cucuk)..Pastu tiba2 kena dengar Rayyan nangis..Kena 'babap' ngan ayah dia..cian budak demok tuh..Pasal apa..dia mmg suka mengusik orang.Tapi dengan Nabila dia tak usik pulak..Agaknya Nabila tak usik dia..Cuba klu usik..mau bergaduh budak berdua nih..

Tak lama lagi Abg Rayyan dah nak pindah umah baru..tinggal la Nabila sorang..Takde sapa nak buaikan Nabila..pastu nyanyi lagu Burung Kakak Tua..hehe..Rayyan suka benar nyanyi lagu tuh untuk Nabila..hehe..

05 July 2009

Nabila @ Sunway

Assalamualaikum..huh..lama sungguh tak masukkan apa-apa entry.Takde mende nak diceritakan.sebab segalanya berjalan seperti biasa.Oh ya..minggu ni seperti biasa aku ke OCC dan Gedangsa lagi.Kali ini bukan dengan Abg, tapi ditemani oleh Ayah dan Mak aku.Sebab Abg koje.

Pembukaan untuk bulan Julai..Arini aku, Abg dan Nabila ke Sunway lagi..Entah mengapa aku suka sangat ke situ..Mungkin sebab facilities yang sangat selesa..dan banyak kedai..hehe..

Takde menda pun yang menarik..cuma aku ingin tunjukkan gambar-gambar kami sepanjang keluar tadi..hehe..apapun layan la yek gambar-gambar nih..